Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 30 July 2012

part 1- bunting n banner

lamanya rasa tak post entry. sibuk skrg ni tak sampai sebulan je lagi nak jadi isteri org.... gementar , takut, gembira, semua perasaan ada dalam diri ni.... hari ni aku gi interview penolong pegawai undang-undang, bolahlah juga jawab apa yang ditanya n ada juga soalan yang ditanya tu akan dapat jawab sikit je, blur... hehehe .. aku harap dapatlah erk walaupun jawapan yang aku berikan tak seberapa... minggu depan pergi interview lagi untuk jawatan yang sama tapi jabatan yang berlainan plak...

eh.... lari tajuk plak aku ni erk.. nak citer pasal tajuk kat atas tu.. pegi citer lain plak. okeylah minggu lepas, hari khamis aku gi seksyen 7, belakang Unisel.. nama kedai Karya Print. aku tempah banner dan juga bunting untuk kenduri aku nanti. buat makluman semua kenduri pada 25 ogos ni aku buat serentak dengan adik perempuan ku. hari ni... aku dapat email dari Karya Print draf banner dan banting yang aku tempah. aku suruh diaorg design je, sebab aku takde software yang macam diaorg nak tu. kalo tak aku boleh design sendiri je... sangat berpuas hati ngan design diaorg ni... terus aku confirm kat diaorg nak yang diaorg design tu je.. jom tgk hasil design diaorg

bunting 2x2 .. kecik je ...purple adik , merah aku

banner 3x6... yg ni besar untuk gantung kat khemah

Wednesday 25 July 2012

JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN


rakan-rakan blog, rakan b2b yang banyak membantu bagi idea dijemput ke Majlis Perkahwinan zura dan adik. kami buat perkahwinan serentak 2 pasangan. boleh datang bersama keluarga atau sesiapa sahaja tak kiralah nak ajak kawan ke , en.tng ke, pakwe ke .... boleh aje... dialu-alukan kedatangan semua untuk memeriahkan majlis perkahwinan ini. bertempat di rumah.... Felda lepar Hilir 2, Gambang Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tarikh 25/8/2012 bersamaan 07 Syawal 1433 Hijrah

Monday 23 July 2012

VEIL NIKAH SUDAH SIAP

hari ni nak tunjuk pada kawan2  veil yang aku tempah dari seorang pelajar UITM ..... walaupun lambat... hasilnya sangat memuaskan hatiku.... tak sabar rasanya nak tgk sendiri.... ni aku ambil dari fanpage dia
http://www.facebook.com/pages/Numairah
dia lambat siapkan sebab almaklumlah studentkan.... banyak assignment perlu disiapkan dan juga baru habis exam hari tu..... tq Mai.... terima tempahan zura ni walaupun sibuk dengan belajar.

jom sama2 tgk hasil yang dia buat ni....

hasil selepas perbincangan dengan Mai..... jadi juga seperti apa yang aku impikan....

cantikkan...... suka sangat hasil kerja Mai.... 

 tak sabar rasanya nak tunggu veil yang di pos.....

Tuesday 17 July 2012

PROSEDUR KAHWIN DI PAHANG

hari ni nak berkongsi ngan kawan-kawan terutama B2B dari Pahang...... aku ada search kat en.google pasal prosedur perkahwinan di negeri Pahang. aku ambil point yang ringkas je lah erk, ambil serba sedikit tentang prosedur di laman web JAIP.
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=prosedur%20perkahwinan%20di%20pahang&source=web&cd=6&ved=0CGEQFjAF&url=http%3A%2F%2Fjaip.pahang.gov.my%2Findex.php%2Fperkhidmatan%2Fperkahwinan%2Fpanduan%3Fdownload%3D14%3Apanduan-mengisi-borang-kebenaran-berkahwin&ei=B7UEUPzQIozjrAfAp8y5Bg&usg=AFQjCNF0ENDOi7B6d-FwBZOvzoSMA8670Q&cad=rja

Jom kita tgk serba ringkas tentang prosedur perkahwinan ni.

MAKLUMAT PEMOHON


MAKLUMAT WALI




STATUS


PERMAUSTAUTIN

PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR / WALI HAKIM


Sunday 15 July 2012

BUNGA KRISTAL MANIK

hari ni nak tunjuk kat reader semua pasal bunga manik kristal..... 

sorry... gambar kabur, almaklumlah guna kamera hp jer
okey jom kita tgk bahan2 nak buat dan kosnya sekali...

bahan2 :-

dawai size 28 untuk cucuk lubang pada manik, size 18 untuk batang bunga

manik pelbagai warna.... lagi banyak beli lagi menarik jambangan bunganya nanti. aku beli sikit je.

manik bulat kecil... untuk letak pada tengah bunga

untuk lilit pada dawai nanti... beli warna merah...

playar muncung tirus.... untuk ketatkan dawai buat bunga

gam tembak untuk gam pada setiap kelopak bunga dan ditengah2 bunga nant
reben warna merah dan putih


kos bahan2 bunga kristal manik...

dawai  size 28 dan 18 - RM 2.00
manik bentuk daun - RM 2.80 x 10 = RM 28.00
pelekat warna merah - RM 1.00
Gam tembak - pakai yg dah ada
Playar muncung tirus (beli baru sbb yg lama dah rosak) - RM 2.90
manik bentuk bulat - RM 3.90
reben warna merah dan putih - RM 1.00

TOTAL :- RM 38.80

** harga akan bertambah jika bilangan manik yang dibeli banyak atau harga manik lain..... saya beli manik sikit je.... untuk nak bagi cantik lagi bunga better beli banyaklah so bunga tangan yang dibuat akan nampak lebih kembang dan cantik. selain tu bunga ni boleh dijadikan gubahan hantaran ataupun bunga telur. saya belajar buat bunga kristal manik ni dari you tube ...http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&ved=0CFgQtwIwAg&url=http%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3DaRlWq5bIxC4&ei=ickCUPCbCIKyrAeAkeCZBg&usg=AFQjCNEECtfBM0f7NqQdVUyI8ex2mtfaRQ&sig2=rBm6JDFtFjwEh0nVJvEe8g



Monday 9 July 2012

bulan 7.... banyak tul rancangan

sekarang dah bulan 7, tinggal lagi sebulan lebih je lagi untuk aku mempersiapkan diri ni menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi. macam2 hal, macam2 rancangan nak kena buat. kebetulan plak semalam aku chat ngan kawan aku dari Sabah, dia suruh cek email. aku cek email, alhamdullilah dah lama aku tunggu dari SPA ni. aku dapat interview untuk jawatan Penolong Pegawai Undang2 (aku guna KPSL )... dah bertahun lulus KPSL, baru nilah SPA panggil interview. Alhamdullilah, aku kena persiapkan diri untuk interview ni. Minta2 Allah s.w.t permudahkan urusan Interview jawatan ni. kalo dapat, aku rasa nilah hadiah perkahwinan yang akan aku ingat dan yang palaing istimewa buat aku..... yang jadi penguat semangat aku untuk KPSL ni, kawan akulah. dia naik pangkat guna KPSL. Nak lulus Exam KPSL ni bukannnya senang, semua soalan yang ditanya kena jawab Esei. objektif tu adalah, tapi sikit je. KPSL tu singkatan dari Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. Alhamdullilah..... Allah s.w.t permudahkan aku jawab Exam KPSL ni. hanya sekali je aku ambil. aku harap interview ni nanti pun, Allah permudahkan urusan Interview aku nanti. Insyaallah....

jom kita tgk jadual aku bulan 7 ni .....

8/7/2012 - kelas kat UITM (aku ambil Diploma jerk, kali ni aku ambil 1 subjek je, sbb tak nak pening kepala dengan nak uruskan kahwin lagi, sem akan datang aku pulun banyak sikit subjek)

15/7/2012 - kelas kat UITM

18 hingga 22 /7/2012 - aku ambil cuti nak balik Pahang sbb nak uruskan hal kahwin.
 * 18/7/2012 - balik pahang terus gi bandar ngan adik gi beli barang untuk makan2 masa mesyuarat rewang nanti.sambil tu, singgah jab kat butik Makcik untuk tgk baju nikah n baju sanding.
-sampai kat kg... minta tandatangan pengurus felda dan juga tok kadi untuk borang kahwin aku.
* 19/7/2012 - mesyuarat rewang ( untuk majlis kenduri aku n adik aku nanti- kat kg. aku biasanya sebelum nak rewang untuk kenduri kena buat mesyuarat dulu, nak bincang apa yang perlu buat masa kenduri nanti dan juga bahagikan tugas masing2)
*20/7/2012 - gi Pejabat Agama Maran submit borang kahwin. (Minta2 dipermudahkan urusan untuk kahwin ni, harap2 takdelah apa2 yang direject nanti).
*21/7/2012 - masa untuk merehatkan diri di kampung halaman.
* 22/7/2012 - balik shah alam.

29/7/2012 - kelas kat UITM.

30/7/2012 - interview kat SPA di Putrajaya.

Penuhnya jadual aku bulan 7 ni..... fuh... seorang pelajar, seorang pekerja, seorang bakal isteri... ;-)


Thursday 5 July 2012

50 days..... wedding checklist

My Wedding Checklist

Make Up - done deposit (RM 300.00 - 29/1/2012) pending payment - RM 250.00
Photography - done deposit (RM 200.00 - 3/3/2012) pending payment - RM 450.00
Videography - done deposit (RM 300.00 - 29/1/2012) pending payment - RM 350.00
Pelamin, baju nikah, baju sanding n baju persalinan - done full payment RM 650.00
(bayar terus kat makcik- 24/2/2012)

Kongsi dengan adik (Majlis Kahwin serentak)
Khemah &  Meja Makan Beradab - done deposit (RM 200.00- adik bayar)
pending payment - RM 200.00
Khemah, Meja dan kerusi tetamu - dah booking -pending payment
DJ - dah booking -pending payment
makanan untuk tetamu dan makan beradap (buat rewang kat kampung) - pending payment
Gift Kahwin (DIY) -settle cuma belum beli jajan/ lolipop je lagi.
Kad kahwin (DIY) - settle
Mesyuarat Rewang - pending (buat pada 19/7/2012)
Kek kahwin - dah booking- pending payment

barang hantaran - half
gubahan hantaran - in progress
bantal alas hantaran en.tng (DIY) - done
duit hantaran - dah terima dari pihak en.tng

Homestay - dah booking -pending payment
kek hantaran - dah booking -pending payment
bilik pengantin (DIY)
Veil nikah - done deposit (RM 10.00) pending payment -RM 70.00
kain dan baju family (kakak sponser) - done
bunga tangan untuk akad nikah (DIY) - done

Kursus Kahwin - done
HIV Test - done
Borang kebenaran berkahwin lelaki ( lain negeri ) - done
borang kebenaran berkahwin perempuan - pending
Tok kadi - dah bgtau awal2 kat dia.

Manjakan diri
pegi SPA - pending

Jemputan Kahwin
by hand - pending
by post - pending
by blog - pending
by facebook - pending

submit cuti kahwin - pending

Wednesday 4 July 2012

DIY : BUNGA TANGAN VERSI CIK ZURA

assalamualaikum / salam sejahtera

hai kawan2 hari ni nak citer pasal bunga tangan pengantin versi Cik Azura a.k.a aku sendirilah... sape lagikan kalo bukan aku. hehehe. meh sini aku tunjuk gambar bunga tangan yang aku hasilkan sendiri dengan jari jemariku ini...

tara..... nilah bunga tangan saya. ingat nak pegang bunga tangan ni waktu akad nikah nanti.

ni pemegang bunga tangan saya, beli pemegang ni kat kedai bunga,,,,,, pastu bila saya touch up , jadilah gini.
okey , nak taukan macam mana saya buat.... kat sini saya bagi tutorial untuk buat bunga tangan, kalo korang lagi kreatif, boleh buat bunga tangan ni dengan pelbagai cara.... cara saya, jom kita tgk....


TUTORIAL BUNGA TANGAN


BAHAN-BAHAN :-

kertas foam - beli dekat Tesco
dawai - beli kat kedai bunga
butang ( warna purple & merah ) - beli dekat Mydin
Reben - beli kat kedai bunga
pemegang bunga tangan - beli kat kedai bunga
glue gun or gam UHU
crepe paper

CARA-CARA :-

lukis kat kertas foam bentuk macam ni, pastu gunting.

gam dengan glue gun or gam UHU dihujung , seperti gambar diatas...

pastu lipat ,,,, seperti kat gambar ni

hasil setelah dilipat .. lima kelopak bunga

banyaknya kan.... ni lah hasilnya setelah dilipat 

langkah seterusnya..... cucuk dawai kat kertas foam yang telah dibentuk menjadi bunga

cucuk lagi sehingga jadi camni....

bahagian bawah kelopak bunga

okey.... gamkan dekant area dawai ni untuk letak butang

letak butang dan inilah hasilnya, buat sehingga habis semua kelopak bunga yang telah dibentuk tadi.

kumpulkan semuanya, tara..... nilah hasilnya.....
* bunga2 yang telah diletak butang tu bolahlah di touch ikut kreatif korang, boleh letak juga crepe paper macam bunga tangan yang zura buat... boleh tgk hasilnya kat gambar atas sekali , sebelum tutorial tu.
* korang boleh cucuk bunga ni dekat pemegang bunga tangan, pastu korang letaklah riben di sekeliling pemegang tu..... kat pemegang tu korang boleh letak butang yang lebih dari buat bunga tadi.

*** harap2 korang fahamlah tutorial yang aku buat ni yer... nak ajar lebih tak retilah plak....



Tuesday 3 July 2012

JOIN CONTEST DARI BLOG QASEHFARIZA

Hai kawan-kawan


hari ni nak join contest dari blog Qasehfariza.... ex b2b dari Kedah....

link QASEHFARIZA
http://qasehfariza.blogspot.com


i love this contest...... hadiah2nya menarik hati..... minat pada kedua2 hadiahnya, insyaallah manalah tau kot2 dapat salah satu hadiah darinya.  to Qasehfariza, i always see your blog, and b2b blog yang lain juga.... rojak tul bahasa ni kan.... apa2 pun buat b2b yang lain jom ramai2 kita join contest QASEHFARIZA ni. :-)