Wednesday, 27 February 2013

PERGINYA SEORANG INSAN YANG KU SAYANGI

assalamualaikum.....

tanggal 21 februari 2013, jam 1906 pm ... perginya seorang insan yang aku sayangi. belum sempatku berjumpa dengannya, dia telah pergi menggalkan diriku selama-lamanya. dia yang ku maksudkan ialah AYAHKU " SHAIKH ABDUL HAIYEY BIN SHAIKH ABDUL KADIR ". lahir pada 29 jun 1947. kali terakhir aku berjumpa dengan ayahku ialah pada cuti thaipusam yang lalu. dan kali terakhir aku berborak dengannya adalah dalam telefon sehari sebelum kematian ayahku. aku dan suamiku sampai di kampung pada jam 2 pagi, hari jumaat. ketika itu, kulihat jenazah ayahku. dah dimandikan di hospital. sampai dirumah sesudah mandi n solat, aku menyedekahkan bacaan yassin pada arwah ayahku. aku redha atas kematian ayahku. ayahku dikebumikan pada pagi jumaat di tanah perkuburan felda lepar hilir 2, gambang, kuantan.
Tak sempat ayahku ingin melihat anak yang bakal ku lahirkan nanti, dan raya tahun lepas adalah raya terakhir   bersama ayahku. alhamdullilah, tercapai juga hajat ayah untuk melihat anak-anaknya semua berkahwin, dan membuat kenduri kahwin di rumah ayah. nasiblah ada video rakaman kahwin semasa aku dan adik kahwin pada 25 ogos 2012 yang lalu. ada jugalah kenangan bergerak ayahku selain  gambar ayah.

ayah, anak-anak ayah semua sayangkan ayah. love u so much. moga ayah tenang di alam yang lain. Ya Allah, tempatkanlah ayahku dikalangan orang-orng yang beriman dan beramal soleh.Ya Allah, tempatkanlah ayahku di Syurga. Amin...........

Ayah, anak-anak ayah akan jaga Umi dengan baik, walaupun Umi hanyalah mak tiri kami, kami tetap jaganya dengan baik sepertimana ayah menjaganya dan menyanyanginya.

Thursday, 7 February 2013

SUAMIKU TERUJA

assalamualaikum... hye b2b, ex b2b, mother to be korang apa khabar. sihat ke? happy tak dengan kehidupan sekarang. alhamdullilah, semenjak zura mendirikan rumah tangga ni byk kenangan yang mengembirakan. walaupun sekarang ni, tak tinggal sebumbung lagi dengan suami, org kata pjj (perkahwinan jarak jauh) disebabkan aku bekerja di johor bahru, dan suami di kluang. hanya hujung minggu sahaja kami berjumpa. kalau ikutkan jb dengan kluang taklah jauh sangat 1 jam setengah je, tapi sebab tak larat nak ulang alik, dan bangun pagi2 buta juga kos minyak dan tol, kami dok berasingan. suami di rumah maknya dan aku hidup menyewa bersama rakan-rakan. orang kata bila jarang jumpa ni, bagus juga. macam bercinta dulu2, cuma sekarang ni dah halal, nak pegang tangan pun takpe( takde orang tegur ). buat masa sekarang ni mungkin hanya sebulan sekali kami berjumpa, suami kursus di port dikson dari bulan 1 hingga 6, manakala aku plak sibuk belajar. hari sabtu dan ahad aku akan berada di shah alam, 2 kali dalam sebulan.

tajuknya kat atas ni , tak nampak cerita lagi yang sebenarkan. nak tau sebab apa entry kali " SUAMI TERUJA ", jom baca sms di antara aku dan suami.

aku ada call suami malam tadi, saje nak dgr suara dia. tapi tak diangkat. pastu dalam setengah jam kemudian dia sms aku.

suami : ada apa syg. abg kat klinik ni.
aku : abg watpe kat klinik ?

suami : kawan tak sihat ni.
aku : okey, b sihat ?

suami : sihat je syg.
aku : alhamdullilah. saje nak tel, baby nak dgr suara daddynya.

suami :eleh mcm boleh dgr.
aku : blhlah b. kan org ckp baby yg dlm perut nilah kena selalu berbual.

suami : yeke, dah g hospital ke, kan tiap2 bulan kena g.
aku : dah. 23hb. haritu.

suami : abis ok ke baby, dah scan ke
aku : hari tu tak scan pun. 20hb. ni br doktor kata nak scan.

suami : nak tau jantina ea
aku : xlah. doktor nak cek baby sihat ke tak. nape b nak tau jantina ea.

suami : nak la, tak boleh tunggu la
aku: hr tu kata xnak tau jantina

suami : nak tau la, lambat la nak tunggu
aku : nanti kita g klinik yg ada 4d. blh tau jantina.

dulu, suami ada cakap ngan aku... tak yah scan jantina, biar suprise. tup2 semalam dia pulak tak sabar nak tau. alahai suamiku. betul2 teruja nampaknya.