Wednesday, 17 April 2013

sweet memories :- perutku beralun-alun

assalamualaikum / salam sejahtera.....

 apa perasaan korang bila dapat tengok perut beralun-alun masa baby dalam perut bergerak. bagi aku rasanya amat seronok sekali. semalam babyku bergerak sangat aktif. so, apa lagi dapatlah aku melihat perutku beralun-alun. ce korang citer pengalaman korang plak, masa mengandung ni... mesti banyak yang sweetkan untuk di kongsi bersama.

*** erm... esok kena minum air gula lagi n ambil darah, untuk cek gula dalam darah. ni kali kedua aku minum air gula. aku ada juga tanya nurse kat tempat aku cek tu, minum air gula berapa kali, diaorang kata kena minum 3 kali. takpelah...... untuk anak mummy dalam perut mummy ni, mummy akan buat apa saja, asalkan anak mummy sihat. tak sabar nak tunggu anak mummy ni keluar.

Tuesday, 9 April 2013

CHECKLIST BARANG BERPANTANG / BARANG MUMMY DAN BARANG BABY

assalamualaikum / salam sejahtera ......

hai b2b , ex b2b, mother to be and all silent reader. hari ni aku nak kongsi dengan korang semua checklist untuk barang berpantang / barang mummy dan barang baby. bolehlah sikit buat persiapan sebelum bersalin nanti.