Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 28 June 2013

DAH PULANG

Alhamdullilah..... baby aisyah dah dapat balik. genap 2 minggu dihospital baru baby aisyah dapat balik. dari 10 jun - 24 jun dihospital. 24 jun petang baru boleh balik.


aisyah senyum.... sweetkan

Monday 17 June 2013

pengalaman bersalin

assalamualaikum.... salam sejahtera.....

hai readers.... hari ni nak bercerita pengalam bersalin aku... mesti ada yang tak terduga.. aku dah bersalin.. yup... 10 jun 2013 aku dah selamat melahirkan baby girl jam 7 pagi.

8 jun 2013 (sabtu)
== siap masak tengahari, lauk ayam golek n sayur sawi goreng. aku dan kawanku nurul makan bersama. lepas tu gi toilet... eh.. ada nampak kuar darah plak kat panty liner. tapi sikit je. tak sakit pun. buat tak endah jelah.... dalam endah tak endah cari juga maklumat dalam internet.

9 jun 2013
== darah masih kuar... sikit-sikt aje. takde sakit. aku telefon kakak. kakak kata baik pergi ke hospital, mungkin dah nak kuar baby tu. aku bangun pagi siap-siapkan apa yang patut, siap basuh baju dan baju lagi. barang-barang baby dan barang aku, aku bawa turun ke bawah dan isi dalam kereta. manalah tau nanti pergi hospital kena tahan wad. sebelum pergi ke hospital aku bagitau dulu dengan kawanku, nurul yang masa tu baru balik keje. keje syif nurse.

3.30 petang...
== aku menuju ke hospital seorang diri menaiki kereta kancilku. sebelum tu aku sms suamiku yang berkursus di Port Dickson, aku nak gi hospital. suamiku tido, dia tak balas plak sms aku. telefon pun tak sedar.
== sampai di hospital  terus menuju ke wad bersalin. aku bertanya pada nurse disitu dan bagitau kenapa aku datang ke sana. nurse ada juga tanya aku datang dengan siapa. aku cakaplah aku datang sorang je. nurse suruh aku ke bilik pemeriksaan. kat sana aku diperiksa. doktor cakap dah 4 cm buka ni. takde rasa sakit ke. dalam pemeriksaan, contraction dah 5 minit sekali. aku cakap tak sakit pun, doktor cek bukaan tu lagi sakit. air kencing juga diperiksa, air kencing kotor plak. sebelum ni check up tak pernah plak macam ni. doktor kata kena jangkitan ni. erm.....

6.00 petang
== aku dimasukkan ke wad ICU untuk pemerhatian. yelah doktor kata baru 34 minggu 1hari, dah buka 4 cm, bila-bila masa boleh bersalin,,,, doktor akan cuba lambatkan dari terbuka lagi. sebelum aku di masukkan ke wad aku dicucuk. cucuk kat bahagian punggung plak tu. cucuk untuk matangkan paru-paru baby. nasiblah tak sakit sangat. doktor kata awak ni kuat juga ea... orang lain boleh menangis.
==macam biasalah bila masuk wad tu nurse dan doktor akan selalu datang cek. diaorng ada juga tanya, baby mengeras tak... aku cakap tak... diaornag rasa perut aku, dah mengeras ni... kalo mengeras 5 minit sekali, kira dan bagitau diaorang.

8.55 malam
== masa ni baru aku rasa baby mula mengeras. aku bagitau diaorng, diaorang cakap ada sakit tak. aku cakap tak pun... diaorang ada juga cek jantung baby. alhamdullilah okey. pagi nanti kena cucuk sekali lagi untuk matangkan paru-paru baby.
==tak ingat dalam pukul berapa kena cucuk, nurse kata cucuk untuk tahan sakit. ubat ni boleh buat mengantuk nurse kata.

12.00 tgh malam
== yeay suami aku dah sampai hospital. suka sangat bila dia ada.

10 jun 2013
5.30 pagi
== kena cucuk lagi, biasalah kena kat punggung. cucuk untuk matangkan paru-paru baby. lepas tu selang beberapa minit doktor data cek bukaan... nasiblah kali cek bukaan tak sakit sangat. dah buka 6 cm. doktor cakap cepat juga buka awak ni. senang betul. doktor cakap ada rasa sakit ke... aku cakap tak pun. doktor suruh aku makan dulu. beri tenaga sebab lepas tu nak kena ke labour room. sempat juga aku makan roti dan air milo.

6.00 pagi
aku dibawa ke labour room. kat sana sekali lagi cek bukaan.doktor kata dah buka 7 or 8 cm ni. doktor pecahkan air ketuban. pergh.... lepas pecah air ketuban, masa ni baru rasa sakit yang teramat sangat. nak buang air besar pun ada. siap cakap dengan nurse.... " nurse .... boleh tak saya ke toilet, nak buang air besarlah". nurse tak bagi pergi, dia cakap ni bukan nak buang air besar tapi nak beranak ni. aku teran.... masa ni aku linat nurse2 berkumpul dan doktor pun ada,.... suamiku, ada kat sebelah aku.... kata-kata semangat diberikan, siap cakap dah nak kuar tu, teran lagi.

7.00 pagi
alhamdullilah...... selamat sudah. doktor tunjukkan kat aku, tau tak baby apa ni... aku cakaplah, baby GIRL.. doktor bagi aku peluk. suamiku masih disisiku. sama2 gembira. lepas tu nurse bawa keluar baby untuk dimandikan. sementara itu, aku masih di labour room.  nurse jahit bahagian luka. sakit juga ea kena jahit walaupun dah dibius. dah siap aku di bawa ke wad. tapi bukan Wad ICU lagi. dekat wad yang aku duduk selepas selamat bersalin tu, nurse maklumkan baby aku kena masuk inkubutor sbb baby pramatang dan kena cek takut ada jangkitan kuman, lagi baby kena diberi alat pernafasan.

11 jun 2013
== aku dah boleh balik. aku ingat nak stay kat hospital, tapi nurse cakap baik balik dulu nanti bentan plak. baby dalam inkubutor lagi, tak boleh balik lagi.... mungkin lama kat sana, doktor cakap kalo baby dah okey boleh balik, sekarang ni kena pantau dulu sbb baby pramatang.






10 JUN 2013 lahirnya Siti Aisyah Aqilah Binti Muhammad Amirul Rashidi, jam 7 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. masa ni lahir baru 34 minggu 2 hari. tak sabar nak kuar nak lihat mummy dan ayahnya.

Thursday 6 June 2013

yeay barang order dah sampai

assalamualaikum...

semalam aku ada cerita pasal oder oline dekat en.najib. barang yang aku order tu Breast Pump Avent Manual. yeay.... hari ni dah sampai barangnya. order semalam, hari ni dah dapat, cepatkan servicenya. terima kasih en. najib. so sesape nak order dengan dia bolehlah order. Harga barang RM 140.00 aje termasuk pos laju tau. kira murahlah tu kan......

ni barangnya.....



Wednesday 5 June 2013

BREAST PUMP AVENT MANUAL

assalamualaikum... salam sejahtera...

hai kawan-kawan, kali ni aku nak bercerita pasal breast pump. aku ada server dalam internet dan hasil yang aku dapat .... aku order online breast pump avent manual. harganya pun murah berbanding beli dekat kedai or mana-mana kedai online. yang ini aku cari dalam MUDAH. nak tau harganya..... RM 140.00 termasuk pos. aku ada sms ( namanya en. najib ). hari ni aku order, insyaallah esok sampai. tak sabar rasanya nak tunggu. harga sebenar avent manual ni dalam RM 200 lebih, kalo korang tengok mana-mana yang jual online rata-rata jual RM 150 ke atas.

so sesape nak beli untuk preparation dapat baby ni bolehlah terus tanya en.najib di talian 019-9545699. sama-samalah kita membeli erk.

Monday 3 June 2013

JOM KE KELAS ANTENATAL / KELAS KEIBUBAPAAN

Assalamualaikum....

semakin hari semakin aktif baby dalam perut ni bergerak. tak lama dah... yeay anak ibu nak keluar. erm... dah masuk 33 minggu lebih. tercari-cari juga kelas antenatal. boleh pergi swasta dan ada juga di klinik kerajaan. kat JB ni yang aku cari hanya 2 sahaja. Di KPJ Johor bahru bulan jun ni diaorang buat 15 jun 2013, manakala klinik abdul samad tempat yang biasa aku check up buat pada 21 jun 2013. aku memang nak pergi sangat. yelahkan masa tu kita boleh timba ilmu, almaklumlah anak pertama ni, banyak perkara perlu belajarkan. tapi tak taulah suami aku dapat pergi ke atau tidak. kelas ni seronok kalau pergi berpasangan. pada bakal-bakal ibu, jom kita kelas tu. pada sesape yang bukan duduk di JB, korang boleh cuba tanya or call mana-mana klinik kesihatan untuk tau jadual kelas antenatal ni. tempat yang aku check up ni buat sebulan sekali je.