Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 25 September 2012

sebulan sudah berlalu



alhamdullilah ........ tgk stiker tu, erm dah sebulan berlalu majlis nikah n sanding aku bersama suami tercinta.
seronok bila dah berkahwin ni, yelah hubungan pun dah halal. masih teringat-ingat lagi debaran menanti saat dinikahkan, debaran menjadi isteri Muhammad Amirul Rashidi Bin Zakaria. masih terngiang-ngiang suara ibuku, " zura, ko dah jadi isteri org, dah selamat pun ".... eh, yeke mak... tak dgrlah mirul akad, jauh sgt. dalam hati ni, macam2 perasaan.... gembira, sedih... hampir bercucuranlah juga air mata ni, nasib baik dapat cover... hehehe. sedih, terharu sebab aku dah jadi isteri, byk tanggungjawab yang perluku pikul untuk jadi seorg isteri yg solehah... abg, insyaallah syg akan jadi isteri yang solehah, isteri yang taat pada suami, isteri yang dapat melahirkan zuriat-zuriat yang comel, sihat dan cukup sifatnya. terima kasih kerana abg sanggup terima syg sebagai isteri seadanya, sanggup pegang tanggungjawab abg terhadap syg. " Happy anniversary for 1 month ".


love u so much..... suka tgk gambar ni, sweetkan. 
selepas majlis akad nikah.






Wednesday, 19 September 2012

review :- pelamin sanding by makde (mak sedara)

alhamdullilah majlis yang berlangsung pada 25 ogos 2012 berjalan dengan lancar walaupun keadaan waktu tengahari tu sangatlah panas. nasib tak hujan. Pelamin buat dekat luar rumah. almaklumlah, nak buat dalam rumah tak muat plak, 2 pasang pengantin sekalikan. pelamin ni makde A.K.A maksedara belah mak aku yang buat. dia ada buka butik andaman di area Kuantan, tapi aku tak ingat nama tempat tu. bertuahnya anak sedara tak tau nama tempat... hehehe. aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja makcik aku ni. tak jangka plak pelamin yang dia buat ni sangat cantik walaupun simple. mmg aku minta dengan dia takyah over sgt pelamin biar simple je.... sedap mata memandangkan.

jom tgk gambar pelamin.... pelamin sekali dengan pengantin.

fokus pada pelamin ea.... pengantin tak berapa nak cantik coz panas tu... hehehe

Tuesday, 18 September 2012

FIRST GIFT AWAY FROM ANAKPAKSHAIKH



Assalamualaikum...

hai kawan-kawan b2b, ex-b2b, silent reader or sesape jelah yang berkunjung ke blog ni. alhamdullilah follower dah capai 100 lebih. tetiba terasa nak wat GIFT AWAY lah plak, sempena dah 100 lebih dah follower ni , baru kahwin n juga rezeki naik pangkat. memang ada pasang niat sebelum kahwin nak buat , tapi baru hari ni terfikir nak buat entry ni. ada ke yang nak masuk .... sesape nak masuk senang je , ikut je syarat2 macam kat bawah ni erk...

SYARAT2NYA

1. mestilah follower anakpakshaikh.blogspot.com
2. sesape yang tak follow lagi, bolehlah follow blog ni.
3. tak kira sesape pun boleh masuk, B2B, EX-B2B, BLOGGER 2 lain pun boleh ikut serta. sebabnya hadiah ni bukan pengkhususan pada b2b saja.
4. buat ENTRY yang menarik .. tak kisahlah boleh juga buat versi kartun, cerita pendek ke , ikut kreativiti korang.
5. tarikh penyertaan bermula hari ini 18/9/2012 sehingga 7/10/2012

HADIAH-HADIAHNYA

1. banner or bunting saiz kecil (macam yang zura wat masa wedding zura )
* pemenang akan diberitahu kelak, sbb nak minta design untuk dicetak. design sendiri erk...

2. bunga telur ( 100 batang)

3. lampu tidur (insyaallah... zura akan pilih yang comel, khas untuk pemenang)

4. teddy bear saiz kecil (boleh buat dekat hantaran, macam yang zura buat masa hantaran kahwin, gambar hantaran tak view lagi, TAK DAPAT lagi dari OP)


so, sesape nak masuk bagitau erk dekat blog ni.... senang nak tgk ramai tak yang masuk. hadiah takdelah menarik, tapi bolehlah untuk bagi kat korang. 




Friday, 14 September 2012

alhamdullilah... rezeki kahwin

alhamdullilah syukur ke hadrat ALLAH s.w.t dengan limpah kurnianya.....

aku telah mendapat keputusan yang aku tunggu selama ini. alhamdullilah setelah lulus exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 2 tahun lepas, dan bulan 7 & bulan 8 yang lalu aku pergi 2 interview.... satu darinya aku tak dapat, tapi Allah itu maha penyayang... walaupun tidak dapat temuduga yang satu tu, aku perolehi keputusan 1 lagi interview yang menerima aku bekerja. alhamdullilah.... hari ni dapat keputusan dari SPA , " Tahniah! Anda telah berjaya temu duga. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan melapor diri akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan"... 
syukur sangat2..... itulah org kata berkat usaha, doa, dan tawakal....
ramai yang mengatakan itu namanya rezeki kahwin.... so kepada sesapa yang nak kahwin tu, insyaallah masing2 ada rezekinya... jangan risau... Allah sentiasa ada bersama kita... cuma jangan malas sahaja sudahlah.

Tuesday, 11 September 2012

Contest dari FB Numairah

assalamualaikum...

hai kawan2, terutama b2b yang bakal melansung perkahwinan. erm... ni ada contest dari Maizura ( ala... yang buat veil masa nikah zura tu.....). bolehlah korang masuk, mana tau kot2 dapat.... veil cantik tau... hasil kreativiti Maizura. korang gi kat FB Funpage klik nama Numairah.


ni dia punya risalah.....

contoh veil yang Maizura buat kat zura korang boleh tgk kat post review : veil nikah

syarat kelayakan nak masuk contest ni




review : majlis akad nikah

assalamualaikum....

hai kawan-kawan b2b, ex-b2b, silent reader or sesape saje yg baca blog ni..... hari ni , dah 2 minggu lebih aku jadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Amirul Rashidi. alhamdullilah, seronok juga bila dah berkahwin ni, walaupun duduk berjauhan, sms dan call tidak pernah putus. takdelah setiap masa call or sms , tapi setiap hari tu mesti ada. tak macam masa bercouple dulu, kitaorg jarang call or sms... bila perlu je baru berhubung. jumpa pun jarang sekali. bila dah berkahwin ni, call dan sms tu setiap hari mesti ada.... bila dah berjauhan ni, rindu pada suami tu mesti adalahkan. tapi takpelah, nasib ada kawan2 disisi yang menemani aku di shah alam ni. aku still dok umah bujang lagi, dok ngan kawan2. dalam 2 minggu sekali baru aku balik ke Kluang... jumpa suami. nak balik tiap minggu tak boleh. ada kelas. knp suami yang tak berulang alikkan... senang kalo aku yang berulang, sbb di kluang, suami aku dok ngan maknya... almaklumlah tempat yang dia kena tukar ni dekat ngan umah maknya... tapi mungkin kat situ, dia dok dalam 3 or 4 tahun je, sbbnya suami aku ni akan selalu kena tukar. buat pengetahuan semua suami aku ni askar, mmglah akan selalu bertukar tempat kerjakan.

okey habis bab merapu.... tajuk sebenar nak review pasal akad nikah yang berlansung 25 ogos 2012, pagi di masjid felda lepar hilir 2, gambang, kuantan. alhamdullilah dengan sekali lafaz je, kami menjadi suami isteri yang sah. hubungan yang dibina telah menjadi hubungan yang HALAL. jom sama2 kita tgk semasa majlis akad nikah ni dijalankan. Majlis akad nikah sekali dengan adik, Siti Norashikin dan suaminya Mohd Shahril.




ketibaan pengantin perempuan



sebelum akad nikah, jurunikah beri penerangan dulu

aku nikahkan dikau dengan Siti Azura .........
jawab jangan tak jawab... hehehe

alhamdullilah..... sekali lafaz je... bacaan doa tanda kesyukuran

tandatangan dekat sijil nikah

pemberian mas kahwin

memakaikan gelang ditangan

cium tangan suami tercinta

belah aku

belah mertua


with mak mertua

Thursday, 6 September 2012

review :- VEIL NIKAH

Assalamualaikum......

hai kawan2 b2b, ex-b2b, silent reader or sesape sajelah... malam ni nak review kat korang pasal veil nikah aku. aku cari kain je, yang lain aku bagi pada Maizura (budak UITM, shah alam) untuk mencantikkan kain yang aku beli tu A.K.A veil nikah. aku dok google pastu aku tertarik dengan jahitan manik pada tudung yang Maizura buat..... Mai ada blog dan FB Funpage. Blog dia  http://mynumairbeads.blogspot.com. FB funpage, Numairah. Dalam tu macam2 ada..... cantik tau. Sebab tu aku tertarik. apa lagi aku pun smslah Mai ni. Sms dibalas dan kami buat perjumpaan. aku serahkan kain, suruh dia gunting buat veil, pastu jahit manik.... aku cakap ngan dia nak ala2 radiusite, pastu nak design macam tudung kat blog dia tu, design dialah, pastu aku cakap nak manik bertaburan juga, bagi nampak penuh... baru menyerlah. alhamdullilah, apa yang aku cakap tu, dia dapat buat... terbaiklah Mai... TQ, sebab buat veil yang sangat cantik, menyerlah keayuan zura waktu pernikahan, chewah, perasanlah plak kan.... hehehe

jom ramai2 kita tgk hasilnya.....



tunduk sikit, bagi korang nampak..... nice kan, bila pakai


bila dah tgk ni, kalo korang rasa nak guna perkhidmatan Maizura bolehlah call dia.... 013-3786189.