hai readers.... hari ni nak bercerita pengalam bersalin aku... mesti ada yang tak terduga.. aku dah bersalin.. yup... 10 jun 2013 aku dah selamat melahirkan baby girl jam 7 pagi.
8 jun 2013 (sabtu)
== siap masak tengahari, lauk ayam golek n sayur sawi goreng. aku dan kawanku nurul makan bersama. lepas tu gi toilet... eh.. ada nampak kuar darah plak kat panty liner. tapi sikit je. tak sakit pun. buat tak endah jelah.... dalam endah tak endah cari juga maklumat dalam internet.
9 jun 2013
== darah masih kuar... sikit-sikt aje. takde sakit. aku telefon kakak. kakak kata baik pergi ke hospital, mungkin dah nak kuar baby tu. aku bangun pagi siap-siapkan apa yang patut, siap basuh baju dan baju lagi. barang-barang baby dan barang aku, aku bawa turun ke bawah dan isi dalam kereta. manalah tau nanti pergi hospital kena tahan wad. sebelum pergi ke hospital aku bagitau dulu dengan kawanku, nurul yang masa tu baru balik keje. keje syif nurse.
3.30 petang...
== aku menuju ke hospital seorang diri menaiki kereta kancilku. sebelum tu aku sms suamiku yang berkursus di Port Dickson, aku nak gi hospital. suamiku tido, dia tak balas plak sms aku. telefon pun tak sedar.
== sampai di hospital terus menuju ke wad bersalin. aku bertanya pada nurse disitu dan bagitau kenapa aku datang ke sana. nurse ada juga tanya aku datang dengan siapa. aku cakaplah aku datang sorang je. nurse suruh aku ke bilik pemeriksaan. kat sana aku diperiksa. doktor cakap dah 4 cm buka ni. takde rasa sakit ke. dalam pemeriksaan, contraction dah 5 minit sekali. aku cakap tak sakit pun, doktor cek bukaan tu lagi sakit. air kencing juga diperiksa, air kencing kotor plak. sebelum ni check up tak pernah plak macam ni. doktor kata kena jangkitan ni. erm.....
6.00 petang
== aku dimasukkan ke wad ICU untuk pemerhatian. yelah doktor kata baru 34 minggu 1hari, dah buka 4 cm, bila-bila masa boleh bersalin,,,, doktor akan cuba lambatkan dari terbuka lagi. sebelum aku di masukkan ke wad aku dicucuk. cucuk kat bahagian punggung plak tu. cucuk untuk matangkan paru-paru baby. nasiblah tak sakit sangat. doktor kata awak ni kuat juga ea... orang lain boleh menangis.
==macam biasalah bila masuk wad tu nurse dan doktor akan selalu datang cek. diaorng ada juga tanya, baby mengeras tak... aku cakap tak... diaornag rasa perut aku, dah mengeras ni... kalo mengeras 5 minit sekali, kira dan bagitau diaorang.
8.55 malam
== masa ni baru aku rasa baby mula mengeras. aku bagitau diaorng, diaorang cakap ada sakit tak. aku cakap tak pun... diaorang ada juga cek jantung baby. alhamdullilah okey. pagi nanti kena cucuk sekali lagi untuk matangkan paru-paru baby.
==tak ingat dalam pukul berapa kena cucuk, nurse kata cucuk untuk tahan sakit. ubat ni boleh buat mengantuk nurse kata.
12.00 tgh malam
== yeay suami aku dah sampai hospital. suka sangat bila dia ada.
10 jun 2013
5.30 pagi
== kena cucuk lagi, biasalah kena kat punggung. cucuk untuk matangkan paru-paru baby. lepas tu selang beberapa minit doktor data cek bukaan... nasiblah kali cek bukaan tak sakit sangat. dah buka 6 cm. doktor cakap cepat juga buka awak ni. senang betul. doktor cakap ada rasa sakit ke... aku cakap tak pun. doktor suruh aku makan dulu. beri tenaga sebab lepas tu nak kena ke labour room. sempat juga aku makan roti dan air milo.
6.00 pagi
aku dibawa ke labour room. kat sana sekali lagi cek bukaan.doktor kata dah buka 7 or 8 cm ni. doktor pecahkan air ketuban. pergh.... lepas pecah air ketuban, masa ni baru rasa sakit yang teramat sangat. nak buang air besar pun ada. siap cakap dengan nurse.... " nurse .... boleh tak saya ke toilet, nak buang air besarlah". nurse tak bagi pergi, dia cakap ni bukan nak buang air besar tapi nak beranak ni. aku teran.... masa ni aku linat nurse2 berkumpul dan doktor pun ada,.... suamiku, ada kat sebelah aku.... kata-kata semangat diberikan, siap cakap dah nak kuar tu, teran lagi.
7.00 pagi
alhamdullilah...... selamat sudah. doktor tunjukkan kat aku, tau tak baby apa ni... aku cakaplah, baby GIRL.. doktor bagi aku peluk. suamiku masih disisiku. sama2 gembira. lepas tu nurse bawa keluar baby untuk dimandikan. sementara itu, aku masih di labour room. nurse jahit bahagian luka. sakit juga ea kena jahit walaupun dah dibius. dah siap aku di bawa ke wad. tapi bukan Wad ICU lagi. dekat wad yang aku duduk selepas selamat bersalin tu, nurse maklumkan baby aku kena masuk inkubutor sbb baby pramatang dan kena cek takut ada jangkitan kuman, lagi baby kena diberi alat pernafasan.
11 jun 2013
== aku dah boleh balik. aku ingat nak stay kat hospital, tapi nurse cakap baik balik dulu nanti bentan plak. baby dalam inkubutor lagi, tak boleh balik lagi.... mungkin lama kat sana, doktor cakap kalo baby dah okey boleh balik, sekarang ni kena pantau dulu sbb baby pramatang.
10 JUN 2013 lahirnya Siti Aisyah Aqilah Binti Muhammad Amirul Rashidi, jam 7 pagi di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. masa ni lahir baru 34 minggu 2 hari. tak sabar nak kuar nak lihat mummy dan ayahnya.
tahniah zura..
ReplyDeletesyahdu baca kronologi ni.hehe.
doa baby cepat dapt keluar hosp.
zura dah selamat.
doakan kami yang patutnya sebaya zura ni.
hehe, nerous taw.
tq.... zura doakan rakan2 seperjuagan selamat melahirkan baby.... lepas ni boleh kongsi citer pasal baby plak.
Deletealhamdulillah.. xsngka zura da beranak.. huhu.. ni yg wat tqah risau ni.. dush2.. dis week 35 minggu.. hope baby n zura cpt sihat..
ReplyDeleteaahkan... baby tak sabo nak tgk duni tqah. masa check up bulanan mmg doktor ada kata zura bila2 masa blh bersalin.
Deletetahniah, tahniah...mudahnyaaaaaaa semua. harap-harap kita mudah macam ni jugak ye! amin!!
ReplyDeletetq qiela.... alhamdullilah dipermudahkan. amin....
Deletetq diyana.
ReplyDeletewahhhh... tahniah sayang. sedap nama baby. siti aisyah aqilah. :)
ReplyDeletesemoga membesar menjadi anak yang solehah.
selamat berpantang ye zura. :)
awalnya kan... maksudnya 8bulan lebih baby kuar kan.. syukur alhamdulilah... sume selamat..
ReplyDeletetahniah.
ReplyDeletetakut & tak sabar juga menunggu kelahiran
Tahniah zura...snngnyer zura bersalin"..comel bby...
ReplyDeletealhamdullilah senang bersalin. tq... baby aisyah skrg makin bam bam. hehehe.keluar 1.8 skrg dah 3.6
DeleteDear baby ok tak? Ade ape2 effect sbb bersalin 34 mggu? Sy tgh tggu mse nie. 34 mggu jgk. Tp xde rse ape2 sakit
ReplyDeletealhamdullilah... baby okey. tapi kena bersabar sebab baby pramatang perkembangannya lambat sikit berbanding baby yang dilahirkan cukup bulan.
ReplyDeleteSaya dulu 34w3d leaking. kena gak 2 das kat bontot utk matangkan peparu.
ReplyDeleteTapi rezeki xde infection n xde contraction ke hape.
Baby lahir 39w1d :)
oooo yeke adila hassan. tapi okeylah baby keluar lambat. byk dugaan bila keluar awal ni. kena banyak bersabar.
Deletedear,boleh tau x,beeanak kat hsa kena bayar berapa ek?
ReplyDeletetak bayar pun... sbb guna GL
DeleteHi sis. Boleh tau brp lama baby bru dpt bawak balik ke rumah? Tq 😊
ReplyDelete