assalamualaikum....
usia kandungan dah 5 bulan lebih, so dah kena start cari barang sikit-sikit. bukan apa, takdelah terasa kos pengeluaran kewangan tu. kali ni aku nak kongsi list barang-barang pantang aku. ni pun aku dok cari dalam blog orang lain juga. buat masa ni aku dah order set bersalin, bengkung dan pilis online. nanti akan datang aku akan cari yang lain plak. beli sikit-sikit lama-lama lengkaplahkan sebelum bersalin anak sulung ni.
berpantang :-
1. first bila nak berpantang ni kenalah cari orang untuk urut kita. nanti akan diusahakan.
2. bengkung - aku order bengkung leesa formula sebabnya ianya sesuai untuk orang badan kecil dan besar.
3. pilis
4. tapel wangi
5. tungku besi
6. tangas
7. mandian herba
8. maternity pad
9. stokin
10. selipar lembut
11. tungku bayi
12. kain batik
13. baju sejuk
14. baju / seluar dalam
15. tuala mandi / tuala kecil
16. nursing bra
17. breast pad
18. set bersalin - aku pilih set bersalin afiat
dalam set bersalin afiat dah ada
MINYAK AFIAT ( 250 ml )
Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.
GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)
Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.
FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.
BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g)
Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.
PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )
Untuk dimakan selepas bersalin.
Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.
BARUT AFIAT
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.
BALM AFIAT
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.
MAKJUN BAWANG PUTIH
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
TALI PEMBENTAN AFIAT
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu
aku dah order, order bengkung, pilis dan set bersalin dari blog http://cunnani.blogspot.com
tunggu sampai barang ke rumah aje nanti.
weekend ni ada mommy & baby expo kat danga city mall.. dah ajak suami nak pergi..hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum Dik, dh Bersalin ke... akak doakan semoga dipermudahkan segala urusan Ya, thanks . tetiba akak Terjumpe Blog adik Ni, ryna, cunnani.blogspot.com
ReplyDeletew,slm. due akhir bulan 7 kak. akak, adik saya pun nak order set berpantang macam saya kat akak. nak bengkung leesa formula juga
DeleteHehee....dah siap hantar dan selamat sampai temerloh pun.... terima kasih byk2 sekali lagi.... akak doakan semoga selamat bersalin...byk kan minum air kelapa di akhir2 ni dan amalkan doa nabi yunus dlm perut Ikan yu tu.....
Delete