Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 18 March 2013

SCAN 4D MEMANG MENYERONOKKAN

Assalamualaikum...

hari sabtu bersamaan 16 mac 2013, usia kandungan 22 minggu ( 5 bulan 2 minggu), aku n suami pergi dekat Johor Maternity Specialist Centre Kluang. nak cari tempat tu pusing jugalah, almaklumlah tak tau tempat. suami aku pun jarang lalu kat situ. kul 9 lebih aku sampai, masuk dalam dah ramai orang yang menunggu. nombor giliran aku 42. masa tu baru 8 orang yang dipanggil. so, lamalah masa untuk aku menunggu. lepas ambil nombor, aku n suami kuar pergi makan dulu. balik dari makan still kena tunggu lagi. tapi takpelah, mmg aku tau kat situ ramai orang. Murah tau kat situ. doktornya pun peramah sangat. kul 12 lebih baru aku dapat masuk bilik doktor. doktor tu sambut dengan penuh senyuman. bestlah bila dapat doktor yang macam tu. tunggu lama pun tak rasakan. sebelum scan tu adalah borak2 sikit ngan doktor. aku siap minta doktor tu tuli dalam buku diari hamil.

lepas scan doktor tu tulislah maklumat baby dalam buku tu. aku bukakan dekat page 22 minggu sebabnya masa scan baby aku 22 minggu.

seronok tau scan 4d ni. macam2 aku tanya doktor masa scan tu. doktor pula melayan segala pertanyaan aku. baby kat dalam perut bergerak aktif. sekejap dia gerakkan kaki, sekejap gerakkan tangan, lepas tu aleh2 dia hisap jari, pastu gengam tangan plak. alhamdullilah masa doktor scan tu, senang je nak tau jantina, baiknya baby mummy ngan daddy. dia tau mummy ngan daddynya memang scan nak tau jantina. kata doktor jantina baby sama macam arwah ayahku pernah katakan sebelum ni. sebelum meninggal dunia, arwah ayah aku beria2 katakan anak aku ni jantina ...... sekian2. aku plak cakap taklah ayah, lain jantina tu. tapi kata arwah aku tu betul rupanya. erm... nanti dah lahir lagi pasti kot.

aku ada cakap ngan suami aku, " syg tgk b tak exited pun masa scan anak kita tu ". suami aku jawab macam ni " takkanlah nak melompat pula masa kat klinik tu ". " mestilah happy bila tgk anak sendiri dalam screen tu".

jom sama2 tgk baby aku. masa ni biras aku kata, baby tgh senyum.

tgk dari hidung baby macam ikut hidung daddy dia. anak manja dady ni nanti.
oh ya.... scan 4d kat sini hanya RM 55 sahaja. beserta 1 keping gambar. Doktor kata nak rakam boleh, bawa hp sendiri pastu rakam. aku tak rakam sebab bp suami dah low baterinya. takpe lain kali aku akan rakam detik2 mengembirakan ni.

8 comments:

  1. Murah sgt2.sarah scan 2d je pun dah rm145.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. murahkan.... kalo sarah kat kluang boleh wat. puas hati tau bila dpt tgk

      Delete
  2. ala..org tgu next month nk scan 4D..x sbr nk jmpe baby...

    ReplyDelete
  3. oh murahnya scan kat sana.. balik kampung nanti boleh singgah buat..

    ReplyDelete
  4. seronoknye perasaan tu..atie next week scan 4D..hik3...mesti best sgt!!!

    ReplyDelete
  5. comelnye... untung dapat tengok features baby.. mine is so pemalu!! congrats!

    ReplyDelete
  6. Klu 3d yg hitam putih tu kan....

    ReplyDelete