assalamualaikum....
usia kandungan dah 5 bulan lebih, so dah kena start cari barang sikit-sikit. bukan apa, takdelah terasa kos pengeluaran kewangan tu. kali ni aku nak kongsi list barang-barang pantang aku. ni pun aku dok cari dalam blog orang lain juga. buat masa ni aku dah order set bersalin, bengkung dan pilis online. nanti akan datang aku akan cari yang lain plak. beli sikit-sikit lama-lama lengkaplahkan sebelum bersalin anak sulung ni.
berpantang :-
1. first bila nak berpantang ni kenalah cari orang untuk urut kita. nanti akan diusahakan.
2. bengkung - aku order bengkung leesa formula sebabnya ianya sesuai untuk orang badan kecil dan besar.
3. pilis
4. tapel wangi
5. tungku besi
6. tangas
7. mandian herba
8. maternity pad
9. stokin
10. selipar lembut
11. tungku bayi
12. kain batik
13. baju sejuk
14. baju / seluar dalam
15. tuala mandi / tuala kecil
16. nursing bra
17. breast pad
18. set bersalin - aku pilih set bersalin afiat
dalam set bersalin afiat dah ada
MINYAK AFIAT ( 250 ml )
Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.
GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)
Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.
FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.
BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g)
Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.
PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )
Untuk dimakan selepas bersalin.
Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.
AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.
BARUT AFIAT
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.
BALM AFIAT
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.
MAKJUN BAWANG PUTIH
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
TALI PEMBENTAN AFIAT
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu
aku dah order, order bengkung, pilis dan set bersalin dari blog http://cunnani.blogspot.com
tunggu sampai barang ke rumah aje nanti.
Wednesday, 20 March 2013
Monday, 18 March 2013
SCAN 4D MEMANG MENYERONOKKAN
Assalamualaikum...
hari sabtu bersamaan 16 mac 2013, usia kandungan 22 minggu ( 5 bulan 2 minggu), aku n suami pergi dekat Johor Maternity Specialist Centre Kluang. nak cari tempat tu pusing jugalah, almaklumlah tak tau tempat. suami aku pun jarang lalu kat situ. kul 9 lebih aku sampai, masuk dalam dah ramai orang yang menunggu. nombor giliran aku 42. masa tu baru 8 orang yang dipanggil. so, lamalah masa untuk aku menunggu. lepas ambil nombor, aku n suami kuar pergi makan dulu. balik dari makan still kena tunggu lagi. tapi takpelah, mmg aku tau kat situ ramai orang. Murah tau kat situ. doktornya pun peramah sangat. kul 12 lebih baru aku dapat masuk bilik doktor. doktor tu sambut dengan penuh senyuman. bestlah bila dapat doktor yang macam tu. tunggu lama pun tak rasakan. sebelum scan tu adalah borak2 sikit ngan doktor. aku siap minta doktor tu tuli dalam buku diari hamil.
lepas scan doktor tu tulislah maklumat baby dalam buku tu. aku bukakan dekat page 22 minggu sebabnya masa scan baby aku 22 minggu.
seronok tau scan 4d ni. macam2 aku tanya doktor masa scan tu. doktor pula melayan segala pertanyaan aku. baby kat dalam perut bergerak aktif. sekejap dia gerakkan kaki, sekejap gerakkan tangan, lepas tu aleh2 dia hisap jari, pastu gengam tangan plak. alhamdullilah masa doktor scan tu, senang je nak tau jantina, baiknya baby mummy ngan daddy. dia tau mummy ngan daddynya memang scan nak tau jantina. kata doktor jantina baby sama macam arwah ayahku pernah katakan sebelum ni. sebelum meninggal dunia, arwah ayah aku beria2 katakan anak aku ni jantina ...... sekian2. aku plak cakap taklah ayah, lain jantina tu. tapi kata arwah aku tu betul rupanya. erm... nanti dah lahir lagi pasti kot.
aku ada cakap ngan suami aku, " syg tgk b tak exited pun masa scan anak kita tu ". suami aku jawab macam ni " takkanlah nak melompat pula masa kat klinik tu ". " mestilah happy bila tgk anak sendiri dalam screen tu".
jom sama2 tgk baby aku. masa ni biras aku kata, baby tgh senyum.
oh ya.... scan 4d kat sini hanya RM 55 sahaja. beserta 1 keping gambar. Doktor kata nak rakam boleh, bawa hp sendiri pastu rakam. aku tak rakam sebab bp suami dah low baterinya. takpe lain kali aku akan rakam detik2 mengembirakan ni.
hari sabtu bersamaan 16 mac 2013, usia kandungan 22 minggu ( 5 bulan 2 minggu), aku n suami pergi dekat Johor Maternity Specialist Centre Kluang. nak cari tempat tu pusing jugalah, almaklumlah tak tau tempat. suami aku pun jarang lalu kat situ. kul 9 lebih aku sampai, masuk dalam dah ramai orang yang menunggu. nombor giliran aku 42. masa tu baru 8 orang yang dipanggil. so, lamalah masa untuk aku menunggu. lepas ambil nombor, aku n suami kuar pergi makan dulu. balik dari makan still kena tunggu lagi. tapi takpelah, mmg aku tau kat situ ramai orang. Murah tau kat situ. doktornya pun peramah sangat. kul 12 lebih baru aku dapat masuk bilik doktor. doktor tu sambut dengan penuh senyuman. bestlah bila dapat doktor yang macam tu. tunggu lama pun tak rasakan. sebelum scan tu adalah borak2 sikit ngan doktor. aku siap minta doktor tu tuli dalam buku diari hamil.
lepas scan doktor tu tulislah maklumat baby dalam buku tu. aku bukakan dekat page 22 minggu sebabnya masa scan baby aku 22 minggu.
seronok tau scan 4d ni. macam2 aku tanya doktor masa scan tu. doktor pula melayan segala pertanyaan aku. baby kat dalam perut bergerak aktif. sekejap dia gerakkan kaki, sekejap gerakkan tangan, lepas tu aleh2 dia hisap jari, pastu gengam tangan plak. alhamdullilah masa doktor scan tu, senang je nak tau jantina, baiknya baby mummy ngan daddy. dia tau mummy ngan daddynya memang scan nak tau jantina. kata doktor jantina baby sama macam arwah ayahku pernah katakan sebelum ni. sebelum meninggal dunia, arwah ayah aku beria2 katakan anak aku ni jantina ...... sekian2. aku plak cakap taklah ayah, lain jantina tu. tapi kata arwah aku tu betul rupanya. erm... nanti dah lahir lagi pasti kot.
aku ada cakap ngan suami aku, " syg tgk b tak exited pun masa scan anak kita tu ". suami aku jawab macam ni " takkanlah nak melompat pula masa kat klinik tu ". " mestilah happy bila tgk anak sendiri dalam screen tu".
jom sama2 tgk baby aku. masa ni biras aku kata, baby tgh senyum.
![]() |
| tgk dari hidung baby macam ikut hidung daddy dia. anak manja dady ni nanti. |
Wednesday, 27 February 2013
PERGINYA SEORANG INSAN YANG KU SAYANGI
assalamualaikum.....
tanggal 21 februari 2013, jam 1906 pm ... perginya seorang insan yang aku sayangi. belum sempatku berjumpa dengannya, dia telah pergi menggalkan diriku selama-lamanya. dia yang ku maksudkan ialah AYAHKU " SHAIKH ABDUL HAIYEY BIN SHAIKH ABDUL KADIR ". lahir pada 29 jun 1947. kali terakhir aku berjumpa dengan ayahku ialah pada cuti thaipusam yang lalu. dan kali terakhir aku berborak dengannya adalah dalam telefon sehari sebelum kematian ayahku. aku dan suamiku sampai di kampung pada jam 2 pagi, hari jumaat. ketika itu, kulihat jenazah ayahku. dah dimandikan di hospital. sampai dirumah sesudah mandi n solat, aku menyedekahkan bacaan yassin pada arwah ayahku. aku redha atas kematian ayahku. ayahku dikebumikan pada pagi jumaat di tanah perkuburan felda lepar hilir 2, gambang, kuantan.
Tak sempat ayahku ingin melihat anak yang bakal ku lahirkan nanti, dan raya tahun lepas adalah raya terakhir bersama ayahku. alhamdullilah, tercapai juga hajat ayah untuk melihat anak-anaknya semua berkahwin, dan membuat kenduri kahwin di rumah ayah. nasiblah ada video rakaman kahwin semasa aku dan adik kahwin pada 25 ogos 2012 yang lalu. ada jugalah kenangan bergerak ayahku selain gambar ayah.
ayah, anak-anak ayah semua sayangkan ayah. love u so much. moga ayah tenang di alam yang lain. Ya Allah, tempatkanlah ayahku dikalangan orang-orng yang beriman dan beramal soleh.Ya Allah, tempatkanlah ayahku di Syurga. Amin...........
Ayah, anak-anak ayah akan jaga Umi dengan baik, walaupun Umi hanyalah mak tiri kami, kami tetap jaganya dengan baik sepertimana ayah menjaganya dan menyanyanginya.

Thursday, 7 February 2013
SUAMIKU TERUJA
assalamualaikum... hye b2b, ex b2b, mother to be korang apa khabar. sihat ke? happy tak dengan kehidupan sekarang. alhamdullilah, semenjak zura mendirikan rumah tangga ni byk kenangan yang mengembirakan. walaupun sekarang ni, tak tinggal sebumbung lagi dengan suami, org kata pjj (perkahwinan jarak jauh) disebabkan aku bekerja di johor bahru, dan suami di kluang. hanya hujung minggu sahaja kami berjumpa. kalau ikutkan jb dengan kluang taklah jauh sangat 1 jam setengah je, tapi sebab tak larat nak ulang alik, dan bangun pagi2 buta juga kos minyak dan tol, kami dok berasingan. suami di rumah maknya dan aku hidup menyewa bersama rakan-rakan. orang kata bila jarang jumpa ni, bagus juga. macam bercinta dulu2, cuma sekarang ni dah halal, nak pegang tangan pun takpe( takde orang tegur ). buat masa sekarang ni mungkin hanya sebulan sekali kami berjumpa, suami kursus di port dikson dari bulan 1 hingga 6, manakala aku plak sibuk belajar. hari sabtu dan ahad aku akan berada di shah alam, 2 kali dalam sebulan.
tajuknya kat atas ni , tak nampak cerita lagi yang sebenarkan. nak tau sebab apa entry kali " SUAMI TERUJA ", jom baca sms di antara aku dan suami.
aku ada call suami malam tadi, saje nak dgr suara dia. tapi tak diangkat. pastu dalam setengah jam kemudian dia sms aku.
suami : ada apa syg. abg kat klinik ni.
aku : abg watpe kat klinik ?
suami : kawan tak sihat ni.
aku : okey, b sihat ?
suami : sihat je syg.
aku : alhamdullilah. saje nak tel, baby nak dgr suara daddynya.
suami :eleh mcm boleh dgr.
aku : blhlah b. kan org ckp baby yg dlm perut nilah kena selalu berbual.
suami : yeke, dah g hospital ke, kan tiap2 bulan kena g.
aku : dah. 23hb. haritu.
suami : abis ok ke baby, dah scan ke
aku : hari tu tak scan pun. 20hb. ni br doktor kata nak scan.
suami : nak tau jantina ea
aku : xlah. doktor nak cek baby sihat ke tak. nape b nak tau jantina ea.
suami : nak la, tak boleh tunggu la
aku: hr tu kata xnak tau jantina
suami : nak tau la, lambat la nak tunggu
aku : nanti kita g klinik yg ada 4d. blh tau jantina.
dulu, suami ada cakap ngan aku... tak yah scan jantina, biar suprise. tup2 semalam dia pulak tak sabar nak tau. alahai suamiku. betul2 teruja nampaknya.

Thursday, 24 January 2013
14 minggu usia kehamilanku
alhamdullilah dah 14 minggu usia kehamilanku. semalam bersamaan 23 januari 2013, aku buat check up kali ke2 di klinik kesihatan abdul samad, johor bahru. di klinik, aku kena cek darah 2kali, dan juga minum air gula. nasiblah air gula yang aku minum tu tak berapa manis, boleh masuk tekak. aku dapat air glukosa. nasib tak muntah, kalo tak kena minum lagi sekali. kat sini, umur 25 tahun ke atas yang mengandung wajib minum air gula untuk cek kencing manis. yang lain macam biasalah, kena timbang, ambil darah untuk cek hemoglobin, cek tekanan darah tinggi dan jumpa doktor. yang lain okey, tapi hemoglobin aku je yang rendah, 10.2. patutnya kena 11 ke atas, baru okey. almaklumlah ubat yg doktor swasta bagi aku dah habis. aku cakap ngan doktor pasal ubat tu, doktor tu cakap teruskan ambil ubat tu, sebabnya ianya sangat bagus. ubat yang aku cakap tu ialah IBEREC FOLIC. kalau nak tau dia punya kelebihan korang google je. ianya amat baik untuk diri kita dan juga baby. erm..... pengalaman aku setakat ni, sejak dah masuk 3 bulan kandungan ni, keraplah muntah. kekadang apa yang aku makan keluar balik. aku harap taklah lama sangat. aku kena kuatkan diri, sebabnya aku 2 minggu sekali akan pergi shah alam, ada kelas kat sana. suami pula takde sisi sebab kursus di PD selama 6 bulan.
Tuesday, 1 January 2013
MANISNYA DI TAHUN 2012
alhamdullilah dipanjangkan umur untuk ke tahun 2013. pejam celik pejam celik dah masuk 2013 kan. Selamat tahun baru buat kawan-kawan di luar sana. moga hajat di tahun 2013 ni tercapai, insyaallah.
tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan manis buat zura. tapi dari kenangan manis tu terselit juga kenangan duka. alhamdullilah, tahun 2012 aku dah jadi isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi. dipanggil temuduga dan berjaya temuduga. kerja dekat sikit dengan suami, walaupun tak tinggal bersama hari-hari, tapi setiap minggu akan berjumpa. seronok, dulu sebulan sekali baru berjumpa. 3 bulan lepas kahwin, diberikan perkhabaran berita yang gembira buat aku dan suamiku, alhamdullilah aku di sahkan mengandung, yang masa itu usia kandunganku 7minggu 3hari.
tapi dalam manis ada dukanya, sedih meninggalkan rakan-rakan ofis di shah alam. banyak kenangan dengan diaorang selama 6 tahun lebih bekerja di sana. i always love u all. sekarang aku menjawat jawatan yang baru dan bekerja di johor bahru.
tarikh-tarikh penting :-
01 Ogos 2012 - panggilan temuduga di Putrajaya.
25 ogos 2012 - pagi, aku selamat dinikahkan dengan sekali lafaz aje aku sah bergelar isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi.
12 Oktober 2012 - hari terakhir aku bekerja di shah alam, meninggalkan rakan-rakan ofis yang telah aku kenal lebih dari 6 tahun.
15 Oktober 2012 - melaporkan diri di Putrajaya, seminggu di situ untuk sesi pembelajaran dan taklimat.
22 Oktober 2012 - mula bekerja di johor bahru dengan suasana kerja yang baru, rakan yang baru, dan jawatan yang baru.
05 Disember 2012 - buat UPT, disahkan positif.... terus ajak suami gi klinik untuk pengesahan selanjutnya. alhamdullilah dah mengandung, 7 minggu 3 hari ketika itu. tergambar kegembiraan diwajah suami.
08 Disember 2012 - majlis sambut menantu di Kluang, Johor. Walaupun lambat buat, tapi dapat merasa sekali lagi naik pelamin bersama suami tercinta.

Saturday, 15 December 2012
sambut menantu di kluang
alhamdullilah.... majlis berjalan dengan lancarnya di rumah suami di kluang. kali ni sambut menantu bersanding berlima. tak pernak dek buat orgkan. hehehe. nape ea 5? aku, suami, baby, abg ipar dan biras.
aku suka tgk gambar yang diedit oleh OP kat kluang ni.... nama FB nya http://www.facebook.com/azwal.ahmad . cantik tau. puas hati dengan hasil karyanya.

| suami terlupa nak ambil tanjak.... apa2 pun tetap hensem. hehehe |
![]() |
![]() |
| masa ni dah penat sangat. |
![]() |
| suamiku melompat ala2 sopan.... abg ipar melompat terlebih exited. hehehe |
![]() |
| twins..... |
![]() |
| pengantin perempuan merempit.... ada berans |
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)