Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 May 2013

baju baby

assalamualaikum.....

hai b2b, ex-b2b, mother to be and silent reader. hari nak tunjuk gambar baju baby.





rompers 3 helai ini, dah pos pada adikku di temerloh. adik pun pregnant. dah masuk 6 bulan lebih. aku plak dah masuk 8 bulan.


Monday, 27 May 2013

second giveaway from anakpakshaikh.blogspot.com

assalamualaikum...salam sejahterra

hari ni zura nak wat second giveaway plak. first dulu wat masa nak kahwin..., kali ni nak dapat anak plak. so hadiahnya nak bg baju baby.

pada sesape nak masuk blhlah join. kali ni korang tulis plak pasal pengalaman nak jd mummy ni. ramaikan blogger skrg yg tgh pregnant dan ada yg dah pun jd mommy. takpun korang boleh cite pasal scan , pasal gi klinik or apa2 pasal baby.

syarat2 penyertaan :

1. mestilah follower anakpakshaikh. kalo tak , jdlah dulu follower anakpakshaikh erk.

2. linkkan blog ini dlm blog korang nanti bila tulis entry. yelah nanti blh yg lain tau jg.

tarikh tutup penyertaan
22 jun 2013.

3 entry yg menarik hati zura akan dpt hadiah.

Wednesday, 22 May 2013

alhamdullilah... makin hari makin aktif baby

assalamualaikum...

alhamdullilah.... makin hari makin aktif baby bergerak dalam perut mummynya ni. suka sangat. kekadang bila ada masa yang terluang jer, mesti borak-borak dengan baby. almaklumlah husband takde di sisi. hujung minggu je dapat jumpa. plak tu sekarang husband kursus di Port Dickson. SMS dan call aje lah hari-hari biasa. ada juga cakap kat husband, " anak kita asyik tendang perut mummy je ni". husband cakap " okeylah tu, anak aktif, lagipun kan anak tu makin besar". kitaorang ni laki bini tak sabar dah tunggu anak ni keluar. kalau ikutkan perhitungan lagi 59 hari je lagi, maksudnya lagi 2 bulan lagi aku akan bergelar mummy, husband aku bergelar ayah (ingat nak anak panggil daddy, tapi husband lebih suka anaknya panggil ayah). minggu depan dah masuk 8 bulan. bestnya.....

buat baby dalam perut mummy ni, nanti bila keluar bolehlah jadi peneman mummy erk. yelah, mummy kat jb, ayah kat kluang. hujung minggu jumpa ayah kat kluang, main dengan ayah plak.

Wednesday, 17 April 2013

sweet memories :- perutku beralun-alun

assalamualaikum / salam sejahtera.....

 apa perasaan korang bila dapat tengok perut beralun-alun masa baby dalam perut bergerak. bagi aku rasanya amat seronok sekali. semalam babyku bergerak sangat aktif. so, apa lagi dapatlah aku melihat perutku beralun-alun. ce korang citer pengalaman korang plak, masa mengandung ni... mesti banyak yang sweetkan untuk di kongsi bersama.

*** erm... esok kena minum air gula lagi n ambil darah, untuk cek gula dalam darah. ni kali kedua aku minum air gula. aku ada juga tanya nurse kat tempat aku cek tu, minum air gula berapa kali, diaorang kata kena minum 3 kali. takpelah...... untuk anak mummy dalam perut mummy ni, mummy akan buat apa saja, asalkan anak mummy sihat. tak sabar nak tunggu anak mummy ni keluar.

Tuesday, 9 April 2013

CHECKLIST BARANG BERPANTANG / BARANG MUMMY DAN BARANG BABY

assalamualaikum / salam sejahtera ......

hai b2b , ex b2b, mother to be and all silent reader. hari ni aku nak kongsi dengan korang semua checklist untuk barang berpantang / barang mummy dan barang baby. bolehlah sikit buat persiapan sebelum bersalin nanti.


Wednesday, 20 March 2013

BARANG-BARANG BERPANTANG

assalamualaikum....

usia kandungan dah 5 bulan lebih, so dah kena start cari barang sikit-sikit. bukan apa, takdelah terasa kos pengeluaran kewangan tu. kali ni aku nak kongsi list barang-barang pantang aku. ni pun aku dok cari dalam blog orang lain juga. buat masa ni aku dah order set bersalin, bengkung dan pilis online. nanti akan datang aku akan cari yang lain plak. beli sikit-sikit lama-lama lengkaplahkan sebelum bersalin anak sulung ni.

 berpantang :-

1. first bila nak berpantang ni kenalah cari orang untuk urut kita. nanti akan diusahakan.

2. bengkung - aku order bengkung leesa formula sebabnya ianya sesuai untuk orang badan kecil dan besar.

3. pilis

4. tapel wangi

5. tungku besi

6. tangas

7. mandian herba

8. maternity pad

9. stokin

10. selipar lembut

11. tungku bayi

12. kain batik

13. baju sejuk

14. baju / seluar dalam

15. tuala mandi / tuala kecil

16. nursing bra

17. breast pad

18. set bersalin - aku pilih set bersalin afiat

dalam set bersalin afiat dah ada

MINYAK AFIAT ( 250 ml )
Untuk urutan wanita lepas bersalin. Lain-lain kegunaan ; lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas. Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.

GEL MANDIAN SERAI WANGI (125 ml)
Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan. Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.

FEMININE CARE (PENCUCI WANITA) (60 ml)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.

BEDAK HANGAT AFIAT ( 100 g)
Digunakan selepas mandi; pagi dan petang. Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.

PIL JAMU AFIAT ( 528 biji )
Untuk dimakan selepas bersalin.
Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam. Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

AKAR KAYU PERIUK AFIAT ( 100 g )
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml. Minum airnya segelas; 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin. Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.

BARUT AFIAT
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan. Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat. Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat). Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi. Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.

BALM AFIAT
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.

MAKJUN BAWANG PUTIH
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam. Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

TALI PEMBENTAN AFIAT
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu

aku dah order, order bengkung, pilis dan set bersalin dari blog http://cunnani.blogspot.com
tunggu sampai barang ke rumah aje nanti.


Monday, 18 March 2013

SCAN 4D MEMANG MENYERONOKKAN

Assalamualaikum...

hari sabtu bersamaan 16 mac 2013, usia kandungan 22 minggu ( 5 bulan 2 minggu), aku n suami pergi dekat Johor Maternity Specialist Centre Kluang. nak cari tempat tu pusing jugalah, almaklumlah tak tau tempat. suami aku pun jarang lalu kat situ. kul 9 lebih aku sampai, masuk dalam dah ramai orang yang menunggu. nombor giliran aku 42. masa tu baru 8 orang yang dipanggil. so, lamalah masa untuk aku menunggu. lepas ambil nombor, aku n suami kuar pergi makan dulu. balik dari makan still kena tunggu lagi. tapi takpelah, mmg aku tau kat situ ramai orang. Murah tau kat situ. doktornya pun peramah sangat. kul 12 lebih baru aku dapat masuk bilik doktor. doktor tu sambut dengan penuh senyuman. bestlah bila dapat doktor yang macam tu. tunggu lama pun tak rasakan. sebelum scan tu adalah borak2 sikit ngan doktor. aku siap minta doktor tu tuli dalam buku diari hamil.

lepas scan doktor tu tulislah maklumat baby dalam buku tu. aku bukakan dekat page 22 minggu sebabnya masa scan baby aku 22 minggu.

seronok tau scan 4d ni. macam2 aku tanya doktor masa scan tu. doktor pula melayan segala pertanyaan aku. baby kat dalam perut bergerak aktif. sekejap dia gerakkan kaki, sekejap gerakkan tangan, lepas tu aleh2 dia hisap jari, pastu gengam tangan plak. alhamdullilah masa doktor scan tu, senang je nak tau jantina, baiknya baby mummy ngan daddy. dia tau mummy ngan daddynya memang scan nak tau jantina. kata doktor jantina baby sama macam arwah ayahku pernah katakan sebelum ni. sebelum meninggal dunia, arwah ayah aku beria2 katakan anak aku ni jantina ...... sekian2. aku plak cakap taklah ayah, lain jantina tu. tapi kata arwah aku tu betul rupanya. erm... nanti dah lahir lagi pasti kot.

aku ada cakap ngan suami aku, " syg tgk b tak exited pun masa scan anak kita tu ". suami aku jawab macam ni " takkanlah nak melompat pula masa kat klinik tu ". " mestilah happy bila tgk anak sendiri dalam screen tu".

jom sama2 tgk baby aku. masa ni biras aku kata, baby tgh senyum.

tgk dari hidung baby macam ikut hidung daddy dia. anak manja dady ni nanti.
oh ya.... scan 4d kat sini hanya RM 55 sahaja. beserta 1 keping gambar. Doktor kata nak rakam boleh, bawa hp sendiri pastu rakam. aku tak rakam sebab bp suami dah low baterinya. takpe lain kali aku akan rakam detik2 mengembirakan ni.