Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 19 October 2011

3 hari lagi

hari ni dah 19hb 10... birthday abg aku fuad... happy birthday

lagi 3 hari untuk sampai ke tarikh 22hb... perancangan yang dibuat berbulan2 lamanya.... minta2 dipermudahkan Allah swt untuk majlis yang dirancang ni.. amin......

barang2 hantaran dah hampir siap... sebelum nak balik kuantan esok kena pastikan barang2 hantaran, baju tunang dan segala barang2 yang berkaitan dengan pertunangan ni di bawa balik... minta2 takdelah tinggal apa2....

Sunday, 16 October 2011

menunggu hari bertukar status

assalamualaikum....

sekarang ni tengah menghitung hari untuk majlis pertunangan antara aku ngan amirul. erm,,,, pahang vs johor.

alhamdullilah hantaran dah hampir siap... tak sabar rasanya nak habiskan majlis ni.... moga berjalan ngan lancar,
minta2 family aku n family belah johor sihat2 belaka, terutamanya  ayah aku. minta2 ayah aku sihatlah. amin.
doakan majlis ni berjalan dengan lancar ea..... amin....

Saturday, 15 October 2011

pasang grill umah baru di port dickson

assalamualaikum......

hari ke taman desa PD.... pasang grill untuk umah baru.... nasib baik tempah awal... dapatlah RM 1600 untuk grill. selepas bajet harga besi dah naik. nasib aku tempah sebelum bajet.

nanti aku servey untuk pasang lampu dan kipas plak...

Wednesday, 5 October 2011

membeli belah kipas dan lampu untuk rumah baru

assalamualaikum....

hari ni habis je exam acc114, aku ambil duit n isi minyak pastu terus menghala ke puchong utama. walaupun tak berapa tau jalan, nasib baiklah jumpa juga ngan kedai yang dicari. memang betullah kedai house lighting di puchong murah sangat. itu pun aku search dari internet juga. thankslah kawan2 internet kerna bagi tau tempat yang murah. senarai barang yang aku beli pada hari ini (5/10/2011)

- kipas jenama panasonic (3 bilah)- RM 115 (1 SET)
aku beli 5 set so harganya RM 575

- Lampu kalimantang yang panjang jenama philips - RM 13 (1 SET)
aku beli 6 set so harganya RM 78

- Lampu comel jenama GE- RM 20 (1 SET)
aku beli 2 set saja so harganya RM 40.

Total semuanya baru RM 693. Kalo beli tempat lain maybe lagi mahal harganya. so kawan2 kalo nak beli
carilah kedai ni. kalau dari shah alam lalu satu tol aje ( tol puchong barat) pastu terus je, belah kanan seberang jalan akan nampak kedai yang dicari. cari jalan nak u-turn kedai tu, sebab dari shah alam kita akan ada sebelah kiri jalan.

bijak berhemah ketika berbelanja.