Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 29 May 2012

PERTUNANGAN QOMARIYAH

hari sabtu yang lalu (26/5/2012), aku ke Sabak Bernam menghadiri pertunangan kawanku Qomariyah. meriahnya majlis kat sana, seronok aku tgk suasana majlis. hantaran saja tak payah cakaplah, memang banyak. sedara mara banyak bagi. memang kat sana kawan aku cakap kalo majlis tunang banyak hantaran yang diberi. kawan aku saja ada 9 hantaran, sedara bagi banyak. semuanya ada 20 lebih, aku tak kiralah plak. banyak makananlah. kawan aku kata lagi, masa tunang je bagi hantaran, masa kahwin nanti takde dah hantaran. jom kita tgk sekitar majlis pertunangan kawan aku ni.....

qom.... kamu cantiklah, suka akak tgk kamu.





pelamin mini yang dibuat khas hasil kerja kreatif maksedara Qom






dua2 darah manis... hehehe

Friday 25 May 2012

FREE DIY WEEDING CARD


sesape nak diy kad kahwin, bolehlah ambil design kad yang aku bagi kat bawah ni. kad yang aku buat ni simple je. saja suka2 takde buat keje lainkan. so, sesape nak ambil bagitaulah kat komen tu ea.



Wednesday 23 May 2012

Monday 21 May 2012

KURSUS KAHWIN, UJIAN HIV

alhamdullilah...

ujian HIV dah buat dan kursus Pra Perkahwinan pun dah hadir. Kursus Pra Perkahwinan yang diadakan di JAIS pada 19-20 Mei 2012, best sangat. banyak input yang boleh dapat dari sana. Penceramah-penceramahnya pun kelakar. tak boringlah bila dengar ceramah tue. kat bawah ni dokumen-dokumen aku dan juga en.tng.

  ini folder yang diberikan oleh JAIS




Sijil kursus aku

salinan sijil kursus en.tng




dokumen2 ujian hiv aku n en.tng 



senarai semak dokumen2 yang diperlukan untuk borang permohonan perkahwinan JAIP


borang permohonan perkahwinan JAIP

Thursday 17 May 2012

DIY KAD KAHWIN SIAP

alhamdullilah...... selepas berhempas pulas design dan print kad kahwin, kemudian gunting dan lipat, siap sudah kad kahwinku. lepas ni bolehlah aku buat benda lain. bolehlah aku siapkan senarai jemputan untuk kenduri nanti. erm... kalo kad jemputan tak cukup aku print lagi. untuk orang kampung aku fotostat je. kad aku ada 2 versi. satu jenis kartun (kecik aje kadnya - 1 kertas A4 boleh buat 4 kad), lagi satu versi aku buat yang formal je ( besar sedikit - 1 kertas A4 boleh buat 2 kad). yang kartun aku akan bagi kat member2. kad yang lagi satu tue, aku bagi pada sedara mara or kawan2 familyku.

kat bawah niela gambar untuk kad kahwin aku.






 inilah kad kahwin yang telah aku print dengan printerku sendiri. kemudian digunting dan dilipat.

bawah ni plak kad yang difotostat untuk orang kampung.




amacam okey tak kad2 nie. kalo sesape yang bakal berkahwin nanti bolehlah DIY kad kahwin ikut kreativiti sendiri. bila dah pasang niat nak DIY kenalah rajin buatnya. hasilnya sangat memuaskan.

Saturday 12 May 2012

Thursday 10 May 2012

PERKAHWINAN

sebelum menjelang hari bahagia, aku dan en.tng kena lengkap pelbagai dokumen. En.tng bila submit borang di Kem nanti dia kena temuduga plak. bukan temuduga kerja, tapi temuduga (sesi soal jawab - soalan2 fardhu ain). banyak juga soalan yang kena jawab, tak silap aku adalah dalam 15 Topik besar. antara subtopik yang kena jawab semestinya soalan tentang PERKAHWINAN.  Buat en.tng nanti jawab2 elok ea. Doa semoga dipermudakan segala urusan.Amin....

(PERKAHWINAN)


Soalan
Nyatakan Rukun Dan Syarat akad nikah.
Jawapan:
Rukun nikah:

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Wali
  4. Dua orang saksi (lelaki yang adil)
  5. Aqad (Ijab dan Qabul)

Syarat Aqad:

  1. Ijab dan Qabul berlaku dalam satu majlis.
  2. Ucapan qabul tidak menyalahi ijab.
  3. Bahasa yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.
  4. Di antara ijab dan qabul tidak diselangi dengan kata-kata yang lain.

Soalan
Terangkan hikmat perkahwinan dalam Islam.


Jawapan:
Antara hikmat perkahwinan ialah:

1. Mengikut sunnah Rasulullah SAW.

2. Menikmati kasih sayang dan ketenteraman jiwa.

3. Mendapat zuriat yang bersih dan membina keluarga bahagia.

4. Memelihara kehormatan dan mengelakkan perbuatan maksiat.

5. Membina masyarakat berakhlak dan bertanggungjawab.


Soalan
Nyatakan tanggungjawab suami isteri.
Jawapan:
Antara tanggungjawab suami ialah:

  1. Memberi nafkah zahir dan batin terhadap isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan rawatan perubatan.
  2. Memberi layanan yang baik, seperti memberi kasih sayang dengan ikhlas, baik tutur kata dan perbuatan, menjaga maruahnya, bertindak dengan bijaksana tanpa emosi dan membantu isteri.
  3. Memberi didikan supaya isteri menjadi wanita yang solehah, taat beribadat dan memahami ajaran Islam.

Antara tanggungjawab isteri ialah;

  1. Taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT, menjaga maruah diri dan maruah suami.
  2. Memberi layanan yang baik dan ikhlas kepada suami, seperti bergaul mesra, pandai menyesuaikan diri dengan keadaan suami dan tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak disenangi oleh suami.
  3. Menjaga harta suami dengan bertanggungjawab dan amanah. Bijak mengurus harta dan jimat cermat.


Tanggungjawab bersama antara suami isteri;

  1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga dan mewujudkan persefahaman, kesabaran, bertolak ansur, bermusyawarah, dan menggunakan pertimbangan akal yang sebaik-baiknya.
  2. Memelihara dan mendidik anak-anak dengan pendidikan yang sempurna dan penuh kasih sayang, terutama dalam Pendidikan Agama Islam dan berlaku adil kepada anak-anak.
  3. Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak dengan jalinan hubungan silaturahim yang erat.
Soalan
Bagaimanakah talak itu berlaku dan nyatakan kesan buruk daripadanya.
Jawapan:
(a)      Talak berlaku apabila suami mengatakan kepada isterinya: “Engkau tertalak” atau “Aku ceraikan engkau”. Talak juga boleh berlaku dengan bahasa sindiran yang disertai dengan niat seperti “Engkau bebas”. Talak yang boleh dirujuk hanya talak satu dan talak dua sahaja.
(b)      Antara kesan buruk talak ialah:
1.   Keruntuhan institusi rumah tangga.
2.   Anak-anak berada dalam keadaan delima, menjejaskan kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa.
3.   Boleh menyebabkan anak terbiar yang yang membawa kepada masalah sosial dan kegiatan negatif.

Soalan
Bagaimana penjagaan anak (Hadanah) mengikut hukum Islam.
Jawapan:
Apabila berlaku perceraian, ibu lebih berhak dalam penjagaan anak sehingga anak tersebut berumur tujuh tahun (mumaiyiz).
Selepas tempoh tersebut, anak itu diberi pilihan sama ada dia mahu dipelihara oleh ibunya atau bapanya, dengan mematuhi syarat penjagaan (hadanah).
Namun begitu, pendidikan dan nafkah terhadap anak tetap wajib ditanggung oleh bapanya.
 Catatan 
Talak ialah jalan terakhir sebagai penyelesaian masalah rumah tangga yang sudah tidak ada persefahaman dan sangat dibenci oleh Islam. [Atas]
Mumaiyiz maksudnya: anak sudah cerdik dan boleh membezakan antara sesuatu yang baik dan tidak baik. Contohnya: seseorang anak yang tahu membezakan antara air panas dengan air sejuk, lauk masin atau tawar, baju basah atau kering dan sebagainya. Berbeza dengan baligh yang bermaksud cukup umur. [Atas].

Tuesday 8 May 2012

PERSIAPAN PERKAHWINAN SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA BEBERAPA BULAN LAGI

lagi 3 bulan lebih je lagi untuk aku menyiapkan  segala2 hala mengenai perkahwinanku dengan en.tng. sudah mula mengisi borang permohonan untuk berkahwinan. hal- hal mengenai surat, ujian atau apa2 dokumen untuk dilengkapkan bersama borang permohonan perkahwinan, seperti ujian HIV, surat pengakuan bujang, tandatangan pengesahan wali, sijil kursus kahwin perlu aku n en.tng lengkapkan. antara aktiviti aku dan e.tng untuk bulan 5 ni seperti dibawah :-

05 Mei - 06 Mei = aku balik kampung di Kuantan ( ambil salinan KP dan tandatangan wali - untuk lengkapkan borang en.tng , en.tng borangnya lain sikit sebab en.tng ni tentera, banyak prosedurnya)

09 Mei = En.tng ada appointment buat Ujian HIV dekat tempat dia kerja.

17 Mei = Giliran aku plak appointment buat Ujian HIV. aku buat di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

19 Mei - 20 Mei = aku n En.tng pergi Kursus Pra Perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor (Shah Alam).

setakat ni tuelah aktiviti aku n En.tng. Pasal DIY KAD KAWIN, kad dalam proses cetak. aku print kat umah je, jimat...... design aku tukar wat lain sikit dari dalam blog ni... hasilnya nanti aku tunjuk kat korang. untuk kawan2 aku print Kad yang sangat comel ( sizenya kecil aje, macam bisnes kad tu), kad aku lipat dua. Untuk buat kad yang comel ni, satu kertas A4 boleh buat empat keping. Untuk orang kampung dan sedara mara juga pegawai2 aku buat kad yang size besar sedikit. design berbeza dari kad yang comel tu. satu kertas A4 boleh buat dua keping ( kad dilipat 2). aku akan print kad dan gunting bila aku balik dari keje.

Untuk gubahan hantaran, mungkin dalam masa sebulan or 2 bulan lagi nak kawin baru aku gubah. kain dan baju untuk kenduri kahwin aku dah beli ( kakak aku (k.idah) yang sponsor). aku dah bagi pada adaik beradikku. hari ni nak pos kain dan kemeja pada kakakku di terengganu. untuk abg aku di puchong, nanti aku bagi sendiri je. kena bagi awal kain sebabnya tak lama lagi mungkin tempahan menjahit dikedai dah ditutup, almaklumlah kahwin selepas raya.


Thursday 3 May 2012

Bateri Kereta

2/5/2012

pagi2 sebelum aku pergi keje , aku nak start enjin kete ... tup2 enjin kete tak boleh nak hidup. banyak kali juga aku cuba start, dahlah aku nak gi keje ni. erm... tak boleh start juga. aku suruhlah kawan serumah aku hantar ke ofis. nasib baik kawan aku ni tak pegi keje laji, dia keje ada shift. aku dah agak mesti tak dapat start kete sebab bateri dah lemah. mana taknya, bateri yang aku pakai tu dah 2 tahun lebih kot nak masuk 3 tahun. kiranya lama juga ianya bertahan. apa lagi sampai kat ofis, aku settlekan dulu keje ofis, pastu aku cari dekat EN.GOOGLE pasal bateri kete. jumpalah laman web iklan ni http://www.iklan-percuma.info/-1/posts/2_Automotive/2_Auto_accessories_parts/72628_BATERI_KERETA_MURAH_JE.html . terus aku sms orang yang iklankan ni. aku suruh dia datang umah lepas keje dalam jam 5.30 , bawa bateri dan pasang terus. bagus diaorng ni, hujan2 pun datang juga, tepat pada waktu yang dijanjikan.

akhirnya selepas dipasang bateri baru , barulah kete aku ni boleh hidup balik. patah kaki juga takde kenderaankan.

pengalaman menaiki bas

assalamualaikum / hai  kawan2

tgk tajuk macam baru first time aku naik bas.... tapi sebenarnya idoklah gitu. sehari sebelum aku nak balik ke kuantan, aku pegilah beli tiket di Kaunter Tiket Bas Seksyen 17, Shah Alam. mula2 aku gi kat kaunter tiket bas Transnasional, Tapi dah habis tiket, aku gi plak kat utama Ekspress , takde juga. pilihan terakhir Sani Ekspress. Tiket bas untuk Malam ada lagi pada hari Jumaat jam 11.45, tarikh 27/5/2012.

27/5/2012, aku suruhlah kawan aku hantar ke terminal bas Seksyen 17 tu. aku tunggu punya tunggu, bas tak sampai2 juga2. sekali aku dengar announcement dari Bas Sani Ekspress mengatakan bas dijangka lewat sampai. okeylah, aku tunggu lagi. lama juga aku tunggu, aku tgk ramai jugalah yang return balik tiket bas tu. aku pun return balik tiket bas ( pergi dan balik ), tak sanggup aku tunggu lagi.... dah sejam aku tunggu kat situ. aku dengar masa orang tanya kat kaunter tadi, diaorg jawab bas paling cepat sampai pukul 2.30 pagi... gila ko... tak sanggu aku tunggu. sebelum ni pun pernah terjadi aku tunggu sampai 2 jam, bas yang sama juga... alasan bas rosak juga. apalagi aku returnlah tiket tu, minta duit. tue setahun or 2 tahun yang dulu, aku pun tak ingat tarikhnya. aku ingat takkan jadi perkara yang sama lagi, rupanya jadi juga. serik dah aku nak beli tiket bas Sani Ekspress. masa aku tunggu bas selama 1 jam tu sempatlah aku berborak dengan seorang perempuan ni. namanya Zulfa, tunggu bas yang sama juga. baru first time kat sini. praktikal dan dok kat klang. kesian dia, nak balik pun jauh, rumah pun takde orang. aku pun ajak dia return balik tiket tu dan pegi ke umah aku di seksyen 4. aku takkan ajak jika aku tak percaya orang tu, tapi bila aku tgk perwatakan dan bila berborak dengan dia, dia seorang yang okey. dia praktikal mengajar di sekolah agama di klang.

28/5/2012, aku pegi lagi ke terminal bas Seksyen 17 bersama Zulfah. kawan serumah aku hantar, terima kasih lina tolong hantar, tapi aku cakap ngan lina suruh dia tunggu jap, takut takde tiket. aku pegilah tanya tiket kat semua kaunter yang menuju ke Kuantan kecuali Sani Ekspress (SERIK DAH). malangnya takde, dah habis.
Aku suruh Lina hantar ke Komuter Seksyen 19. aku beli tiket di Pudu Sentral, nasib baiklah ada tiket bas. tapi malang sekali lagi dari Pudu sentral aku kena pergi ke Bandar Tasik Selatan, naik bas kat situ. beli tiket bas kul 2.30 terpaksa naik jam 4.00 ptg sebab terlepas jam 2.30 ptg. semua bas Ekspress tak boleh masuk ke Pudu Sentral sebab jalan di tutup. erm..... ada Perhimpunan BERSIH kat situ. sampai Bandar Tasik Selatan, jam 2.40 ptg, lewat dah.... aku tunjuk tiket dekat orang yang jaga kat situ. dia kata bas dah bertolak, dia suruh tunggu jam 4.00 ptg. so aku tunggulah kat situ bersama Zulfa dan penumpang2 semua bas Ekspress dari Pudu Sentral. bila bas sampai, aku pun naik... sempat juga aku cakap dengan Zulfah "lega rasanya bila dah ada dalam bas", seharian juga kita ke sana sinikan ". Zulfa yang baru sampai ke Selangor dan Kuala Lumpur ni, dapat merasa pegi 3 terminal bas dalam masa 2 hari. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Zulfa.... kenangan bersama-sama menegenai bas ni tidak didapat dilupakan. moga persahabatan yang terjalin kekal dan tidak putus. kalo ada sebarang kemusykilan tentang agama nanti bolehlah zura tanya Zulfa. Buat Lina, kawan serumahku.... terima kasih kerana sudi hantar zura dan kawan.