Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 22 March 2012

aku penggemar laksa

aku suka berjalan-jalan mencari pelbagai jenis makanan. tapi yang paling aku suka laksa. pelbagai tempat dah aku cuba mencari laksa yang sedap. memang banyak laksa yang sedap di shah alam ni. tapi yang paling aku suka Laksa Utara Jitra mai. kat shah alam ni banyak cawangannya. korang cari je yang ada papan tanda ni. kalo ada papan tanda yang aku tunjuk ni, confirm memang sedap.

sekarang laksa ni harganya bukan lagi RM 3.00, tapi dah RM 3.50. Memang sedap. kuahnya yang pekat dan baunya membuatkan anda teringin makan lagi.

Yang biasa aku pergi di shah alam ni dekat Seksyen 19, dekat ngan stesen komuter. cawangan lain dekat Belakang Unisel dan dekat seskyen 7 area deretan kedai Pak li Kopitiam. dekat Seksyen 18, depan Giant.
erm, lagi dekat ngan stadium, seksyen 13. kalo korang nampak tempat lain papan tanda yang sama dengan ni, ianya memang laksa yang sama. cubalah, rugi tau tak cuba.

cara mudah masak char keow teow

hari ni aku nak berkonsi resepi wat char keow teow yang mudah. ni pun aku belajar dari kawan serumah aku. pergh... memamg sedap. cubalah.

bahan2
2 paket kecil perencah adabi (bihun grg)
sebungkus keow teow
1 or 2 biji telur (pecahkan telur daan kacau)
tauge
udang
kicap (ikut suka hati nak letak banyak mana)
3 biji bawang putih diketuk dan dihiris

cara2
1.  tumis bawang putih dan perencah adabi sehingga naik bau pastu masukkan udang.
2. masuk air (ikut suka hati nak letak berapa banyak pun)
3. kacau hingga menggelegak.
4. masukkan keowteow dan telur. (api perlahan)
5 last, masukkan tauge. tak payah lama sangat nanti tauge tu tak sedap plak.
6. rasa dah masak semuanya terus angkat.

okey, bolehlah anda menikmati hidangan ini bersama keluarga or rakan2. boleh makan dalam 4 or 5 orang. boleh siap tambah makan lagi.

Wednesday 21 March 2012

CERPEN PENDEK

Hai kawan-kawan, hari ni aku nak kongsi ngan korang cerpen pendek yang aku karang sendiri. tetiba plak ada idea petang tadi. jom kita baca....


Kenangan Lalu
                Rintik-rintik hujan membasahi pipi yang gebu ini, anak-anak kecil riang bermain di tepian sawah, fikiranku melayang ke zaman persekolahan di mana masa itu aku berkenalan dengan seseorang, seseorang yang bernama Aiman. Dikala aku bersendirian di perhentian bas, aku disapa oleh Aiman. Assalamualaikum, saudari sorang je... kenapa bersendirian disini, bahaya tau. Takpelah, saya temankan awak disini. Saya Aiman, siapa nama saudari, nak pergi ke mana. Erm .... nak ke aku jawab pertanyaan dia ni, tengok dari raut wajah dia ni, nampaknya macam budak yang baik. Hello.... saudari kenapa tak jawab, bisu ea atau takut dekat saya. Tak payah takut, saya budak yang baik. Dia ni macam tau-tau je apa yang bermain difikiran aku.  Lama juga aku berdiam diri, buat macam dia takde sebelah aku. Tapi kesian juga kat mamat ni, seraya aku menjawab pertanyaannya. Nama saya Fatin Quraitulaini, panggil je Fatin. Saya tengah tunggu bas nak ke Kampung Majidi. Terima kasihlah kerana nak temankan saya disini. Hah... ada pun suara ni ingatkan bisu tadi. Sorry ea, saya tak bisu, aku mencelah geram pula dengan  si mamat ni. Okey, Cik Fatin saya minta maaf cakap awak bisu. Takpelah, saya okey je. Lama juga aku menunggu bas disitu, dan banyak jugalah perkara yang kami bualkan. Macam dah lama kenal, padahal baru je tak sampai 1 hari aku kenal dia. Perkenalan kami hanya setakat disitu sahaja, bas yang ditunggu telah pun sampai.  Semasa aku nak naik bas tu, sempat juga dia cakap dengan aku “ Cik Fatin, ada jodoh kita berjumpa lagi ”. Aku cuma mengiyakan apa yang dicakapkan.
Kenangan itu berlalu begitu sahaja. Sekarang usiaku sudah menginjak dewasa. Disaat ini aku sudah bergelar seorang siswazah. Esok aku mula bekerja di Menara Holding sebagai Pengurus bahagian pemasaran. Aku akan sentiasa bertemu dengan pelanggan. Fatin, kamu diterima bekerja disini... terngiang-ngiang ditelingaku ini mendengar khabar gembira. Dari kecil aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus pemasaran. Hari yang ditunggu telah tiba, sekarang aku telah pun menjejaki kaki di Menara Holding. Sila ikut saya, saya akan tunjukkan bilik Cik Fatin. Wah... bila aku melihat bilikku, terkejut aku. Tak sangka akan dapat bilik sebesar ini di pejabat. Suasana bekerja disini amat menyeronokkan. Cuma satu je aku tak sedap hati bila ramai yang berkata, anak bos akan bekerja di Menara Holding, perangainya takde seorang pun yang suka. Tak tahu kenapa dia orang semua tak suka dengan perangai dia. Ada yang cakap dia ni tak pernah nak senyum dengan pekerja  dan agak sombong jugalah. Eee..... aku tak suka orang yang sombong ni. Aku ada cakap dengan dia orang aku akan ajar dia macam mana cara nak senyum dan bergaul mesra dengan orang. Seingat aku budak-budak pejabat ni ada bagi tau nama dia. Erm... aku akan ingat nama ni “Fakhrul”. Fakhrul siaplah ko dengan aku nanti...
Fatin kenalkan ini Encik Fakhrul Pengurus Bahagian Senibina. Assalamualaikum.... saya Fakhrul kita akan bekerjasama di dalam syarikat ini, Fakhrul menghulurkan salam tanda perkenalan. Aku rasa macam kenal je mamat ni, mana aku jumpa ye. Aah... biarlah malas aku nak fikirkan pasal mamat ni. Cik Fatin, fikir apa tu? Fikirkan saya ea. Tetiba plak si mamat ni boleh ada dekat pintu bilik aku. Dahlah tak ketuk pintu, sesuka hati je masuk bilik orang. Eeee, geramnya aku ngan mamat ni. Encik Fakhrul, taulah awak tu anak bos.. tapi sopanlah sikit, ketuklah pintu sebelum masuk. Cik Fatin saya dah ketuk pintu banyak kali, awak tak dengar ke, lagi satu saya anak bos, sesuka hati sayalah nak masuk bilik ni atau tidak. Eekeleh... berlagaklah plak mamat ni. Cik Fatin mesti ingat saya ni sombongkan. Saya tak sombonglah... saya saja je bagitau kat pekerja kita supaya bagitau dekat pekerja-pekerja baru macam Cik Fatin, saya ni jenis yang sombong dan tak suka senyum. Kenapa pula awak buat macam tu ? saja suruh dia orang buat macam tu. Apalah awak ni, saya baru terfikir nak ajar awak senyum dan boleh bergaul dengan orang. So, sekarang ni tak payahlah susah-susah saya nak ajar awakkan. Hehehe, yelah Cik Fatin. Cik Fatin ingat lagi tak rupa saya ni.  La, macamlah kita ni pernah jumpa, saya baru je jumpa awak ni, Encik Fakhrul. Beberapa tahun lepas saya ada jumpa awak dekat perhentian bas, tengah tunggu bas sorang-sorang. Erm.... kamu ni Aiman ea, tapi nama kamu Fakhrul. Saya jumpa tu namanya Aiman. Cik Fatin, nama saya Fakhrul Aiman. Yeke, tak sangka boleh jumpa awak dekat sini. kan saya pernah cakap dengan awak, ada jodoh kita jumpa lagi. Ooo, tu saya takdelah lupa.
Hubungan aku dengan Fakhrul Aiman semakin rapat. Sampaikan pekerja-pekerja dipejabat suka mengusik kami. Perhubungan kami bermula sebagai rakan sekerja akhirnya bertukar kepada sepasang kekasih. Aku suka memanggilnya Aiman sebab aku kenal dia pun dengan nama Aiman. Dia seseorang yang sangat periang, suka memanjakan aku. Setelah beberapa lama perkenalan kami, dia melamarku untuk menjadi suri dihatinya, menjadi ibu kepada anak-anaknya, menjadi nenek kepada cucu-cucunya. Hasrat Aiman ku sampaikan kepada keluargaku. Mereka menerima dengan tangan terbuka. Majlis pernikahan dan persandinganku berjalan dengan meriah sekali. Aku bahagia hidup dengannya. Kebahagaian ini bertambah-tambah lagi, bila mana aku disahkan mengandung. Aiman adalah insan yang gembira bila mendengar yang dia akan menjadi papa. Macam-macam barang kelengkapan bayi yang dibeli. Terlebih exited pula laki aku ni, fikirku.
Tapi kebahagian yang dikecapi tidak bertahan lama, Aiman disahkan menghidap Kanser Otak. Bertapa terkejutnya aku bila mendapat tahu perkara ni. Aiman hanya dapat hidup 3 bulan je lagi. Masa tu usia kandunganku baru mencecah 7 bulan. Aiman sangat tenang bila mendapat berita itu. Dia ada cakap dengan aku “ Sayang, jika abang dah tiada di dunia ini, jagalah anak kita dengan baik. Dia akan menjadi peneman sayang setelah abang tiada di dunia ini. Setiap yang hidup akan mati jua, abang redha dengan ketentuan Allah s.w.t, abang harap sayang pun redha”. Sambil berkata-kata itulah dia mengusap perutku. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini dalam menempuh dugaan ini. Ketika usiaku kandunganku baru mencecah 7 bulan, suamiku Fakhrul Aiman telah kembali ke rahmatullah. Terngiang-ngiang ditelingaku kata-kata terakhirnya “ sayang, nanti bila anak ni dah lahir ke dunia suburilah dia dengan iman yang kuat, sabarlah dalam menempuh dugaan yang mendatang... sedekahkanlah al-fatihah kepada abang, walau di mana sayang berada kelak, abang sayang ayang”.
Aliff Aiman, jaga-jaga main ditepi sawah tu, jeritku kepada anakku, benih cinta antara aku dan suamiku Fakhrul Aiman. Anakku inilah yang sentiasa menemaniku setelah ketiadaan orang yang aku cintai. Diam tak diam Aliff Aiman telah pun menginjak usia 10 tahun. Dah 10 tahun jugalah suamiku tiada sisiku, meninggalkan aku bersama benih cinta kami. Abang, sayang harap abang tenang di alam lain, sayang doakan abang ditempatkan di syurga kelak, sayang redha abang telah pergi meninggalkan sayang. Allah s.w.t lebih sayangkan abang. 


-harap2 korang sukalah dengan cerita ni - nanti kalau aku ada idea, aku akan karang lagi cerita yang seterusnya.

Saturday 3 March 2012

berjalan2 di nilai 3

hai kawan2...

hari ni aku berjalan2 ke nilai 3, mencari barang2 untuk hantaran nanti. penat gak berjalan kat sana, almaklumlah luas bebenor. banyak tempat aku cari barang. dapatlah apa yang aku nak kat sana. kalau pegi ke nilai 3, mesti kena survey dulu, baru beli.... bukan apa setiap kedai harga barang berlainan, ada yang murah dan ada juga yang mahal. so kalau gi sana banyak tempat untuk dikunjungi. barang2 yang aku beli kat nilai3 antaranya basikal, sangkar, bekas hantaran bentuk petak( yg ada kaki), bunga telur, sirih plastik, gambir, buah pinang n macam2 lagi. ada yang aku beli masa bulan 12 hari tu, dan ada juga yang aku beli hari ni. insyaallah hantaran ni aku akan gubah sendiri dengan bantuan kawan2 satu umah. biasanya kawan2 umah akan bagi idea macam mana nak buat gubahan nanti, ataupun diaorg akan bagitau apa yang perlu ditambah pada gubahan nanti. diaorg ni antaranya org yang akan jadi juri aku nanti. hehehe. tq kawan2 jadi juri/pengkririk tanpa upah. habis exam akhir bulan 3 ni, aku akan start slow2 buat gubahan ni. almaklumlah.... tak lama lagi akan tiba masa untuk aku bergelar raja sehari, so.... aku dah kena mula sikit2 apa yang patut, agar nanti tak kelam kabut. chewah.....





pameran pengantin di Plaza Alam Sentral

khamis , 1/3/2012

aku bersama2 kawan satu ofis pegi ke Plaza Alam Sentral. kawan aku sorang tu nak cari gps macam aku, tp rupanya gps macam aku tu tak ada kat sana. yang ada pun mahal sangatlah. so, tak jadi belilah. lain kalilah beli kawan aku kata. erm..... dah alang2 teman kawan aku tu, aku pun apa lagi ambil kesempatanlah gi pameran kahwin kat situ. tapi tak banyaklah, kedai yang buka kat situ. ni antara gambar2 yang aku ambil masa pameran pengantin tu.






lawakan baju pengantin ni. aku punya baju pengantin, ala2 macam nilah nanti.