Saturday, 3 March 2012

berjalan2 di nilai 3

hai kawan2...

hari ni aku berjalan2 ke nilai 3, mencari barang2 untuk hantaran nanti. penat gak berjalan kat sana, almaklumlah luas bebenor. banyak tempat aku cari barang. dapatlah apa yang aku nak kat sana. kalau pegi ke nilai 3, mesti kena survey dulu, baru beli.... bukan apa setiap kedai harga barang berlainan, ada yang murah dan ada juga yang mahal. so kalau gi sana banyak tempat untuk dikunjungi. barang2 yang aku beli kat nilai3 antaranya basikal, sangkar, bekas hantaran bentuk petak( yg ada kaki), bunga telur, sirih plastik, gambir, buah pinang n macam2 lagi. ada yang aku beli masa bulan 12 hari tu, dan ada juga yang aku beli hari ni. insyaallah hantaran ni aku akan gubah sendiri dengan bantuan kawan2 satu umah. biasanya kawan2 umah akan bagi idea macam mana nak buat gubahan nanti, ataupun diaorg akan bagitau apa yang perlu ditambah pada gubahan nanti. diaorg ni antaranya org yang akan jadi juri aku nanti. hehehe. tq kawan2 jadi juri/pengkririk tanpa upah. habis exam akhir bulan 3 ni, aku akan start slow2 buat gubahan ni. almaklumlah.... tak lama lagi akan tiba masa untuk aku bergelar raja sehari, so.... aku dah kena mula sikit2 apa yang patut, agar nanti tak kelam kabut. chewah.....





No comments:

Post a Comment