Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 25 September 2012

sebulan sudah berlalu



alhamdullilah ........ tgk stiker tu, erm dah sebulan berlalu majlis nikah n sanding aku bersama suami tercinta.
seronok bila dah berkahwin ni, yelah hubungan pun dah halal. masih teringat-ingat lagi debaran menanti saat dinikahkan, debaran menjadi isteri Muhammad Amirul Rashidi Bin Zakaria. masih terngiang-ngiang suara ibuku, " zura, ko dah jadi isteri org, dah selamat pun ".... eh, yeke mak... tak dgrlah mirul akad, jauh sgt. dalam hati ni, macam2 perasaan.... gembira, sedih... hampir bercucuranlah juga air mata ni, nasib baik dapat cover... hehehe. sedih, terharu sebab aku dah jadi isteri, byk tanggungjawab yang perluku pikul untuk jadi seorg isteri yg solehah... abg, insyaallah syg akan jadi isteri yang solehah, isteri yang taat pada suami, isteri yang dapat melahirkan zuriat-zuriat yang comel, sihat dan cukup sifatnya. terima kasih kerana abg sanggup terima syg sebagai isteri seadanya, sanggup pegang tanggungjawab abg terhadap syg. " Happy anniversary for 1 month ".


love u so much..... suka tgk gambar ni, sweetkan. 
selepas majlis akad nikah.






Wednesday 19 September 2012

review :- pelamin sanding by makde (mak sedara)

alhamdullilah majlis yang berlangsung pada 25 ogos 2012 berjalan dengan lancar walaupun keadaan waktu tengahari tu sangatlah panas. nasib tak hujan. Pelamin buat dekat luar rumah. almaklumlah, nak buat dalam rumah tak muat plak, 2 pasang pengantin sekalikan. pelamin ni makde A.K.A maksedara belah mak aku yang buat. dia ada buka butik andaman di area Kuantan, tapi aku tak ingat nama tempat tu. bertuahnya anak sedara tak tau nama tempat... hehehe. aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja makcik aku ni. tak jangka plak pelamin yang dia buat ni sangat cantik walaupun simple. mmg aku minta dengan dia takyah over sgt pelamin biar simple je.... sedap mata memandangkan.

jom tgk gambar pelamin.... pelamin sekali dengan pengantin.

fokus pada pelamin ea.... pengantin tak berapa nak cantik coz panas tu... hehehe

Tuesday 18 September 2012

FIRST GIFT AWAY FROM ANAKPAKSHAIKH



Assalamualaikum...

hai kawan-kawan b2b, ex-b2b, silent reader or sesape jelah yang berkunjung ke blog ni. alhamdullilah follower dah capai 100 lebih. tetiba terasa nak wat GIFT AWAY lah plak, sempena dah 100 lebih dah follower ni , baru kahwin n juga rezeki naik pangkat. memang ada pasang niat sebelum kahwin nak buat , tapi baru hari ni terfikir nak buat entry ni. ada ke yang nak masuk .... sesape nak masuk senang je , ikut je syarat2 macam kat bawah ni erk...

SYARAT2NYA

1. mestilah follower anakpakshaikh.blogspot.com
2. sesape yang tak follow lagi, bolehlah follow blog ni.
3. tak kira sesape pun boleh masuk, B2B, EX-B2B, BLOGGER 2 lain pun boleh ikut serta. sebabnya hadiah ni bukan pengkhususan pada b2b saja.
4. buat ENTRY yang menarik .. tak kisahlah boleh juga buat versi kartun, cerita pendek ke , ikut kreativiti korang.
5. tarikh penyertaan bermula hari ini 18/9/2012 sehingga 7/10/2012

HADIAH-HADIAHNYA

1. banner or bunting saiz kecil (macam yang zura wat masa wedding zura )
* pemenang akan diberitahu kelak, sbb nak minta design untuk dicetak. design sendiri erk...

2. bunga telur ( 100 batang)

3. lampu tidur (insyaallah... zura akan pilih yang comel, khas untuk pemenang)

4. teddy bear saiz kecil (boleh buat dekat hantaran, macam yang zura buat masa hantaran kahwin, gambar hantaran tak view lagi, TAK DAPAT lagi dari OP)


so, sesape nak masuk bagitau erk dekat blog ni.... senang nak tgk ramai tak yang masuk. hadiah takdelah menarik, tapi bolehlah untuk bagi kat korang. 




Friday 14 September 2012

alhamdullilah... rezeki kahwin

alhamdullilah syukur ke hadrat ALLAH s.w.t dengan limpah kurnianya.....

aku telah mendapat keputusan yang aku tunggu selama ini. alhamdullilah setelah lulus exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 2 tahun lepas, dan bulan 7 & bulan 8 yang lalu aku pergi 2 interview.... satu darinya aku tak dapat, tapi Allah itu maha penyayang... walaupun tidak dapat temuduga yang satu tu, aku perolehi keputusan 1 lagi interview yang menerima aku bekerja. alhamdullilah.... hari ni dapat keputusan dari SPA , " Tahniah! Anda telah berjaya temu duga. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan melapor diri akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan"... 
syukur sangat2..... itulah org kata berkat usaha, doa, dan tawakal....
ramai yang mengatakan itu namanya rezeki kahwin.... so kepada sesapa yang nak kahwin tu, insyaallah masing2 ada rezekinya... jangan risau... Allah sentiasa ada bersama kita... cuma jangan malas sahaja sudahlah.

Tuesday 11 September 2012

Contest dari FB Numairah

assalamualaikum...

hai kawan2, terutama b2b yang bakal melansung perkahwinan. erm... ni ada contest dari Maizura ( ala... yang buat veil masa nikah zura tu.....). bolehlah korang masuk, mana tau kot2 dapat.... veil cantik tau... hasil kreativiti Maizura. korang gi kat FB Funpage klik nama Numairah.


ni dia punya risalah.....

contoh veil yang Maizura buat kat zura korang boleh tgk kat post review : veil nikah

syarat kelayakan nak masuk contest ni




review : majlis akad nikah

assalamualaikum....

hai kawan-kawan b2b, ex-b2b, silent reader or sesape saje yg baca blog ni..... hari ni , dah 2 minggu lebih aku jadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Amirul Rashidi. alhamdullilah, seronok juga bila dah berkahwin ni, walaupun duduk berjauhan, sms dan call tidak pernah putus. takdelah setiap masa call or sms , tapi setiap hari tu mesti ada. tak macam masa bercouple dulu, kitaorg jarang call or sms... bila perlu je baru berhubung. jumpa pun jarang sekali. bila dah berkahwin ni, call dan sms tu setiap hari mesti ada.... bila dah berjauhan ni, rindu pada suami tu mesti adalahkan. tapi takpelah, nasib ada kawan2 disisi yang menemani aku di shah alam ni. aku still dok umah bujang lagi, dok ngan kawan2. dalam 2 minggu sekali baru aku balik ke Kluang... jumpa suami. nak balik tiap minggu tak boleh. ada kelas. knp suami yang tak berulang alikkan... senang kalo aku yang berulang, sbb di kluang, suami aku dok ngan maknya... almaklumlah tempat yang dia kena tukar ni dekat ngan umah maknya... tapi mungkin kat situ, dia dok dalam 3 or 4 tahun je, sbbnya suami aku ni akan selalu kena tukar. buat pengetahuan semua suami aku ni askar, mmglah akan selalu bertukar tempat kerjakan.

okey habis bab merapu.... tajuk sebenar nak review pasal akad nikah yang berlansung 25 ogos 2012, pagi di masjid felda lepar hilir 2, gambang, kuantan. alhamdullilah dengan sekali lafaz je, kami menjadi suami isteri yang sah. hubungan yang dibina telah menjadi hubungan yang HALAL. jom sama2 kita tgk semasa majlis akad nikah ni dijalankan. Majlis akad nikah sekali dengan adik, Siti Norashikin dan suaminya Mohd Shahril.




ketibaan pengantin perempuan



sebelum akad nikah, jurunikah beri penerangan dulu

aku nikahkan dikau dengan Siti Azura .........
jawab jangan tak jawab... hehehe

alhamdullilah..... sekali lafaz je... bacaan doa tanda kesyukuran

tandatangan dekat sijil nikah

pemberian mas kahwin

memakaikan gelang ditangan

cium tangan suami tercinta

belah aku

belah mertua


with mak mertua

Thursday 6 September 2012

review :- VEIL NIKAH

Assalamualaikum......

hai kawan2 b2b, ex-b2b, silent reader or sesape sajelah... malam ni nak review kat korang pasal veil nikah aku. aku cari kain je, yang lain aku bagi pada Maizura (budak UITM, shah alam) untuk mencantikkan kain yang aku beli tu A.K.A veil nikah. aku dok google pastu aku tertarik dengan jahitan manik pada tudung yang Maizura buat..... Mai ada blog dan FB Funpage. Blog dia  http://mynumairbeads.blogspot.com. FB funpage, Numairah. Dalam tu macam2 ada..... cantik tau. Sebab tu aku tertarik. apa lagi aku pun smslah Mai ni. Sms dibalas dan kami buat perjumpaan. aku serahkan kain, suruh dia gunting buat veil, pastu jahit manik.... aku cakap ngan dia nak ala2 radiusite, pastu nak design macam tudung kat blog dia tu, design dialah, pastu aku cakap nak manik bertaburan juga, bagi nampak penuh... baru menyerlah. alhamdullilah, apa yang aku cakap tu, dia dapat buat... terbaiklah Mai... TQ, sebab buat veil yang sangat cantik, menyerlah keayuan zura waktu pernikahan, chewah, perasanlah plak kan.... hehehe

jom ramai2 kita tgk hasilnya.....



tunduk sikit, bagi korang nampak..... nice kan, bila pakai


bila dah tgk ni, kalo korang rasa nak guna perkhidmatan Maizura bolehlah call dia.... 013-3786189.

Wednesday 5 September 2012

YM

assalamualaikum..... hai kawan2

tajuk entry sangat ringkaskan. YM apa erk...
YM  ni singkatan bagi yahoo messenger. knp pula aku nak bercerita pasal YM nikan.... ha........ kalo nak tau dari YM nilah detik pertemuan aku dengan suami tercinta.
Masa kat YM ni suami ada ajak jumpa, tapi biasalah aku ni bukan percaya sangat ngan alam maya ni, berkali-kali dia ajak aku jumpa, macam-macam alasan yang aku bagi, tapi akhirnya setelah melihat keikhlasan hatinya, barulah terbuka hati nak jumpa dengan dia. tapi ada syaratnya, tempat perjumpaan mestilah ditempat yang ramai org, Jaya Jusco Bukit Raja jadi tempat pertemuan kami.

nak dijadikan cerita, sebelum sampai di tempat yang dijanjikan, di traffic light seksyen 7.... lampu merah. so kenalah berhenti. pastu ada plak mamat sebelah pakai motor ni, didalam hati aku ni, terfikir gak adakah lelaki ini yang akan aku jumpa nanti.... (perasaan tu kuat sangat mengatakan dia yang akan aku jumpa nanti).

sampai di Jaya Jusco, aku dapat call dari dia, dia tanya aku dah sampai ke, aku jawablah tengah cari parking  kereta. aku tanya dia, dia pakai baju kemeja corak petak warna biru, dia kata tak.... ooooo dalam hatiku, bukan budak yang dekat traffic light tadilah.

tup....tup.... bila aku jumpa dia, sah memang dia yang aku jumpa tadi. aku cakap ngan dia, tadi aku jumpa kat traffic light. erm.... bila teringat balik, bila lalu kat traffic light dan bila pergi jaya jusco tu, teringat saat2 kita berjumpa buat pertama kali. sekarang ni aku dah jadi isteri Muhammad Amirul Rashidi. tak sangka YM jadi detik perkenalan kita. Moga hubungan yang terjalin ini kekal hingga ke Syurga.






Tuesday 4 September 2012

review : hantaran kek

assalamualaikum...

hai kawan-kawan b2b, ex b2b, dan semualah baca blog ni, hari aku nak update pasal hantaran kek yang aku order dari org tanjung lumpur, kuantan. kek yang dibuat mengikut design yang aku nak. thanks kak sebab buat apa seperti yang saya nak. keknya pun sedap tau.. so sesape yang berada sekitar kuantan tu bolehlah order dengan akak ni........ sangat2 disyorkan.

FB Funpage di :- kek comel
no.tel akak ni (0148426780)

gambar kek diambil dari fb akak ni..... kredit to kek comel

kek dari pihak aku bg pada suami

kek dari pihak suami bagi kat aku.... kat baju tu ada letak nama aku, tapi dalam gambar ni takde plak. tunggu gambar dari jurufoto nantilah



Monday 3 September 2012

25 ogos 2012 terlakar sebuah sejarah

alhamdullilah..... 25 Ogos tahun ni mencipta memori indah buat diriku sendiri juga suami tercinta.....
kami berdua dah mempunyai hubungan yang HALAL. Jom.... kat sini sini review sikit gambar masa nikah dan juga sanding.

terima kasih pada Manjertouch (kawan yang makeup saya, boleh like dekat funpage fb dia), buat jurufoto, Hafiz ,..... dan juga buat juruvideo ADHAINA. thanks sangat2 kat korang semua.... buat makcik sedara , makde terima kasih buat pelamin yang indah .... Mai, thanks ea buat veil nikah yang sangat cantik.... kawan2 kalo nak order dengan mai ni, boleh call dia (013-3786189)

ramai lagi nak ucapkan terima kasih, senang merangkumi semua org, terima kasih kerana menjayakan majlis pernikahan dan ;persandingan zura dan suami, juga adik dan suami.... kami kahwin serentak.

gambar di ambil dari kamera family mertua, dari funpage jurufoto, dan dari funpage manjertouch.

bersiap-siap untuk nikah

menanti penuh debaran

mendengar sedikat nasihat dan penerangan sebelum akad nikah dijalankan

membaca cerai taklik

suami memakaikan gelang ditangan isteri

cium tangan suami, sebelum tu sempat berposing... hehehe

hasil sentuhan manjer touch

veil yang sangat menarik hati

selepas diedit oleh hafis fotography


with adik

with my lovely husband

selepas akad nikah, bergambar di luar masjid
cantik tak mataku

gabungan purple dan merah


25 ogos 2012 - hari diriku bergelar isteri

alhamdulilah........ dengan sekali lafaz aje ..... aku telah bergelar isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi. tak sangka dah jadi isteri org... banyak tanggungjawab yang harus dipegang dan dilaksana sebaik yang mungkin. buat suamiku, isterimu ini akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang solehah, taat setia setia, dan dapat melahirkan zuriatmu yang soleh dan solehah juga sihat dan comel, insyaallah sama2 kita berdoa ea.

pagi, aku dinikahkan di masjid lepar hilir 2, gambang, kuantan.
1.00 petang plak aku bersanding, fuh.... panas betul cuaca hari tu, berpeluh juga aku dan suami.
pernikahan dan persandingan aku wat sekali dengan adik perempuanku. alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. walaupun banyak rancangan nak dibuat masa majlis berlansung, tapi ada juga yang tak dapat dilaksanakan..... bunga tangan yang aku DIY pun aku tak guna, aku guna bunga tangan yang dah sedia ada. aku cari gak bunga tangan yang aku wat, tapi entah ke mana aku letak... hehehe lupa plak.

26 ogos 2012, petang.... aku dan suami ke taman gelora, kuantan.... kitaorg ambil gambar post wedding. ingat nak ambil masa matahari jatuh.. tapi takde plak hari tu,,,,,sebab cuaca mendung nak hujan. kitaorng ambil gambar di pantai.... tak pakai pun baju kahwin.., pakai baju biasa je. aku pakai baju kurung kedah dengan kain batik, suamiku plak pakai t-shirt ngan seluar jeans...

suamiku ni tak suka ambil gambar sgt.... lebih2 lagi bila disuruh pakai baju kahwin.. pastu ambil gambar di pantai, lagilah dia tak nak.... nasib baiklah dia nak bergambar pakai baju biasa... lain sikit dari yang lainkan. ingat memula nak bergambar ala2 nelayan tapi tak jadi plak.... tak sempat, masa mencemburi diri ini... poyo je kan. sebelum kahwin ada buat props untuk bergambar, tapi boleh lupa plak nak bawa bersama masa ambil gambar. macam2 lah zura ni kan.... tapi takpe, gambar post wedding ni menarik juga bila ditengok kat dalam kamera jurugambar... tak sabar nak tgk hasilnya nanti.

hari ni, 03 september 2012....... aku dah masuk kerja semula. rasa malas nak bekerja pun ada, mood kahwin , mood cuti tu masih ada.... erm..... jauh dari suami plak tu. aku kat shah alam, suami plak 17 hb ni ditukarkan ke Kluang, Johor, bertugas di sana plak. rindunya kat suami.lain rasanya bila dah berkahwin ni, tak sama macam hidup bujang dulu.