Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 11 September 2012

review : majlis akad nikah

assalamualaikum....

hai kawan-kawan b2b, ex-b2b, silent reader or sesape saje yg baca blog ni..... hari ni , dah 2 minggu lebih aku jadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Amirul Rashidi. alhamdullilah, seronok juga bila dah berkahwin ni, walaupun duduk berjauhan, sms dan call tidak pernah putus. takdelah setiap masa call or sms , tapi setiap hari tu mesti ada. tak macam masa bercouple dulu, kitaorg jarang call or sms... bila perlu je baru berhubung. jumpa pun jarang sekali. bila dah berkahwin ni, call dan sms tu setiap hari mesti ada.... bila dah berjauhan ni, rindu pada suami tu mesti adalahkan. tapi takpelah, nasib ada kawan2 disisi yang menemani aku di shah alam ni. aku still dok umah bujang lagi, dok ngan kawan2. dalam 2 minggu sekali baru aku balik ke Kluang... jumpa suami. nak balik tiap minggu tak boleh. ada kelas. knp suami yang tak berulang alikkan... senang kalo aku yang berulang, sbb di kluang, suami aku dok ngan maknya... almaklumlah tempat yang dia kena tukar ni dekat ngan umah maknya... tapi mungkin kat situ, dia dok dalam 3 or 4 tahun je, sbbnya suami aku ni akan selalu kena tukar. buat pengetahuan semua suami aku ni askar, mmglah akan selalu bertukar tempat kerjakan.

okey habis bab merapu.... tajuk sebenar nak review pasal akad nikah yang berlansung 25 ogos 2012, pagi di masjid felda lepar hilir 2, gambang, kuantan. alhamdullilah dengan sekali lafaz je, kami menjadi suami isteri yang sah. hubungan yang dibina telah menjadi hubungan yang HALAL. jom sama2 kita tgk semasa majlis akad nikah ni dijalankan. Majlis akad nikah sekali dengan adik, Siti Norashikin dan suaminya Mohd Shahril.




ketibaan pengantin perempuan



sebelum akad nikah, jurunikah beri penerangan dulu

aku nikahkan dikau dengan Siti Azura .........
jawab jangan tak jawab... hehehe

alhamdullilah..... sekali lafaz je... bacaan doa tanda kesyukuran

tandatangan dekat sijil nikah

pemberian mas kahwin

memakaikan gelang ditangan

cium tangan suami tercinta

belah aku

belah mertua


with mak mertua

17 comments:

  1. congrats..ptt nmpk 2 pasangan..pjj la eh..sbr eaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah pjj... 2 pasangan serentak.... senang sikit ayah.

      Delete
    2. cantikk! congratzz semoga bahagia sampai akhirat!! :)

      Delete
  2. Tahniah!! semoga berbahgia jauh di mata dekat di hati Ok! wink2.. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah zura....semoga berbahagia dan diberkati Allah selalu ..semoga mendapat zuriat2 yang soleh dan solehah..amin

    ReplyDelete
  4. mesti meriah kan 2 pasangan terus ;)

    ReplyDelete
  5. Pengorbanan diperlukan dalam berumahtangga. Berjauhann akan menambah rasa kasih yg padu. Kakak doakan satu masa akan duduk sebumbing apa lagi bila dah ada anak-anak mudah sikit kan...

    Salam kenal dari kakak follower ke 106

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Kakzakie.... memamg duduk berjauhan ni memerlukan pengorbanan.... doakanlah moga zura cepat dapat duduk sekali ngan suami.

      Delete
  6. Alhamdulillah..dh sebulan jadi wife org..tahniah!

    ReplyDelete