Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 10 May 2012

PERKAHWINAN

sebelum menjelang hari bahagia, aku dan en.tng kena lengkap pelbagai dokumen. En.tng bila submit borang di Kem nanti dia kena temuduga plak. bukan temuduga kerja, tapi temuduga (sesi soal jawab - soalan2 fardhu ain). banyak juga soalan yang kena jawab, tak silap aku adalah dalam 15 Topik besar. antara subtopik yang kena jawab semestinya soalan tentang PERKAHWINAN.  Buat en.tng nanti jawab2 elok ea. Doa semoga dipermudakan segala urusan.Amin....

(PERKAHWINAN)


Soalan
Nyatakan Rukun Dan Syarat akad nikah.
Jawapan:
Rukun nikah:

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Wali
  4. Dua orang saksi (lelaki yang adil)
  5. Aqad (Ijab dan Qabul)

Syarat Aqad:

  1. Ijab dan Qabul berlaku dalam satu majlis.
  2. Ucapan qabul tidak menyalahi ijab.
  3. Bahasa yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.
  4. Di antara ijab dan qabul tidak diselangi dengan kata-kata yang lain.

Soalan
Terangkan hikmat perkahwinan dalam Islam.


Jawapan:
Antara hikmat perkahwinan ialah:

1. Mengikut sunnah Rasulullah SAW.

2. Menikmati kasih sayang dan ketenteraman jiwa.

3. Mendapat zuriat yang bersih dan membina keluarga bahagia.

4. Memelihara kehormatan dan mengelakkan perbuatan maksiat.

5. Membina masyarakat berakhlak dan bertanggungjawab.


Soalan
Nyatakan tanggungjawab suami isteri.
Jawapan:
Antara tanggungjawab suami ialah:

  1. Memberi nafkah zahir dan batin terhadap isteri seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan rawatan perubatan.
  2. Memberi layanan yang baik, seperti memberi kasih sayang dengan ikhlas, baik tutur kata dan perbuatan, menjaga maruahnya, bertindak dengan bijaksana tanpa emosi dan membantu isteri.
  3. Memberi didikan supaya isteri menjadi wanita yang solehah, taat beribadat dan memahami ajaran Islam.

Antara tanggungjawab isteri ialah;

  1. Taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT, menjaga maruah diri dan maruah suami.
  2. Memberi layanan yang baik dan ikhlas kepada suami, seperti bergaul mesra, pandai menyesuaikan diri dengan keadaan suami dan tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak disenangi oleh suami.
  3. Menjaga harta suami dengan bertanggungjawab dan amanah. Bijak mengurus harta dan jimat cermat.


Tanggungjawab bersama antara suami isteri;

  1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga dan mewujudkan persefahaman, kesabaran, bertolak ansur, bermusyawarah, dan menggunakan pertimbangan akal yang sebaik-baiknya.
  2. Memelihara dan mendidik anak-anak dengan pendidikan yang sempurna dan penuh kasih sayang, terutama dalam Pendidikan Agama Islam dan berlaku adil kepada anak-anak.
  3. Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak dengan jalinan hubungan silaturahim yang erat.
Soalan
Bagaimanakah talak itu berlaku dan nyatakan kesan buruk daripadanya.
Jawapan:
(a)      Talak berlaku apabila suami mengatakan kepada isterinya: “Engkau tertalak” atau “Aku ceraikan engkau”. Talak juga boleh berlaku dengan bahasa sindiran yang disertai dengan niat seperti “Engkau bebas”. Talak yang boleh dirujuk hanya talak satu dan talak dua sahaja.
(b)      Antara kesan buruk talak ialah:
1.   Keruntuhan institusi rumah tangga.
2.   Anak-anak berada dalam keadaan delima, menjejaskan kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa.
3.   Boleh menyebabkan anak terbiar yang yang membawa kepada masalah sosial dan kegiatan negatif.

Soalan
Bagaimana penjagaan anak (Hadanah) mengikut hukum Islam.
Jawapan:
Apabila berlaku perceraian, ibu lebih berhak dalam penjagaan anak sehingga anak tersebut berumur tujuh tahun (mumaiyiz).
Selepas tempoh tersebut, anak itu diberi pilihan sama ada dia mahu dipelihara oleh ibunya atau bapanya, dengan mematuhi syarat penjagaan (hadanah).
Namun begitu, pendidikan dan nafkah terhadap anak tetap wajib ditanggung oleh bapanya.
 Catatan 
Talak ialah jalan terakhir sebagai penyelesaian masalah rumah tangga yang sudah tidak ada persefahaman dan sangat dibenci oleh Islam. [Atas]
Mumaiyiz maksudnya: anak sudah cerdik dan boleh membezakan antara sesuatu yang baik dan tidak baik. Contohnya: seseorang anak yang tahu membezakan antara air panas dengan air sejuk, lauk masin atau tawar, baju basah atau kering dan sebagainya. Berbeza dengan baligh yang bermaksud cukup umur. [Atas].

2 comments:

  1. Azura,bakal pengantin rupenye..welcome to the club..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.... bakal pengantin, lepas raya ni. tq

      Delete