Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 31 December 2011

rumah baruku sudah siap semuanya

alhamdullilah.....

rumah yang aku beli dekat port dikson sudah siap. habis semua dengan pasang grill, lampu, kipas, tambah point, rail langsir, beli peti surat, penyapu, mop semuanya hampir RM 3000. Hari ni aku basuh rumah baruku. penat gak, tapi bestlah.

rumah yang telah siap di grill. tingkap semua bilik di grill, pintu depan dan belakang juga di grill.

ni master bedroom, ambil gambar sebelum di grill, lepas grill tak ambil pun.

pasang lampu kat dapur. aku upah orang dekat2 situ gak.  orang ni dok senawang


semua bilik ada kipas n lampu.

rumah siap kesemuanya sekali ngan basuh n mop umah. settle pada 31/12/2011, iaitu penghujung tahun 2011.

so sesapa nak sewa umah ni bolehlah contact saya, 012-6746195.

umah kat Taman Desa PD2, Port Dickson. berdekatan ngan Pantai Port Dickson, Teluk Kemang dan Kem Tentera.

Thursday, 15 December 2011

return back alkisah pertunangan 22/10/2012

sesaja jelah nak cerita semasa majlis pertunangan tu, fuh... punyalah letihnya pagi aku, adik n  kakak aku tolong mak n pakcik masak untuk majlis kenduri ni. adalah kawan2 mak n anak pakcik yang tolong sama. dugaan tul, masa masak tu hujan. masak kat lua umah mak aku pula tu. siap masak terus ke rumah abang aku di sungai karang plak. pergh... letih gila. tak senang dok. nak bagi yang terbaik untuk majlis ni. aku pun tak nak menyusahkan ramai orang. di umah abag sulungku, abang2 ku serta kakak ipar menolong kat sana apa yang patut.sebelum samapai umah abgku, aku n adik tiriku serta anak2 sedara ku yang comel (asyraf n arsyad) menyinggah dulu ke tunas manja di baserah. beli apa yang tak cukup kat sana. samapai dirumah abangku, aku gi mandi.... siap apa yang patut sebelum majlis bermula. selesai solat zohor, aku di makeup oleh makcik aku, aku panggil makde. dia sememangnya mak andam. selesai makeup, aku menunggu pula didalam bilik, tak sampai2 encik amirul ni. bila telefon rupanya ada yang sesat. almaklumlah yang ikutnya dalam 6 buah kete. ada pula satu yang tersalah jalan. lama gak tunggu. 1 jam lebih. tapi nasib baiklah akhirnya sampai. so bermulalah sesi merisik, perbincangan antara 2 keluarga (pahang vs johor). aku dalam bilik tak dengar apa yang diaorg cite. cuma kekadang dgr diaorg gelak je. ha .... nak tgk gambar masa sesi merisik n perbincangan ni jom sama2 kita tgk.














okey..... nilah cincin merisik dan cincin tunang... mak amirul yang pilih. cantik sangat. memang ikut citarasa aku.