assalamualaikum....
hai kawan2 b2b, ex-b2b, n kawan2 yang lain. lama tak cerita pasal kahwin. okey buat pengatahuan kawan2 semua minggu depan hari sabtu 8 disember 2012 maka akan berlansunglah majlis sambut menantu di kluang, johor.
lambatkan buat majlis, hehehe. majlis nikah n persandingan sebelah perempuan dah berlansung 3 bulan yang lepas iaitu 25 ogos 2012.
knp erk buat lambat? ni jawapannya.... majlis ni dibuat sekali dengan abang ipar. abg ipar akan berkahwin pada minggu ni iaitu 1 disember 2012 sebelah perempuan, so belah lelaki 8 disember 2012. fahamkan, kenapa lambat majlis sambut menantu ni dibuat. tapi bila fikir balik, best juga buat lambat, dapat merasa lagi di makeupkan ( mesti cantik - perasan je lebih.... hehehe), pakai baju yang cantik. nanti masa sambut menantu, aku n husband akan pakai baju pengantin warna coklat, abang ipar n pasangannya akan pakai warna biru putih.
kedua-dua warna baju ni memag cantik. mak mertua ambil pakej pengantin di taman intan, kluang, johor. kedainya nama jannah ...... (aku tak ingat nama penuhnya... hehehe)
so, sesape yang dekat area situ bolehlah datang ke majlis kitaorg. majlisnya di taman delima, kluang, johor.
Thursday, 29 November 2012
Wednesday, 21 November 2012
happy birthday my nephew
Saturday, 17 November 2012
CORAT CORET DIHARI MIINGGU
assalamualaikum......
hai kawan2 b2b, ex-b2b, sekarang ni jarang bebenor nak buka blog, apatah lagi update blog. lama juga rasanya tak menjengah blog kawan2 b2b n ex-b2b. dulu selalu juga baca blog n komen blog kawan2. pada kawan2 yang baru berkahwin "tahniah diucapkan, selamat pengantin baru".
dah 2 bulan, 3 minggu, 2 hari perkahwinan antara aku dan suami. alhamdullilah Ya Allah diberikan kebahagian buat diriku dan suami. banyak perkara dan banyak benda yang perlu aku ketahui, sikit2 aku belajar mengenali suami dengan lebih mendalam, yelah dulu masa bercinta, masa bertunang takdelah tahu banyak sgtkan pasal suami, sekarang dah kahwin.... alhamdullilah byk perkara yang perlu ku ketahui. dulu masa bercinta dan bertunang takdelah nampak suami ni orangnya caring. tapi bila dah berkahwin ni, rupanya suami sangat caring orangnya. alhamdullilah diberikan suami yang penyanyang, walaupun suami bukanlah orang yang romantik dan berpangkat. walaupun jarak usia aku dan suami 4 tahun bezanya, suami matang dan pandai menjaga aku. terima kasih suami kerana mendidik dan menegur isterimu tika aku memerlukan dirimu dan tika aku tersalah. (suami muda 4 tahun dariku, kami kenal di Yahoo Messengger......mengenal, bertukar tukar fikiran, bertemu di jaya jusco bukit raja, bercinta, bertunang dan sampailah berkahwin, tak sangka walaupun percintaan kami bermula dari internet kekal sehingga disatukan dan aku berharap perkahwinan ini kekal hingga ke syurga... amin)
* orang kata jangan cakap tak suka, akhirnya jadi juga hak kita*
kenapa aku cakap macam tu, yelah dulu aku paling anti dengan lelaki yang lebih muda dari aku, kalo boleh aku nak cari yang mungkin sama baya atau paling tua pun 5 tahun dari aku. bercinta asyik putus je dengan lelaki2 yang tua dari aku. last2 aku fed-up. selepas perkenalan dengan suamiku secara beransur-ansur hatiku mula tertarik dengannya. hilang anti aku pada lelaki yang muda dariku, aku ingat lagi kata2 suamiku, umur tak penting yang penting niat kita, dan keikhlasan diri untuk jadikan aku isterinya yang sah. tuelah orang cakapkan jangan terlalu anti akhirnya kena kita balik kat kitakan.. adik aku yang tau aku anti pada lelaki muda, last2 gelakkan aku bila aku cakap bakal suamiku muda dariku. aku hanya diamkan diri jelaH. hehehe.

Saturday, 10 November 2012
PEDOMAN UNTUK KITA JADI ISTERI SOLEHAH
Assalamualaikum.....
hari ni aku saje dok google pasal isteri solehah, aku tertarik dengan laman web http://hasan98.tripod.com/isteri.htm, kat laman dia ni ada menceritakan kisah nabi ibrahim bertemu dengan menantunya. jom kita baca kisah ni, bolehlah dijadikan teladan buat kita sebagai isteri, yang bakal isteri pun boleh baca juga.

- Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.
Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.
Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga tentu merasai dan mengalami sendiri ujian hidup berumahtangga yang sentiasa perlukan kesabaran.
Berpandukan sejarah tersebut, saya tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.Thursday, 1 November 2012
KERJA , KAHWIN
Assalamualaikum....
hai kawan2... lama rasa tak update blog, bz dengan tugas yang baru, di ofis yang baru. banyak benda yang perlu aku belajar. banyak jugalah buku law yang perlu aku baca, tapi tak semua aku ingat sangatlah, mungkin hanya yang tertentu sahaja aku ingat, tu pun yang berkaitan dengan kerja.
alhamdullilah.... duduk dekat johor bahru ni dah 2 minggu. senang hati bila dapat jumpa suami setiap minggu. johor bahru ke kluang dalam 1 jam setengah, tp kalo jem ada jugalah 2 jam perjalanan. takpelah, sekurang2nya tiap2 minggu dapat jumpa suami. dulu masa dok shah alam, takleh nak jumpa selalu, paham2 jelahkan kos pergi balik dari shah alam ke kluang, dengan perjalanannya hampir 4 jam lebih.
hari ni 1 november 2012, sekejap je masa berlalu, tinggal sebulan aje lagi untuk majlis sambut menantu di Kluang. majlis sambut menantu buat lewat sebabnya akan buat sekali dengan abang ipar. abang ipar kahwin awal disember. so seminggu lepas tu, buat sambut menantu. tu yang lambat sebab tunggu abg ipar kahwin.
bestnya, boleh jadi pengantin baru balik, boleh sanding lagi sekali. seronok tau, yelah masa tu kita akan dimakeupkan, nampak cantik, pakai baju cantik.... seronoknya, tak sabar plak rasanya. masa sambut menantu nanti, aku n suami akan pakai baju warna gold.
YEY.... esok balik aje dari kerja terus balik Kluang, jumpa suami.

Subscribe to:
Posts (Atom)