Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 27 February 2012

beberapa bulan lagi

dah lama rasanya tak update blog ni

tinggal beberapa bulan je lagi untuk majlis perkahwinan aku. banyak lagi persiapan yang perlu difikirkan.
perkara2 yang dah settle :
* mak andam (manjer)- aku ambil kawan aku satu sekolah teknik dulu (manjer), aku berkenan ngan make-up dia bila aku tgk dia selalu update kat fbnya. bayaran just RM 550 termasuk pengangkutan. dia dari muadzam
* photograpy(hafiz)- aku ambil kawan sekolahku masa tingkatan 1-3 ( semilir), kawan kampung sebelah. just bayaran kawan2 hanya RM 650. tuelah yang paling murah aku dapat cari. yang lain aku tanya RM 1000 ke ataslah.
* videography(aswad) - aku ambil orang kat indera mahkota, ni pun aku dapat cari dari internet. mmg murah dan berbaloi sebab aku dah tgk dia punya video. Hanya RM 650 termasuk pengangkutan. yang lain aku cari semuanya RM 1000 keatas gak. 
* pelamin dan baju (makcik aku)- aku ambil mak sedara belah mak aku, dia dah lama buka butik pengantin. anak-anak sedara semua ambil ngan dia. erm untuk baju nikah dan baju sanding semestinya design aku sendiri. kiranya aku orang first yang akan pakai baju tu nanti. baru best. makcik aku bagi harga RM650. Kain untuk nikah aku beli ikut warna pilihan aku. sebab tu makcik aku kurangkan harga. kalo tak bayar dam RM 900. aku beli kain tu baru RM 100 lebih. dah jimat kat situ. tapi baju nikah ni nanti bila dah habis majlis bagi kat makcik akulah, letak kat kedai dia. baju aku yang akan jahit baju nikah dan baju sanding nanti. untuk sesi bergambar selain baju nikah dan sanding, aku ambil beberapa helai baju lagi dari makcik aku. makcik aku kata ikut suka hatilah nak ambil berapa hilai pun. yang penting bila ah ambil kenalah pakai.

total untuk semua (makeup, photography, videography, pelamin n baju) - RM 2500. Kalo ikutkan ambil pakej dari makcik aku lagi murah. erm, tapi aku taknak ambil pakej. bila ambil pakej kita tak boleh buat pilihan yang lain seperti mak andam, photography. videography tempat makcik aku takde.
setakat ni aku berpuashati ngan pilihan ni, sebab aku dah tgk hasik kerja kawan2 aku ni dan makcik aku.

tema untuk nikah, aku pilih kelainanlah, warna pilihan pink peach. baju yang aku design kurung moden. nak tgk macam mana hasilnya nanti (tunggulah erk, belum siap lagi).
tema untuk sanding merah putih, design baju ala2 jubah gitu, tapi yang modenlah. kelas gitu....

untuk perkahwinan nanti aku kahwin serentak ngan adik aku, bukan apa senang sikit ayah aku nak uruskan majlis nanti. takdelah pening kepala nak wat 2 kali. kitaorang kiranya anak daranya yang belum kahwin lagi.

okey, untuk gift aku n adik dah wat sendiri. selesai, macam2 gift kami buat. hehehe, paper bag pun warna- warni. antara gift yang kitaorg buat, chopstik, bunga telur gantung, saputangan. untuk orang datang rewang nati kami bagi gift pisau kecil (ada tulis nama aku n adik aku serta pasangan masing2).

apa lagi erk yang belum buat... erm....
1. kursus kawin lepas habis exam kat uitm ni baru pegi - kira2 dalam awal bulan 4 baru pegi.
2. ambil borang nikah kat pejabat agama (balik kampung dalam bulan 4, baru pegi ambil)
3. segala2 ujian untuk diisi dalam borang nikah nanti (ujian hiv dan lain2)
4. uruskan pasal makan untuk majlis kawin nanti (buat rewang), ayah yang akan uruskan ngan umi. termasuklah makan beradab.
5.hantaran kahwin, barang2 dah ada, cuma nanti nak hias je. hehehe, buat sendiri. nanti hasilnya aku post dalam blog ni. puas hati wat sendiri.
6.kad kawin ( buat sendiri n print sendiri) lebih murah. dapat jimatkan apa yang patut. kad kawin dalam pembikinan lagi.

banyak lagi perkara lain, tapi buat slow2lah, sebelum majlis mesti selesai semuanya. insyaallah... harap dapat dipermudahkan majlis ni nanti. amin....

No comments:

Post a Comment