Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 17 November 2012

CORAT CORET DIHARI MIINGGU

assalamualaikum......

hai kawan2 b2b, ex-b2b, sekarang ni jarang bebenor nak buka blog, apatah lagi update blog. lama juga rasanya tak menjengah blog kawan2 b2b n ex-b2b. dulu selalu juga baca blog n komen blog kawan2. pada kawan2 yang baru berkahwin "tahniah diucapkan, selamat pengantin baru".

dah 2 bulan, 3 minggu, 2 hari perkahwinan antara aku dan suami. alhamdullilah Ya Allah diberikan kebahagian buat diriku dan suami. banyak perkara dan banyak benda yang perlu aku ketahui, sikit2 aku belajar mengenali suami dengan lebih mendalam, yelah dulu masa bercinta, masa bertunang takdelah tahu banyak sgtkan pasal suami, sekarang dah kahwin.... alhamdullilah byk perkara yang perlu ku ketahui. dulu masa bercinta dan bertunang takdelah nampak suami ni orangnya caring. tapi bila dah berkahwin ni, rupanya suami sangat caring orangnya. alhamdullilah diberikan suami yang penyanyang, walaupun suami bukanlah orang yang romantik dan berpangkat. walaupun jarak usia aku dan suami 4 tahun bezanya, suami matang dan pandai menjaga aku. terima kasih suami kerana mendidik dan menegur isterimu tika aku memerlukan dirimu dan tika aku tersalah. (suami muda 4 tahun dariku, kami kenal di Yahoo Messengger......mengenal, bertukar tukar fikiran, bertemu di jaya jusco bukit raja, bercinta, bertunang dan sampailah berkahwin, tak sangka walaupun percintaan kami bermula dari internet kekal sehingga disatukan dan aku berharap perkahwinan ini kekal hingga ke syurga... amin)

* orang kata jangan cakap tak suka, akhirnya jadi juga hak kita*
kenapa aku cakap macam tu, yelah dulu aku paling anti dengan lelaki yang lebih muda dari aku, kalo boleh aku nak cari yang mungkin sama baya atau paling tua pun 5 tahun dari aku. bercinta asyik putus je dengan lelaki2 yang tua dari aku. last2 aku fed-up. selepas perkenalan dengan suamiku secara beransur-ansur hatiku mula tertarik dengannya. hilang anti aku pada lelaki yang muda dariku, aku ingat lagi kata2 suamiku, umur tak penting yang penting niat kita, dan keikhlasan diri untuk jadikan aku isterinya yang sah. tuelah orang cakapkan jangan terlalu anti akhirnya kena kita balik kat kitakan.. adik aku yang tau aku anti pada lelaki muda, last2 gelakkan aku bila aku cakap bakal suamiku muda dariku. aku hanya diamkan diri jelaH. hehehe.


6 comments:

  1. Kt pon x ske laki mude,tp kawen dgn laki mude jg, mude bulan, ibu pon gelak je. Hmm..jodoh kn..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.... tuelah anti sgtkan. last2 dapat. apa2 pun alhamdullilah

      Delete
  2. Replies
    1. yeke... alhamdullilah. suami walaupun muda mukanya n perwatakannya matang

      Delete
  3. suami pun muda 2 tahun dari saya..
    dan kami kenal dari skype.. hehehehe..

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Semoga bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete