Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 14 December 2012

BERITA GEMBIRA

assalamualaikum......

dah jarang update blog sekarang ni. tgk tajuk tu, ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama rakan-rakan diluar sana. hari rabu lepas selepas suami gi senam kat tempat tempat kerja, pagi tu juga aku cek pregnantcy test. alhamdullilah..... yang teramat sgt hasilnnya menunjukkan aku pregnant. aku guna clearblue digital test. keputusannya pregnant 3+. apalagi happy bukan kepalanglah aku. tak sabor nak tunjuk pada suami. kerana tak sabor tu, au terus tunjuk pada mak mertua aku yang masa tu baru lepas solat subuh. mak mertua ucapkan tahniah, siap cakap kat aku " cd memang suka budak-budak, syukurlah zura dah mengandung, jaga kandungan tu baik-baik ".

balik je suami aku dari senam di KEM, aku terus tarik dia ke bilik. dia rasa pelik semacam. tanya aku sebab apa aku tarik dia, aku cakaplah " ce tengok kat atas tu apa dia " , dia macam tak percaya bila tengok pregnantcy test tu, siap cakap kat aku " betul ke ni ". alahai en.suami ni, tak percaya plak. dalam tak percaya tu siap cium dahi aku lagi " pastu, banyak kali dia tengok benda tu.  dia cakap kat aku ... " nanti , abg minta kebenaran bos kat tempat kerja abg untuk keluar jap hantar isteri gi klinik, syg siap-siap tau nanti kita gi klinik sahkan mengandung tu ". bukannya apa, suami tak nak mengharap pasal test tu, sebab kekadang benda tu tak betul, dia yang cakap macam tu. aku okey je. dalam tak percaya tu , aku nampak riak wajahnya gembira sangat, cuma tak nak tunjuk je kat isterinya ni.

kat klinik, doktor tanya aku bila last period dan dah buat ke test kat umah. aku jawab bulan oktober, lepas tu takde datang dah, dan kekadang ada keluar darah sikit. doktor kata biasalah tu, jangan risau. aku jawab test tu menunjukkan aku pregnant. okey, pastu doktor scan perut aku.... dia siap tunjuk lagi hasil scan. doktor ada tanya aku, " baru lepas kencing ea, nasib baik masih boleh nampak lagi. " sah awak memang mengandung DAH 7 minggu 3 hari, due 21/7/2013" suami aku yang masa tu ada kat sebelah senyum aku nampak. siap nak balik tu, ucap terima kasih lagi kat doktor. aku tanya kat suami " puas hati, gembira tak ". suami jawab " mestilah gembira, dah nak jadi bapak ".

note : ## hari rabu sampai ahad minggu lepas aku cuti sebabnya hari sabtu 8/12/2012 buat sambut menantu di kluang ", setelah hampir 3 bulan kitaorg kahwin baru buat kat belah lelaki. rabu malam aku balik pahang, jumaat datang kluang bersama keluarga. hari sabtu, bersanding berlima. " aku, suami, baby, abg ipar dan biras". happy sangat, walaupun penat.

20 comments:

  1. congratss... wa..ramai yang kawen dkt2 da ade isi.. tqah xconfirmkan g bape weeks..kalau ikut last piyet 8 weeks.. hihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. insyaAllah..sok memang nak g.. hihi. last2 week busy

      Delete
  3. Tahniah!!!! Happynya dah jadi mom to be =)

    ReplyDelete
  4. tahniah2....seronoknyer nk jadi mak dah...

    ReplyDelete
  5. tahniah zura..same with me tapi due date 7/8/2012..belum buat buky pink lagi..hihi..ada morning sickness x?by the way jg diri elok2..

    ReplyDelete
  6. wahhh congrats!

    huda due 5 july
    hehe

    take care!

    ReplyDelete
  7. tq semua sbb ucap tahniah. wanie kita jadi mom be to be plak. alhamdullilah morning sickness takde. tapi skrg ni selalu sakit belakang, mual (macam nak muntah, tapi tak muntah), bila muntah kuar air je. perasan jadi sensitif sikit.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...syoknya dah jadi mummy to be..jaga diri n baby baik2 ye...:-)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... congrate dear! take care tau... jgn lasak2 sangat hehe. semoga dipermudahkan sumenya.

    ReplyDelete
  10. oh dear,
    due date kita sama...21/07/2013.
    semoga kita bedua selamat...amin

    ReplyDelete
  11. tahniah!! jage diri baik2..n baby skali.. =)

    ReplyDelete