Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 24 January 2013

14 minggu usia kehamilanku

alhamdullilah dah 14 minggu usia kehamilanku. semalam bersamaan 23 januari 2013, aku buat check up kali ke2 di klinik kesihatan abdul samad, johor bahru. di klinik, aku kena cek darah 2kali, dan juga minum air gula. nasiblah air gula yang aku minum tu tak berapa manis, boleh masuk tekak. aku dapat air glukosa. nasib tak muntah, kalo tak kena minum lagi sekali. kat sini, umur 25 tahun ke atas yang mengandung wajib minum air gula untuk cek kencing manis. yang lain macam biasalah, kena timbang, ambil darah untuk cek hemoglobin, cek tekanan darah tinggi  dan jumpa doktor. yang lain okey, tapi hemoglobin aku je yang rendah, 10.2. patutnya kena 11 ke atas, baru okey. almaklumlah ubat yg doktor swasta bagi aku dah habis. aku cakap ngan doktor pasal ubat tu, doktor tu cakap teruskan ambil ubat tu, sebabnya ianya sangat bagus. ubat yang aku cakap tu ialah IBEREC FOLIC. kalau nak tau dia punya kelebihan korang google je. ianya amat baik untuk diri kita dan juga baby. erm..... pengalaman aku setakat ni, sejak dah masuk 3 bulan kandungan ni, keraplah muntah. kekadang apa yang aku makan keluar balik. aku harap taklah lama sangat. aku kena kuatkan diri, sebabnya aku 2 minggu sekali akan pergi shah alam, ada kelas kat sana. suami pula takde sisi sebab kursus di PD selama 6 bulan.

Tuesday, 1 January 2013

MANISNYA DI TAHUN 2012

alhamdullilah dipanjangkan umur untuk ke tahun 2013. pejam celik pejam celik dah masuk 2013 kan. Selamat tahun baru buat kawan-kawan di luar sana. moga hajat di tahun 2013 ni tercapai, insyaallah.

tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan manis buat zura. tapi dari kenangan manis tu terselit juga kenangan duka. alhamdullilah, tahun 2012 aku dah jadi isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi. dipanggil temuduga dan berjaya temuduga. kerja dekat sikit dengan suami, walaupun tak tinggal bersama hari-hari, tapi setiap minggu akan berjumpa. seronok, dulu sebulan sekali baru berjumpa. 3 bulan lepas kahwin, diberikan perkhabaran berita yang gembira buat aku dan suamiku, alhamdullilah aku di sahkan mengandung, yang masa itu usia kandunganku 7minggu 3hari.

tapi dalam manis ada dukanya, sedih meninggalkan rakan-rakan ofis di shah alam. banyak kenangan dengan diaorang selama 6 tahun lebih bekerja di sana. i always love u all. sekarang aku menjawat jawatan yang baru dan bekerja di johor bahru.

tarikh-tarikh penting :-

01 Ogos 2012 - panggilan temuduga di Putrajaya.

25 ogos 2012 - pagi, aku selamat dinikahkan dengan sekali lafaz aje aku sah bergelar isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi.

12 Oktober 2012 - hari terakhir aku bekerja di shah alam, meninggalkan rakan-rakan ofis yang telah aku kenal lebih dari 6 tahun.

15 Oktober 2012 - melaporkan diri di Putrajaya, seminggu di situ untuk sesi pembelajaran dan taklimat.

22 Oktober 2012 - mula bekerja di johor bahru dengan suasana kerja yang baru, rakan yang baru, dan jawatan yang baru.

05 Disember 2012 - buat UPT, disahkan positif.... terus ajak suami gi klinik untuk pengesahan selanjutnya. alhamdullilah dah mengandung, 7 minggu 3 hari ketika itu. tergambar kegembiraan diwajah suami.

08 Disember 2012 - majlis sambut menantu di Kluang, Johor. Walaupun lambat buat, tapi dapat merasa sekali lagi naik pelamin bersama suami tercinta.