Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 1 January 2013

MANISNYA DI TAHUN 2012

alhamdullilah dipanjangkan umur untuk ke tahun 2013. pejam celik pejam celik dah masuk 2013 kan. Selamat tahun baru buat kawan-kawan di luar sana. moga hajat di tahun 2013 ni tercapai, insyaallah.

tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan manis buat zura. tapi dari kenangan manis tu terselit juga kenangan duka. alhamdullilah, tahun 2012 aku dah jadi isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi. dipanggil temuduga dan berjaya temuduga. kerja dekat sikit dengan suami, walaupun tak tinggal bersama hari-hari, tapi setiap minggu akan berjumpa. seronok, dulu sebulan sekali baru berjumpa. 3 bulan lepas kahwin, diberikan perkhabaran berita yang gembira buat aku dan suamiku, alhamdullilah aku di sahkan mengandung, yang masa itu usia kandunganku 7minggu 3hari.

tapi dalam manis ada dukanya, sedih meninggalkan rakan-rakan ofis di shah alam. banyak kenangan dengan diaorang selama 6 tahun lebih bekerja di sana. i always love u all. sekarang aku menjawat jawatan yang baru dan bekerja di johor bahru.

tarikh-tarikh penting :-

01 Ogos 2012 - panggilan temuduga di Putrajaya.

25 ogos 2012 - pagi, aku selamat dinikahkan dengan sekali lafaz aje aku sah bergelar isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi.

12 Oktober 2012 - hari terakhir aku bekerja di shah alam, meninggalkan rakan-rakan ofis yang telah aku kenal lebih dari 6 tahun.

15 Oktober 2012 - melaporkan diri di Putrajaya, seminggu di situ untuk sesi pembelajaran dan taklimat.

22 Oktober 2012 - mula bekerja di johor bahru dengan suasana kerja yang baru, rakan yang baru, dan jawatan yang baru.

05 Disember 2012 - buat UPT, disahkan positif.... terus ajak suami gi klinik untuk pengesahan selanjutnya. alhamdullilah dah mengandung, 7 minggu 3 hari ketika itu. tergambar kegembiraan diwajah suami.

08 Disember 2012 - majlis sambut menantu di Kluang, Johor. Walaupun lambat buat, tapi dapat merasa sekali lagi naik pelamin bersama suami tercinta.

2 comments:

  1. selamat tahun baru mom-to-be..tolong emailkan nama n alamat umah ye...

    ReplyDelete
  2. tahun ni banyak manis dr duka,alhamdulillah..;)

    ReplyDelete