Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 5 June 2012

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK KAHWIN

buat panduan semua yang ingin berkahwin termasuklah aku sendiri, kita perlu melengkapkan segala dokumen2 yang diperlukan semasa mengisi borang kebenaran berkahwin. tadi aku telefon Pejabat Agama Islam Maran, tempat dimana aku perlu menghantar borang kebenaran berkahwinan nanti. macam-macam aku tanya.

ni antara dokumen2 yang diperlukan (perempuan) di Pahang.

* Kad Pengenalan Pasangan dan Pemohon
*Kad Pengenalan Wali
*Sijil Nikah or Sijil Cerai Ibu Bapa ( semua anak perempuan perlu )
* Sijil Kahwin Kakak (Berwalikan ayah)
* Kebenaran berkahwin lelaki ( luar negeri )
* HIV Test
* Sijil Kursus Kahwin (perempuan)

Borang kebenaran berkahwin perlu dilengkapkan dengan dokumen2 ini. perlu tandatangan jurunikah, wali dan juga pengurus felda @ ketua kampung. jikalau kebenaran perkahwinan lengkap, proses dipejabat agama tidaklah memakan masa yang lama. dalam satu jam dah boleh siap.

3 comments:

  1. Bole tumpang tye..tok kadi maran nie duk area mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok kadi maran ramai..... kalo nak cari tok kadi, cari kawasan yang berdekatan dengan tempat yang kita nak nikah

      Delete
  2. Tumpang tanya sis , selain ic pasangan and wali. ic saksi pihak lelaki,gambar pasport and sijil lahir nak jugak ke ? 😉

    ReplyDelete