Thursday, 28 June 2012

SAYA LANTIK MEREKA

tajuk ni  untuk kahwin saya. bab lantik melantik ni, saya suka sangat ngan kerja diaorg. mak andam saya lantik kawan sekolah masa saya belajar di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah dulu, photographer - kawan sekolah juga... masa saya sekolah dari tingkat 1-3 di Sekolah Menengah Lepar Hilir, videographer- saya ambil org satu negeri... jumpa dia masa search kat en.google. Pelamin, baju pengantin - saya ambil mak sedara.....

jom kita tgk hasil kerja diaorg...

mak andam - Manjer , blh tgk kat funpage dia ( http://www.facebook.com/manjertouch )




photographer - hafiz, boleh tgk dekat dia punya funpage
http://www.facebook.com/hafizsaaraniphotography




videographer - Aswad , boleh tgk dekat blog dia
http://adhainastudio.blogspot.com/p/sample-video-montage.html

nak hasil kerjanya, tgk kat dalam blog dia ea... banyak contoh yang dia hasilkan. mmg memuaskan, orgnya pun baik. dah booking dia awal2 lagi dan dah jumpa dia... siap minta copy video yang dia hasilkan.

video kahwin nilah yang saya dapat dari En. Aswad





untuk hasil kerja kahwin bahagian pelamin dan juga baju pengantin, tak dapatlah nak tunjuk.... mak sedara takde blog or facebook.


DIY : BANTAL HANTARAN DAN PAPER FAN FLOWER SIAP

alhamdullilah......

siap juga akhirnya diy bantal hantaran untuk en.tng. bolehlah nanti suruh en.tng hantar pada maknya untuk dihias diperingkat seterusnya. okey, untuk paper fan flower plak dah siap juga. nanti aku nak hias kat bilik pengantin. jom tgk hasil DIY saya.

tema hantaran sebelah en.tng : purple

nilah hasilnya bila DIY..... walaupun tak berapa nak cantik , nak tunjuk juga kat semua.... hehehehe

paper fan flower pelbagai warna.

dari dekat


Cerita pasal kos plak untuk kedua-dua DIY ni....

BANTAL HANTARAN :- 7 BANTAL HANTARAN

kain : 1 1/2 meter = RM 4.50
papan kek saiz 14 - RM 1.40 x 7 keping = RM 9.80
manik berjuntai - RM 2.50 x 8 1/2 meter = RM 21.25
kekabu - RM 17.00 (sekilo)  - di Shah Alam boleh beli di pasar karat, seksyen 13.
* bila guna kekabu, hanya suku sahaja digunakan. yang lebih boleh wat benda lain plak.
kos keseluruhan : RM 52.55

PAPER FAN FLOWER :-

kertas A4 (berwarna) - ambil lebihan dari kertas masa wat assignment dulu.
kertas manila kad - RM 0.70 x 3 keping = RM 2.10
gam - RM 0.80
glue gun - pakai gam lebihan wat hantaran
kos keseluruhan : RM 2.90
* nak nampak cantik paper fan flower ni, gunakan kertas warna yang striking. baru nampak cantik di mata dan di dalam gambar.




Tuesday, 26 June 2012

59 HARI LAGI

bila tgk je tajuk ni.... ermmmmm, tak lama dah nak bergelar isteri org. byk lagi rasanya yang belum cukup untuk majlis ni. selagi tak sampai ke majlis perkahwinan aku dengan encik tng selagi tulah, rasa tak cukup semua benda. dalam otak fikiranku ni macam2 benda nak dibuat. DIY ..... ini salah satu usaha aku untuk merealisasikan impian aku. sekarang ni aku tgh menDIY bantal hantaran untuk pihak en.tng bagi kat aku. tinggal nak lekatkan manik berjuntai je lagi untuk bantal hantaran ni. selain tu, aku tgh dok fikir macam mana nak hias bilik pengantin nanti. seharusnya DIY lah. untuk bilik, aku kena cari kain kosong warna putih dan merah, pastu aku nak lekat kat dinding. dekat kain tu nanti aku nak letak DIY paper fan flower pelbagai warna. sekarang ni aku tgh berusaha untuk menyiapkannya.

nak tunjuk bantal hantaran dan juga paper fan flower tak siap lagi..... so, aku tunjukkan rupanya yang aku copy dari blog org lain.....

rupa bantal hantaran macam nilah.... yang aku DIY warna purple, sbbnya belah en.tng warna purple, ditengah2 tu aku tak letak butang pun... just simple bantal hantaran.

nilah rupa paper fan flower.... amat mudah untuk membuatnya..... kosnya pun murah aje.

Tuesday, 5 June 2012

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK KAHWIN

buat panduan semua yang ingin berkahwin termasuklah aku sendiri, kita perlu melengkapkan segala dokumen2 yang diperlukan semasa mengisi borang kebenaran berkahwin. tadi aku telefon Pejabat Agama Islam Maran, tempat dimana aku perlu menghantar borang kebenaran berkahwinan nanti. macam-macam aku tanya.

ni antara dokumen2 yang diperlukan (perempuan) di Pahang.

* Kad Pengenalan Pasangan dan Pemohon
*Kad Pengenalan Wali
*Sijil Nikah or Sijil Cerai Ibu Bapa ( semua anak perempuan perlu )
* Sijil Kahwin Kakak (Berwalikan ayah)
* Kebenaran berkahwin lelaki ( luar negeri )
* HIV Test
* Sijil Kursus Kahwin (perempuan)

Borang kebenaran berkahwin perlu dilengkapkan dengan dokumen2 ini. perlu tandatangan jurunikah, wali dan juga pengurus felda @ ketua kampung. jikalau kebenaran perkahwinan lengkap, proses dipejabat agama tidaklah memakan masa yang lama. dalam satu jam dah boleh siap.

Monday, 4 June 2012

JALAN-JALAN BERSAMA FAMILY TNG DAN BAKAL BIRAS

Assalamualaikum/ salam sejahtera

hai kawan2, cuti2 ni sibuk tul aku. hari jumaat petang hinggalah ahad tengahari (1/6/2012 - 3/6/2012) bakal mak mertua n bakal adik ipar datang umah. tido kat umah sewa aku. apa lagi panjanglah langkah kitaorg ni. berjalan2 di merata tempat... bersama bakal abg ipar dan tunangnya sekali. Tunang aku.... erm, tak dapat join sekali sebab keje. Tak dapatlah, eden ni nak ni jalan ngan en.tng sekali. takpelah.... ngan familynya okey je... seronok berjalan-jalan walaupun penat. jom layan gambar kitaorng ni...





with my future mother in law ;-)




bakal-bakal menantu cik hanim yang ceria