Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 3 March 2012

pameran pengantin di Plaza Alam Sentral

khamis , 1/3/2012

aku bersama2 kawan satu ofis pegi ke Plaza Alam Sentral. kawan aku sorang tu nak cari gps macam aku, tp rupanya gps macam aku tu tak ada kat sana. yang ada pun mahal sangatlah. so, tak jadi belilah. lain kalilah beli kawan aku kata. erm..... dah alang2 teman kawan aku tu, aku pun apa lagi ambil kesempatanlah gi pameran kahwin kat situ. tapi tak banyaklah, kedai yang buka kat situ. ni antara gambar2 yang aku ambil masa pameran pengantin tu.






lawakan baju pengantin ni. aku punya baju pengantin, ala2 macam nilah nanti.

Tuesday, 28 February 2012

hasil kreativiti sendiri

hari ni aku nak tunjukkan kat korang hasil dari kreativiti aku... apalagi kalau bukan cenderahati untuk perkawinan nanti....

puashatilah buat sendiri. jom kita tgk hasilnya.

ni namanya bunga telur gantung, ada 3 colour, pink, oren, pink lembut.

ni saputangan, aku jadikan 2 bentuk ( dompet n petak biasa je). bentuk lagi satu aku tak ambil gambar plak. semua aku dah letak kat kg.

ni chopstick, masa aku ambil gambar ni belum siap sepenuhnya lagi. kat chopstik tu aku letak nama (azura & amirul) dan juga (shikin & shahril). shikin shahril ni nama adik aku n pasangannya.  kat chopstik ni aku ikat ngan reben dan letak rama2 ditengah reben tu. yang dah siap aku letak kat kg juga. nak tgk hasilnya ..... kena tunggulah masa kenduri aku nanti.

kiranya nanti masa kat kenduri, setiap orang akan dapat gift yang berbeza. kakak aku awal2 dah cakap nanti dia nak ambil ketiga-tiga gift ni. aku iyekan jelah.

Monday, 27 February 2012

beberapa bulan lagi

dah lama rasanya tak update blog ni

tinggal beberapa bulan je lagi untuk majlis perkahwinan aku. banyak lagi persiapan yang perlu difikirkan.
perkara2 yang dah settle :
* mak andam (manjer)- aku ambil kawan aku satu sekolah teknik dulu (manjer), aku berkenan ngan make-up dia bila aku tgk dia selalu update kat fbnya. bayaran just RM 550 termasuk pengangkutan. dia dari muadzam
* photograpy(hafiz)- aku ambil kawan sekolahku masa tingkatan 1-3 ( semilir), kawan kampung sebelah. just bayaran kawan2 hanya RM 650. tuelah yang paling murah aku dapat cari. yang lain aku tanya RM 1000 ke ataslah.
* videography(aswad) - aku ambil orang kat indera mahkota, ni pun aku dapat cari dari internet. mmg murah dan berbaloi sebab aku dah tgk dia punya video. Hanya RM 650 termasuk pengangkutan. yang lain aku cari semuanya RM 1000 keatas gak. 
* pelamin dan baju (makcik aku)- aku ambil mak sedara belah mak aku, dia dah lama buka butik pengantin. anak-anak sedara semua ambil ngan dia. erm untuk baju nikah dan baju sanding semestinya design aku sendiri. kiranya aku orang first yang akan pakai baju tu nanti. baru best. makcik aku bagi harga RM650. Kain untuk nikah aku beli ikut warna pilihan aku. sebab tu makcik aku kurangkan harga. kalo tak bayar dam RM 900. aku beli kain tu baru RM 100 lebih. dah jimat kat situ. tapi baju nikah ni nanti bila dah habis majlis bagi kat makcik akulah, letak kat kedai dia. baju aku yang akan jahit baju nikah dan baju sanding nanti. untuk sesi bergambar selain baju nikah dan sanding, aku ambil beberapa helai baju lagi dari makcik aku. makcik aku kata ikut suka hatilah nak ambil berapa hilai pun. yang penting bila ah ambil kenalah pakai.

total untuk semua (makeup, photography, videography, pelamin n baju) - RM 2500. Kalo ikutkan ambil pakej dari makcik aku lagi murah. erm, tapi aku taknak ambil pakej. bila ambil pakej kita tak boleh buat pilihan yang lain seperti mak andam, photography. videography tempat makcik aku takde.
setakat ni aku berpuashati ngan pilihan ni, sebab aku dah tgk hasik kerja kawan2 aku ni dan makcik aku.

tema untuk nikah, aku pilih kelainanlah, warna pilihan pink peach. baju yang aku design kurung moden. nak tgk macam mana hasilnya nanti (tunggulah erk, belum siap lagi).
tema untuk sanding merah putih, design baju ala2 jubah gitu, tapi yang modenlah. kelas gitu....

untuk perkahwinan nanti aku kahwin serentak ngan adik aku, bukan apa senang sikit ayah aku nak uruskan majlis nanti. takdelah pening kepala nak wat 2 kali. kitaorang kiranya anak daranya yang belum kahwin lagi.

okey, untuk gift aku n adik dah wat sendiri. selesai, macam2 gift kami buat. hehehe, paper bag pun warna- warni. antara gift yang kitaorg buat, chopstik, bunga telur gantung, saputangan. untuk orang datang rewang nati kami bagi gift pisau kecil (ada tulis nama aku n adik aku serta pasangan masing2).

apa lagi erk yang belum buat... erm....
1. kursus kawin lepas habis exam kat uitm ni baru pegi - kira2 dalam awal bulan 4 baru pegi.
2. ambil borang nikah kat pejabat agama (balik kampung dalam bulan 4, baru pegi ambil)
3. segala2 ujian untuk diisi dalam borang nikah nanti (ujian hiv dan lain2)
4. uruskan pasal makan untuk majlis kawin nanti (buat rewang), ayah yang akan uruskan ngan umi. termasuklah makan beradab.
5.hantaran kahwin, barang2 dah ada, cuma nanti nak hias je. hehehe, buat sendiri. nanti hasilnya aku post dalam blog ni. puas hati wat sendiri.
6.kad kawin ( buat sendiri n print sendiri) lebih murah. dapat jimatkan apa yang patut. kad kawin dalam pembikinan lagi.

banyak lagi perkara lain, tapi buat slow2lah, sebelum majlis mesti selesai semuanya. insyaallah... harap dapat dipermudahkan majlis ni nanti. amin....

Saturday, 31 December 2011

rumah baruku sudah siap semuanya

alhamdullilah.....

rumah yang aku beli dekat port dikson sudah siap. habis semua dengan pasang grill, lampu, kipas, tambah point, rail langsir, beli peti surat, penyapu, mop semuanya hampir RM 3000. Hari ni aku basuh rumah baruku. penat gak, tapi bestlah.

rumah yang telah siap di grill. tingkap semua bilik di grill, pintu depan dan belakang juga di grill.

ni master bedroom, ambil gambar sebelum di grill, lepas grill tak ambil pun.

pasang lampu kat dapur. aku upah orang dekat2 situ gak.  orang ni dok senawang


semua bilik ada kipas n lampu.

rumah siap kesemuanya sekali ngan basuh n mop umah. settle pada 31/12/2011, iaitu penghujung tahun 2011.

so sesapa nak sewa umah ni bolehlah contact saya, 012-6746195.

umah kat Taman Desa PD2, Port Dickson. berdekatan ngan Pantai Port Dickson, Teluk Kemang dan Kem Tentera.

Thursday, 15 December 2011

return back alkisah pertunangan 22/10/2012

sesaja jelah nak cerita semasa majlis pertunangan tu, fuh... punyalah letihnya pagi aku, adik n  kakak aku tolong mak n pakcik masak untuk majlis kenduri ni. adalah kawan2 mak n anak pakcik yang tolong sama. dugaan tul, masa masak tu hujan. masak kat lua umah mak aku pula tu. siap masak terus ke rumah abang aku di sungai karang plak. pergh... letih gila. tak senang dok. nak bagi yang terbaik untuk majlis ni. aku pun tak nak menyusahkan ramai orang. di umah abag sulungku, abang2 ku serta kakak ipar menolong kat sana apa yang patut.sebelum samapai umah abgku, aku n adik tiriku serta anak2 sedara ku yang comel (asyraf n arsyad) menyinggah dulu ke tunas manja di baserah. beli apa yang tak cukup kat sana. samapai dirumah abangku, aku gi mandi.... siap apa yang patut sebelum majlis bermula. selesai solat zohor, aku di makeup oleh makcik aku, aku panggil makde. dia sememangnya mak andam. selesai makeup, aku menunggu pula didalam bilik, tak sampai2 encik amirul ni. bila telefon rupanya ada yang sesat. almaklumlah yang ikutnya dalam 6 buah kete. ada pula satu yang tersalah jalan. lama gak tunggu. 1 jam lebih. tapi nasib baiklah akhirnya sampai. so bermulalah sesi merisik, perbincangan antara 2 keluarga (pahang vs johor). aku dalam bilik tak dengar apa yang diaorg cite. cuma kekadang dgr diaorg gelak je. ha .... nak tgk gambar masa sesi merisik n perbincangan ni jom sama2 kita tgk.














okey..... nilah cincin merisik dan cincin tunang... mak amirul yang pilih. cantik sangat. memang ikut citarasa aku.

Sunday, 13 November 2011

22102011

alhamdullilah ....

dah selamat majlis pertunangan aku yang berlangsung di rumah abg fuad, abg aku yang berada di sungai karang, kuantan. aku pun dah jadi tunang kepada amirul shidi bin zakaria. majlis sepatutnya bermula jam 3.00 pm. tapi pihak lelaki tersesat jalan plak. almaklumlah, tak penah datang pahang. tunang aku pun baru sekali je aku bawa ke pahang. cian diaorang 1 jam setengah gaklah lewat. walaupun lewat nasib baiklah semuanya berjalan dengan lancar. habis  majlis apalagi sesi bergambarllah. tapi sayang gambar aku n tunang takde berdua. ada pun ngan family n ank sedara. majlis nikah n sanding tarikhnya tak tetap lagi. ikat pertunangan dalam setahun. insyaallah majlis nikah n sanding akan berlansung tahun depan. see year 2012.













 sini antara gambar2 hantaran sebelah pihak perempuan dan juga lelaki.
tema belah pompuan - biru turqoise
tema belah lelaki - pink
hantaran sebelah pompuan (biru turqoise) hasil kreativiti aku sendiri
hantaran sebelah lelaki (pink) hasil kreativiti kawan baik mak amirul ( cik dah). tq cik dah.....