Thursday, 19 April 2012

TOMYAM

hari ni nak bercerita pasal tomyam yang sedap. kalau di shah alam ni anda bolehlah ke restoran gembira seksyen 3 atau pun ke PKNS tingkat atas sekali (nama kedai tak ingatlah). di restoran gembira tomyam warna putih ada juga tomyam pok tek. sedap tau. di pkns tomyam yang biasa kita tgk tu. rasanya sangat sedap.

ni rupanya tomyam putih



tomyam poktek
kat dalam tomyam poktek ni biasanya diletakkan ikan, ketam, udang, ayam or kepah


                                  tom yam ni pekatkan. ni lah yang biasa kita tgk di kedai2 makan.

bila tgk tomyam ni terasa sedaplah plakkan. apa kata kiter tengok resepinya plak.

TOMYAM PUTIH

BAHAN A:

10 ekor sotong
20 ekor udang
1 cawan isi ayam
1 peket cendawan
1 batang leek

* ikut pada citarasa sendiri untuk guna apa jenis sayur pun.


BAHAN B:


5 biji cili api- dititik
1 biji bawang merah
2 biji limau nipis- ambil jus saja
3 inci lengkuas
1 inci halia
1 biji bawang putih
4 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
1 liter air
Sos nampla/sos sotong secukup rasa
1 sudu kecil gula

*Semua bahan boleh ditambah ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

CARA MEMASAK :



1) Bersihkan semua bahan A dan potong ikut cita rasa sendiri.



2) Masukkan air dalam periuk bersama bahan B dan biar sampai kuah mendidih .

3) Masukkan semua ayam dulu dan kacau bila ayam dan masak baru la last sekali masukkan udang dan sotong , kacau sekejap sampai udang masak dan boleh la ditutup api.
ambil dari blog :- resepisedap-nennie.blogspot.com

TOMYAM POKTEK

BAHAN BAHAN
untuk 5 orang
  • Untuk 5 orang makan
  • Ketam 2 ekor
  • Udang 20 ekor - buang kulit dah belah tgh bahagian dlm
  • Sotong 5 ekor - belah 2 dah hiris pangkah sikit supaya bergulung cantik
  • Jagung muda
  • Kobis bunga
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Bawang besar 3 biji - hiris
  • Bawang putih 3 biji - ketuk pecah
  • Halia 1/2 inci - ketuk pecah
  • Lengkuas 1/2 inci - ketuk pecah
  • Serai 3 batang - titik
  • Daun limau purut 4 helai
  • Asam keping 2 helai
  • Limau nipis
  • Cili padi 10 biji
  • Paste tomyam 4 sudu
  • Tomato puri 4 sudu
  • Daun ketumbar - untuk ditabur
  • Garam secukup rasa 
CARA MEMBUATNYA
Didihkan air di atas periuk. Masukkan paste tomyam & tomato puri. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili pagi & serai. Terus ejas rasa - Masam/masin & pedasnya. Agak-agak puashati baru masukkan ketam, udang & sotong. Kemudian daun limau purut, tomato, lobak merah, bunga kobis & jagung muda. Sambil2 tu rasa lagi kuah tak tambah lagi apa yg patut sampai sedap. Bila sayur pun dah masak matikan api.

Dah siap sendukkan ke mangkuk hidang dan taburkan daun ketumbar yg telah dihiris tak lupa picit sikit limau nipis utk patinya

TIPS: Tujuan 'siap'kan kuah dulu untuk mengelakkan bahan2 basah overcooked.
Tomato puri - untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam
Lengkuas/daun ketumbar - Resepi orang Thai
kalau nak pekat lagi kuah ada yg letak santan/susu cair sedikit. Try la ye

ambil dari blog : medanselera84.blogspot.com

TOMYAM 


Bahan-Bahan:
6 biji cili kering
lengkuas 1 inci
serai 3 batang di ketuk
daun limau perut (5-10 keping)
bawang holland
3 biji cili api
stok ayam satu sudu
4 biji limau nipis
santan atau krimer
garam
gula
udang
sotong
ayam
cendawan
lobak merah
jagung muda
Cara:
1. goreng cili kering hingga garing, sesudah garing tumbuk hingga agak lumat
2. masak air atas api
3. masukkan semua bahan
4. apabila mendidih masukkan santan atau pun krimer .
5. siap utk dimakan

ambil dari blog : resepi.mesra.net

No comments:

Post a Comment