Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 April 2012

31 Mac 2012 - engagement my future brother in law

Aku bertolak dari Shah Alam ke Kluang jam 10.15 malam hari Jumaat. Abang kepada tunang aku akan bertunang pada hari sabtu lepas Asar. aku balik bersama dia dan bakal adik ipar dia. Tunang aku balik hari sabtu, tak ikut kitaorng sekali sebab malam tu tunang aku keje lagi, sabtu pagi baru habis keje. erm..... sampai kat kluang dalam kul 1 lebih jugalah coz jalan jem dari nilai ke seremban. ramai orang nak balik kampung kot sebab tu jem. sampai kat sana cik hanim ( bakal mak mertuaku ) n nora ( bakal adik iparku ) dah menunggu kami di pagar rumah. tak tido lagi dia orang ni. kat rumah sedara mara tunang aku dah ramai yang datang. diaorang dah tido pun. ada juga yang belum tido lagi. Sabtu pagi macam biasalah bangun solat subuh n dah tak tido. buat apa yang patut kat rumah. hehehe, buat macam rumah sendiri plak. tolong apa yang patut kat dapur. lepas solat zohor, nora ajak temankan dia ambil kek dekat Secret Recipe. dah tempah kek kat sana, just nak ambil je. sempat jugalah berjalan2 kat dalam pasaraya tu (Kluang Mall). lepas ambil kek kitaorng ke taman perumahan tempat majlis pertunangan akan diadakan. kat sana kami berkumpul sebelum masuk ke rumah pihak perempuan yang bakal ditunangkan dengan abg kepada tunang aku. nama abang tunang aku ni azrul n perempuan yang akan ditunangkan tu balqis. sebelaum masuk sempat juga kitaorang bergambar kat luar bersama hantaran. tunang aku Amirul Shidi yang jadi photographer untuk majlis ni. sibuk bebenor aku nampak dia ni ambil gambar masa majlis tunang tu. alhamdullilah semuanya berjalan lancar walaupun ada sikit kekeliruan masa perbincangan kat majlis pertunangan tu. tahniahlah pada abg Azrul n Balqis. jaga baik2 ikatan pertunangan ni. orang kata tengah darah manis tu, macam2 hal boleh berlaku.... so tempuhilah dengan kuat. ceh... cakap kat orang aku pun sama juga, insyaallah majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan bulan 12 ni belah Balqis n Abang Azrul. belah aku macam yang dirancang Bulan 8, cuma belah tunang aku ni lambatlah sebab sekali buat ngan Abg Azrul. so belah tunang aku bulan 12 lah.

gambar2 sekitar majlis pertunangan Azrul n Balqis ......











No comments:

Post a Comment