Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 3 May 2012

pengalaman menaiki bas

assalamualaikum / hai  kawan2

tgk tajuk macam baru first time aku naik bas.... tapi sebenarnya idoklah gitu. sehari sebelum aku nak balik ke kuantan, aku pegilah beli tiket di Kaunter Tiket Bas Seksyen 17, Shah Alam. mula2 aku gi kat kaunter tiket bas Transnasional, Tapi dah habis tiket, aku gi plak kat utama Ekspress , takde juga. pilihan terakhir Sani Ekspress. Tiket bas untuk Malam ada lagi pada hari Jumaat jam 11.45, tarikh 27/5/2012.

27/5/2012, aku suruhlah kawan aku hantar ke terminal bas Seksyen 17 tu. aku tunggu punya tunggu, bas tak sampai2 juga2. sekali aku dengar announcement dari Bas Sani Ekspress mengatakan bas dijangka lewat sampai. okeylah, aku tunggu lagi. lama juga aku tunggu, aku tgk ramai jugalah yang return balik tiket bas tu. aku pun return balik tiket bas ( pergi dan balik ), tak sanggup aku tunggu lagi.... dah sejam aku tunggu kat situ. aku dengar masa orang tanya kat kaunter tadi, diaorg jawab bas paling cepat sampai pukul 2.30 pagi... gila ko... tak sanggu aku tunggu. sebelum ni pun pernah terjadi aku tunggu sampai 2 jam, bas yang sama juga... alasan bas rosak juga. apalagi aku returnlah tiket tu, minta duit. tue setahun or 2 tahun yang dulu, aku pun tak ingat tarikhnya. aku ingat takkan jadi perkara yang sama lagi, rupanya jadi juga. serik dah aku nak beli tiket bas Sani Ekspress. masa aku tunggu bas selama 1 jam tu sempatlah aku berborak dengan seorang perempuan ni. namanya Zulfa, tunggu bas yang sama juga. baru first time kat sini. praktikal dan dok kat klang. kesian dia, nak balik pun jauh, rumah pun takde orang. aku pun ajak dia return balik tiket tu dan pegi ke umah aku di seksyen 4. aku takkan ajak jika aku tak percaya orang tu, tapi bila aku tgk perwatakan dan bila berborak dengan dia, dia seorang yang okey. dia praktikal mengajar di sekolah agama di klang.

28/5/2012, aku pegi lagi ke terminal bas Seksyen 17 bersama Zulfah. kawan serumah aku hantar, terima kasih lina tolong hantar, tapi aku cakap ngan lina suruh dia tunggu jap, takut takde tiket. aku pegilah tanya tiket kat semua kaunter yang menuju ke Kuantan kecuali Sani Ekspress (SERIK DAH). malangnya takde, dah habis.
Aku suruh Lina hantar ke Komuter Seksyen 19. aku beli tiket di Pudu Sentral, nasib baiklah ada tiket bas. tapi malang sekali lagi dari Pudu sentral aku kena pergi ke Bandar Tasik Selatan, naik bas kat situ. beli tiket bas kul 2.30 terpaksa naik jam 4.00 ptg sebab terlepas jam 2.30 ptg. semua bas Ekspress tak boleh masuk ke Pudu Sentral sebab jalan di tutup. erm..... ada Perhimpunan BERSIH kat situ. sampai Bandar Tasik Selatan, jam 2.40 ptg, lewat dah.... aku tunjuk tiket dekat orang yang jaga kat situ. dia kata bas dah bertolak, dia suruh tunggu jam 4.00 ptg. so aku tunggulah kat situ bersama Zulfa dan penumpang2 semua bas Ekspress dari Pudu Sentral. bila bas sampai, aku pun naik... sempat juga aku cakap dengan Zulfah "lega rasanya bila dah ada dalam bas", seharian juga kita ke sana sinikan ". Zulfa yang baru sampai ke Selangor dan Kuala Lumpur ni, dapat merasa pegi 3 terminal bas dalam masa 2 hari. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Zulfa.... kenangan bersama-sama menegenai bas ni tidak didapat dilupakan. moga persahabatan yang terjalin kekal dan tidak putus. kalo ada sebarang kemusykilan tentang agama nanti bolehlah zura tanya Zulfa. Buat Lina, kawan serumahku.... terima kasih kerana sudi hantar zura dan kawan.

3 comments:

  1. Thanks tlg adik sy ni :-) nasib baik ada akak klo x bjanggut la dia dok situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. borak2 ngan zulfa, tgk orgnya pun okey. menolong sesama insan. kesian juga tgk dia tunggu lama kat bus station, first time plak tu kat sini.

      Delete
    2. Tu la sy plak da balk perak..dgr dia kata bas rosak da risau da kt dia ni...pastu dia kata plak tiket da jual balik mna plak dia nk tido..pastu dia ckp tdo uma akak..sangka baik je la alhmdulillah jupa akak klo jupe org lain xtau la cner..dia kata akk study yer amik kos ape??

      Delete