Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 8 May 2012

PERSIAPAN PERKAHWINAN SEBELUM MENJELANG HARI BAHAGIA BEBERAPA BULAN LAGI

lagi 3 bulan lebih je lagi untuk aku menyiapkan  segala2 hala mengenai perkahwinanku dengan en.tng. sudah mula mengisi borang permohonan untuk berkahwinan. hal- hal mengenai surat, ujian atau apa2 dokumen untuk dilengkapkan bersama borang permohonan perkahwinan, seperti ujian HIV, surat pengakuan bujang, tandatangan pengesahan wali, sijil kursus kahwin perlu aku n en.tng lengkapkan. antara aktiviti aku dan e.tng untuk bulan 5 ni seperti dibawah :-

05 Mei - 06 Mei = aku balik kampung di Kuantan ( ambil salinan KP dan tandatangan wali - untuk lengkapkan borang en.tng , en.tng borangnya lain sikit sebab en.tng ni tentera, banyak prosedurnya)

09 Mei = En.tng ada appointment buat Ujian HIV dekat tempat dia kerja.

17 Mei = Giliran aku plak appointment buat Ujian HIV. aku buat di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.

19 Mei - 20 Mei = aku n En.tng pergi Kursus Pra Perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor (Shah Alam).

setakat ni tuelah aktiviti aku n En.tng. Pasal DIY KAD KAWIN, kad dalam proses cetak. aku print kat umah je, jimat...... design aku tukar wat lain sikit dari dalam blog ni... hasilnya nanti aku tunjuk kat korang. untuk kawan2 aku print Kad yang sangat comel ( sizenya kecil aje, macam bisnes kad tu), kad aku lipat dua. Untuk buat kad yang comel ni, satu kertas A4 boleh buat empat keping. Untuk orang kampung dan sedara mara juga pegawai2 aku buat kad yang size besar sedikit. design berbeza dari kad yang comel tu. satu kertas A4 boleh buat dua keping ( kad dilipat 2). aku akan print kad dan gunting bila aku balik dari keje.

Untuk gubahan hantaran, mungkin dalam masa sebulan or 2 bulan lagi nak kawin baru aku gubah. kain dan baju untuk kenduri kahwin aku dah beli ( kakak aku (k.idah) yang sponsor). aku dah bagi pada adaik beradikku. hari ni nak pos kain dan kemeja pada kakakku di terengganu. untuk abg aku di puchong, nanti aku bagi sendiri je. kena bagi awal kain sebabnya tak lama lagi mungkin tempahan menjahit dikedai dah ditutup, almaklumlah kahwin selepas raya.


3 comments:

  1. kte pon kursus kawen kat JAIS baru2 ni..
    best sangat! ;D

    btw, folo n link kamu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.... tuelah diaorg kata ustaz2 kat sana best

      Delete
  2. Assalamualaikum tumpang ea.. :)

    Ingin Dapatkan
    Koleksi Design & Template
    Kad Kahwin Terkini?
    InsyaAllah CANTIK MENARIK TERTARIK!!
    Buat Sendiri Kad Kahwin atau
    Mulakan Bisnes Kad Kahwin
    Sekarang Dengan Easykadkahwin...

    Dapatkan Di Sini Segera:
    http://www.easykadkahwin.com/hop.php?ref=diya

    Nak Kahwin?
    Tapi...TAK CUKUP DUIT?
    Usah biarkan WANG jadi penghalang perkahwinan anda! Ketahuilah Rahsia Mengumpul WANG Untuk Perkahwinan Anda.
    http://www.maskahwin.com/hop.php?ref=diya

    ReplyDelete