Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 July 2012

bulan 7.... banyak tul rancangan

sekarang dah bulan 7, tinggal lagi sebulan lebih je lagi untuk aku mempersiapkan diri ni menjadi isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi. macam2 hal, macam2 rancangan nak kena buat. kebetulan plak semalam aku chat ngan kawan aku dari Sabah, dia suruh cek email. aku cek email, alhamdullilah dah lama aku tunggu dari SPA ni. aku dapat interview untuk jawatan Penolong Pegawai Undang2 (aku guna KPSL )... dah bertahun lulus KPSL, baru nilah SPA panggil interview. Alhamdullilah, aku kena persiapkan diri untuk interview ni. Minta2 Allah s.w.t permudahkan urusan Interview jawatan ni. kalo dapat, aku rasa nilah hadiah perkahwinan yang akan aku ingat dan yang palaing istimewa buat aku..... yang jadi penguat semangat aku untuk KPSL ni, kawan akulah. dia naik pangkat guna KPSL. Nak lulus Exam KPSL ni bukannnya senang, semua soalan yang ditanya kena jawab Esei. objektif tu adalah, tapi sikit je. KPSL tu singkatan dari Kenaikan Pangkat Secara Lantikan. Alhamdullilah..... Allah s.w.t permudahkan aku jawab Exam KPSL ni. hanya sekali je aku ambil. aku harap interview ni nanti pun, Allah permudahkan urusan Interview aku nanti. Insyaallah....

jom kita tgk jadual aku bulan 7 ni .....

8/7/2012 - kelas kat UITM (aku ambil Diploma jerk, kali ni aku ambil 1 subjek je, sbb tak nak pening kepala dengan nak uruskan kahwin lagi, sem akan datang aku pulun banyak sikit subjek)

15/7/2012 - kelas kat UITM

18 hingga 22 /7/2012 - aku ambil cuti nak balik Pahang sbb nak uruskan hal kahwin.
 * 18/7/2012 - balik pahang terus gi bandar ngan adik gi beli barang untuk makan2 masa mesyuarat rewang nanti.sambil tu, singgah jab kat butik Makcik untuk tgk baju nikah n baju sanding.
-sampai kat kg... minta tandatangan pengurus felda dan juga tok kadi untuk borang kahwin aku.
* 19/7/2012 - mesyuarat rewang ( untuk majlis kenduri aku n adik aku nanti- kat kg. aku biasanya sebelum nak rewang untuk kenduri kena buat mesyuarat dulu, nak bincang apa yang perlu buat masa kenduri nanti dan juga bahagikan tugas masing2)
*20/7/2012 - gi Pejabat Agama Maran submit borang kahwin. (Minta2 dipermudahkan urusan untuk kahwin ni, harap2 takdelah apa2 yang direject nanti).
*21/7/2012 - masa untuk merehatkan diri di kampung halaman.
* 22/7/2012 - balik shah alam.

29/7/2012 - kelas kat UITM.

30/7/2012 - interview kat SPA di Putrajaya.

Penuhnya jadual aku bulan 7 ni..... fuh... seorang pelajar, seorang pekerja, seorang bakal isteri... ;-)


5 comments:

  1. good luck interview.peluang jgn persiakan tw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..... takkan dipersiakan peluang ni.

      Delete
  2. good luck on ur interview..
    kena banyak study...jangan ambil mudah...
    =) hehehe

    ReplyDelete
  3. gud luck !! moga terus sukses !!

    ReplyDelete
  4. salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete