Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 July 2012

DIY : BUNGA TANGAN VERSI CIK ZURA

assalamualaikum / salam sejahtera

hai kawan2 hari ni nak citer pasal bunga tangan pengantin versi Cik Azura a.k.a aku sendirilah... sape lagikan kalo bukan aku. hehehe. meh sini aku tunjuk gambar bunga tangan yang aku hasilkan sendiri dengan jari jemariku ini...

tara..... nilah bunga tangan saya. ingat nak pegang bunga tangan ni waktu akad nikah nanti.

ni pemegang bunga tangan saya, beli pemegang ni kat kedai bunga,,,,,, pastu bila saya touch up , jadilah gini.
okey , nak taukan macam mana saya buat.... kat sini saya bagi tutorial untuk buat bunga tangan, kalo korang lagi kreatif, boleh buat bunga tangan ni dengan pelbagai cara.... cara saya, jom kita tgk....


TUTORIAL BUNGA TANGAN


BAHAN-BAHAN :-

kertas foam - beli dekat Tesco
dawai - beli kat kedai bunga
butang ( warna purple & merah ) - beli dekat Mydin
Reben - beli kat kedai bunga
pemegang bunga tangan - beli kat kedai bunga
glue gun or gam UHU
crepe paper

CARA-CARA :-

lukis kat kertas foam bentuk macam ni, pastu gunting.

gam dengan glue gun or gam UHU dihujung , seperti gambar diatas...

pastu lipat ,,,, seperti kat gambar ni

hasil setelah dilipat .. lima kelopak bunga

banyaknya kan.... ni lah hasilnya setelah dilipat 

langkah seterusnya..... cucuk dawai kat kertas foam yang telah dibentuk menjadi bunga

cucuk lagi sehingga jadi camni....

bahagian bawah kelopak bunga

okey.... gamkan dekant area dawai ni untuk letak butang

letak butang dan inilah hasilnya, buat sehingga habis semua kelopak bunga yang telah dibentuk tadi.

kumpulkan semuanya, tara..... nilah hasilnya.....
* bunga2 yang telah diletak butang tu bolahlah di touch ikut kreatif korang, boleh letak juga crepe paper macam bunga tangan yang zura buat... boleh tgk hasilnya kat gambar atas sekali , sebelum tutorial tu.
* korang boleh cucuk bunga ni dekat pemegang bunga tangan, pastu korang letaklah riben di sekeliling pemegang tu..... kat pemegang tu korang boleh letak butang yang lebih dari buat bunga tadi.

*** harap2 korang fahamlah tutorial yang aku buat ni yer... nak ajar lebih tak retilah plak....



6 comments:

  1. nak DIY kenalah kreatif, walaupun sebenarnya tak kreatif....
    pakai gam je, simplekan

    ReplyDelete
  2. cute!! ;) letak reben organza sket dah kebabom ni ;)

    ReplyDelete
  3. awak pun kreatif jugak..suka tengok b2b yang gigih berdiy ni..salam kenal dari qis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan jadi kreatif bila ada bantuan b2b yang lain juga.... salam kanal juga dari zura

      Delete