Thursday, 2 August 2012

masakan yang simple : daging masak kunyit

hai b2b, ex-b2b , silent reader or sesape yang baca blog ni. kali ni aku nak bagi resepi yang simple je. senang cari bahan dan senang juga nak memasaknya. aku ni kalo boleh semua benda aku nak mudah je. resepi ni aku tengok dari ayah aku masak masa aku kecil2 dulu. sedap tau... cubalah.

DAGING MASAK KUNYIT

bahan-bahan
daging ( kalo nak cepat masak cari je daging batang pinang , senang empuk tau)
serbuk kunyit
daun limau purut - dalam 4 -5 keping je...
asam keping - setengah keping pun dah cukup
garam secukup rasa
bawang putih
bawang merah
cili padi - ikut suka korang, kalo nak pedas isi banyak

cara-cara memasaknya

1. gaulkan daging dengan serbuk kunyit dan juga garam
2. panaskan minyak, pastu tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi yang telah dihiris
3. dah naik bau bawang tu, masukkan daging yang telah digaul tadi, pastu kacau jangan garing sangat
4. masukkan air.... kalo nak lagi kuning kuahnya tambah sedikit kunyit lagi
5. masukkan daun limau purut dan juga asam keping.... masukkan  juga garam secukup rasa.
6. bila dah mengelegak kuahnya dan daging pun dah empuk, bolehlah dihidang...


* sesapa nak masak untuk berbuka ni atau bersahur mmg menu yang sangat menyelerakan.... lebih-lebih lagi bila makan dengan nasi yang masih panas. sedap tau...


3 comments: