Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 15 August 2012

CUTI RAYA SEKALI CUTI KAHWIN

tgk tajuk tu..... untung juga buat masa raya ni, cuti dapat skip minta 8 hari je, tapi bila campur dengan cuti umum , cuti perayaan jadilah 17 hari termasuk sabtu dan ahad. aku start cuti 17 ogos hingga 2 september 2012. bestnya, tak sabo nak pulang ke desa. tapi confirm nak balik jalan jem... harap-harap masa aku balik nanti tak jemlah. aku ingat mungkin esok nak minta half day je ngan bos. minta2 lah bos bagi. balik nanti aku nak gi bandar Kuantan, nak beli jajan n barang2 lain untuk kenduri kahwin nanti. sambil2 tu bawa keluarga berjalan-jalan.

tapikan bila buat time raya ni.. dah tak terfikir nak beli barang raya, fikir barang kahwin je. insyaallah, time raya ni mungkin kawan2 satu kampung dapat pergi, yelah masa tu je baru dapat balik kampung, masing2 dah ada keluarga. kawan-kawan kat ofis mungkin tak ramai yang pergi, sebab jauh, lagipun diaorg balik kampung masing2. mana yang dok pahang bolehlah pergi.

note *** minggu ni dah raya, minggu depan dah jadi isteri org.... insyaallah dipermudahkan segala urusan.

kawan-kawan yang dah dekat tarikh kahwin tu, dah rancang ke berapa hari nak cuti. rancang awal, submit cuti awal..... baru senang hati... "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI".....

kad ni aku ambil dari http://wancikgumuzik.blogspot.com.  comelkan....

Monday 13 August 2012

TINGGAL 11 HARI DAN BEBERAPA JAM LAGI

oooooit tgk tajuk pun dah rasa cukup mendebarkan.... citer pasal hari yang makin dekat ni, tadi masa aku solat kat surau, sesudah solat berboraklah ngan kawan2 ofis, diorg ada tanya " dah prepare ke nak jadi isteri , org " dah tak lama tu, minggu depan dah jadi isteri org... aku dengan rasa yang terkejut " eh.... bukan minggu lagi satu ke,...." . diaorg pun cakap " ko ni zura.... relaxs je kitaorg tgk, minggu depanlah ko kahwin, minggu nikan dah raya" . dalam hati ni, ish tak debar apanya, debar tau.... aku kira hari, tapi aku tak kira plak pakai minggu.... hehehe, bila diaorg cakap minggu depan aku dah jadi isteri org, tetiba terpikir sendirian, erm, dah sedia ke aku ni..... alhamdullilah preparation untuk kahwin dipermudahkan, segalanya berjalan seperti apa yang dirancang....

okey nak cerita pasal hantaran plak, hantaran dari aku bagi ke en.tng 9 dulang, manakala pihak en.tng balas 7 dulang. hantaran aku dah siap gubah, hasilnya, aku akan review dalam blog ni bila dah tiba waktunya nanti; pihak aku tema MERAH PUTIH, manakala pihak en.tng UNGGU. Minggu lepas aku dah tempah kek hantaran dari FB Funpage Kek Comel. Aku tempah 2 kek, satu untuk aku bagi pada en.tng, dan satu lagi en.tng bagi pada aku. Puan kek comel ni dok kat Tanjung Lumpur. dia akan hantar kek ke bandar Kuantan, nanti kakak aku ambil ngan dia kat sana. gambaran kek yang aku tempah... jom tgk kek yang macam mana aku tempah ngan kakak tu.

aku minta kek kebaya... ehsan dari en.google... aku cakap ngan akak tu aku nak kek buttercream tapi nak wat bentuk macam ni.... pastu kat kebaya tu letak nametag.... letak nama aku , Azura

kek ni, aku minta rupa macam ni, pastu nanti letak nama Amirul, baju aku minta liverpool

okey, untuk harga kedua-dua kek ni,.................. harganya RM 150.00. Aku minta kat aku tu nanti kek ni cover dengan kotak kek yang transparent sebab nak buat hantaran.... nasib baiklah akak tu ambil tempahan untuk raya ni.... sesapa nak tengok kek yang comel, boleh tgk dengan FB Kek Comel.... sesape yang dok Kuantan bolehlah tempah dengan dia.....

Thursday 9 August 2012

ijab dan qabul makin hampir

masa buat entry ni.... tinggal lagi 15 hari 11 jam je lagi sebelum lafaz ijab dan qabul. weeee .... tak lama lagi dah nak jadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Amirul Rashidi. ngerinya, bila dikira waktu ni...
bukan takut nak kahwin, tapi bila memikirkan tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya... berat juga tu. harap2lah aku dapat jadi seorng isteri yang solehah, insyaallah.... moga perjalanan kehidupan yang kami lalui ini diredhai Allah s.w.t.  tadi pergi istana kehakiman ada ceramah kat sana " meraih pahala, melebur dosa". best juga tajuknya. ada juga sentuh pasal hal suami isteri. isteri ni boleh banyak dapat pahala sekiranya taat pada suami, contohnya bila kita sebagai isteri memicit suami tanpa diminta, pahalanya berlipat kali ganda..... suami minta picitkan pun dapat pahala, tapi besar lagi pahala sekiranya isteri sendiri buat tanpa disuruh.... cium tangan suami pun dapat pahala.... masyaallah banyak betul nikmat yang Allah beri pada kita. cuma kita yang kena selalu beringat... selain tu ada juga disentuh pasal merintis 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdullilah banyak input yang aku dapat dari ceramah ni.  start ceramah dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang. banyak juga panduan yang dapat ku ambil sebelum bergelar isteri ni..... rezeki ilmu tu namanya.

okey bercerita plak pasal persiapan menjelang hari bahagia ni... aku ada beli kain untuk dibuat tirai kat bilik pengantin.... beli warna putih n merah  (kain kosong je), pastu aku juga beli karpet yang berbulu shining tu kat jakel, ada jualan murah .... alhamdullilah bawah dari bajet aku.... carpet ni nak letak kat bilik pengantin.


Sunday 5 August 2012

19 HARI LAGI.....

menghitung hari, detik demi detik, masa berlalu pergi ...... ( ingat tak lagu ni, lagu kris dayanti) sedang molek dengan citer ni... 19 hari lagi sebelum diijab kabul, nerves tu ada jugalah, alhamdullilah dan banyak yang settle. hari ni nak update pasal checklist perkahwinan zura pada 25 Ogos 2012 bersamaan 07 Syawal 1433 Hijrah.

Mak andam - DONE  * fb- makeup by manjer
Fotographer - DONE  * fb - hafizsaarani photography
Videographer - DONE * blog - adhainastudio.blogspot.com
Pelamin, baju nikah,
baju persalinan, baju potong kek - DONE * makde a.k.a makcik sedara
DJ - dah bagitau pada kawan, cuma kena confirmkan balik dengan dia nanti.

Khemah, Kerusi, meja tetamu - DONE * sewa kat blok sendiri, (setiap Felda, ada blok)
Khemah, kerusi n meja makan beradap - DONE * tempah kat kawan ayah
Pinggan n Cawan Polisterin untuk tetamu - akan dibeli masa balik raya nanti
* pakai polisterin je sebab kat kg. takde guna pinggan dah, cian kat org2 tua nak basuh pinggan pula, bila
pakai pinggan nanti.

HIV test - DONE * buat dekat klinik seksyen 7, shah alam.
Kursus Kahwin - DONE * buat kat JAIS, Shah alam ditemani my fiance.
Daftar Nikah - DONE * daftar kat Pejabat Agama Maran.

Kad kahwin - DONE * DIY dan print menggunakan printer sendiri. untuk org Felda fotostat je...
Beri pada kawan2, org kampung, bos (kad kahwin) - DONE 

Gift Kahwin - DONE * DIY
Bunga tangan - DONE * DIY
Props untuk bergambar - DONE * DIY
Props untuk bilik pengantin - DONE *DIY
Bunga Penanggah - DONE * DIY

Barang-barang hantaran me n my fiance - DONE
Gubahan hantaran - DONE * DIY

Homestay untuk family yang jauh - DONE
Homestay untuk Family my Fiance - DONE

Veil Nikah - DONE * fb - Numairah
Tudung Sanding - DONE
Baju Family - DONE * kain pasang untuk perempuan n baju melayu untuk ayah beli kat Nagoya, baju kemeja untuk lelaki beli dekat Mydin.

Mesyuarat Rewang - DONE 
Bunga Mangga - DONE 
Sapu tangan Penanggah - DONE 

Bunting n Banner Perkahwinan - DONE * Karya Print , Seksyen 7, Shah Alam


Submit Cuti Kahwin - DONE dari 17 Ogos Hingga 02 September 2012.

* doakan segala-galanya berjalan dengan lancar ea.... tak sabar plak nak bercuti lama ni...








Friday 3 August 2012

BAHAN UNTUK GAMBAR KAHWIN

hari ni... aku ditemani rakan  satu ofis ke kedai smart art di seksyen 2, shah alam. kat sana aku beli cardboard, kapur dan plastesin.... butang buat bungga penanggah pun banyak lagi. apa aku nak buat ea, jom kita tgk hasil dari bahan2 ni....

tara..... ni lah hasilnya, aku buat ala-ala papan hitam

setelah ditulis dengan kapur... kat dalam gambar tu dah tulis kahwin, tapi belum lagi .... 21 hari lagi 

kos buat ala-ala papan hitam ni

cardboad - RM 1.80, boleh potong 5.. lebihnya korang buat je ikut kreativiti sendiri

kapur (5 batang ) -RM 1.00

butang baju - ambil lebih dari buat bunga penanggah.

plastesin - RM 1.00
* Plastesin korang bolehlah buat bunga atau pelbagai bentuk lain... pastu tempek je kat cardboad tu, bagi nampak ceria..... better cardboad yang takde bingkai macam kat atas tu, nanti serabut pula kan.

kos keseluruhan - RM 3.80 je.... tapi kalo baru nak beli butang kosnya berbezalah erk....

DIY BUNGA PENANGGAH DAH SIAP

alhamdullilah DIY bunga penanggah dah siap... aku buat 80 je untuk org yang datang menolong masa kenduri kahwin aku nanti.

bahan-bahan yang aku gunakan dak kosnya

renda  (8 Meter) - RM 1.50 x 8 = RM 12.00
reben ( 1 Gulung) - RM 2.20
Pin Bulat (8 Bungkus) - RM 1.50 x 8 = RM 12.00
Butang baju = RM 3.90 (banyak butang ni - banyak juga lebih nya...)

kos keseluruhan DIY bunga penanggah sebanyak RM 30.10..... dapat buat 80 bunga penanggah. kos untuk 1 bunga penanggah bila DIY ni jimat sangat baru je 0.38 sen sahaja. murahkan, buatnya pun tak lama.

erm.... kat sini aku kongsi dengan korang bungga penanggah yang aku dah buat ni... jom tengok hasilnya.




Thursday 2 August 2012

masakan yang simple : daging masak kunyit

hai b2b, ex-b2b , silent reader or sesape yang baca blog ni. kali ni aku nak bagi resepi yang simple je. senang cari bahan dan senang juga nak memasaknya. aku ni kalo boleh semua benda aku nak mudah je. resepi ni aku tengok dari ayah aku masak masa aku kecil2 dulu. sedap tau... cubalah.

DAGING MASAK KUNYIT

bahan-bahan
daging ( kalo nak cepat masak cari je daging batang pinang , senang empuk tau)
serbuk kunyit
daun limau purut - dalam 4 -5 keping je...
asam keping - setengah keping pun dah cukup
garam secukup rasa
bawang putih
bawang merah
cili padi - ikut suka korang, kalo nak pedas isi banyak

cara-cara memasaknya

1. gaulkan daging dengan serbuk kunyit dan juga garam
2. panaskan minyak, pastu tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi yang telah dihiris
3. dah naik bau bawang tu, masukkan daging yang telah digaul tadi, pastu kacau jangan garing sangat
4. masukkan air.... kalo nak lagi kuning kuahnya tambah sedikit kunyit lagi
5. masukkan daun limau purut dan juga asam keping.... masukkan  juga garam secukup rasa.
6. bila dah mengelegak kuahnya dan daging pun dah empuk, bolehlah dihidang...


* sesapa nak masak untuk berbuka ni atau bersahur mmg menu yang sangat menyelerakan.... lebih-lebih lagi bila makan dengan nasi yang masih panas. sedap tau...


PART 2 :- bunting dan banner

alhamdullilah..... pagi semalam Karya Print ada telefon aku. bunting dan banner yang aku tempah dah siap, n boleh ambil. apa lagi tengahari semalam aku pun pergilah ambil bunting dan banner perkahwinanku. bila aku tengok ..... wow cantiknya.... harganya pun murah, sangat-sangat berpuashati dengan hasil kerja mereka. so, sesiapa yang bercadang nak tempah bunting dan juga banner bolehlah tempah dengan mereka.

kat sini aku bagi detail pasal diaorg...

Karya Print
No.18 , jalan Zirkon E 7/E, Seksyen 7
Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(kedainya masuk dekat lorong Shell)
Tel : 03-55188575

Banner yang aku tempah 3x6 = RM 21.60
Bunting yang aku tempah 2x2 = RM 10.00, Aku tempah 2 bunting, so RM 10.00 X 2 = RM 20.00
Upah Design = RM 20.00
Jumlah yang aku bayar = RM 61.60

murahkan...... dapat 1 banner, dan 2 Bunting yang comel.

* bunting dan banner yang dah siap diambil tu, aku tak ambil gambarnya nak tunjuk kat korang.... insyaallah kahwin nanti korang dapatlah tgk.

Wednesday 1 August 2012

bulan ogos sudah datang

hari ni dah 1 ogos 2012..... maknanya lagi 23 hari berapa jam sahaja lagi untuk aku prepare apa yg patut pasal kahwin ni.... dari bulan ke bulan ... see dah tak lama nak jadi isteri org. erm.... camne erk kehidupan berumah tangga nanti. aku lepas kahwin terpaksa berjauhan.... en.tng lepas raya means lepas kahwin nanti kena tukar Kluang... sukalah dia dapat balik kampung.... tng aku cakap biasalah kalau dah namanya askar mmg selalu kena tukar..... nasiblah aku ni boleh hidup berdikari juga.... tak taulah lepas kahwin tetiba tak boleh berjauhan dengan dia pula.... tapi nak wat camne aku minta tukar pun takde respons.... gred aku sekarang ni payah sikit nak tukar tempat lain.

okey bercakap pasal hari yang makin dekat ni... alhamdullilah daftar nikah dah settle ( penting tu tau, kalau takde, tak boleh nikah). persiapan yang lain alhamdullilah banyak dah settle... skrg ni tgh nak siapkan DIY bunga rozek untuk org rewang. akan disettlekan dalam minggu juga.. dah settle bunga rozek nanti, aku review kat korang erk...

bagi b2b yang tarikhnya sama dengan aku atau tarikhnya dah dekat macam aku, jgn gelabah , buat selamber je... hehehe.... cakap org aku pun kekadang gelabah juga. ;-)