Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 9 August 2012

ijab dan qabul makin hampir

masa buat entry ni.... tinggal lagi 15 hari 11 jam je lagi sebelum lafaz ijab dan qabul. weeee .... tak lama lagi dah nak jadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Amirul Rashidi. ngerinya, bila dikira waktu ni...
bukan takut nak kahwin, tapi bila memikirkan tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya... berat juga tu. harap2lah aku dapat jadi seorng isteri yang solehah, insyaallah.... moga perjalanan kehidupan yang kami lalui ini diredhai Allah s.w.t.  tadi pergi istana kehakiman ada ceramah kat sana " meraih pahala, melebur dosa". best juga tajuknya. ada juga sentuh pasal hal suami isteri. isteri ni boleh banyak dapat pahala sekiranya taat pada suami, contohnya bila kita sebagai isteri memicit suami tanpa diminta, pahalanya berlipat kali ganda..... suami minta picitkan pun dapat pahala, tapi besar lagi pahala sekiranya isteri sendiri buat tanpa disuruh.... cium tangan suami pun dapat pahala.... masyaallah banyak betul nikmat yang Allah beri pada kita. cuma kita yang kena selalu beringat... selain tu ada juga disentuh pasal merintis 10 malam terakhir Ramadhan. Alhamdullilah banyak input yang aku dapat dari ceramah ni.  start ceramah dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang. banyak juga panduan yang dapat ku ambil sebelum bergelar isteri ni..... rezeki ilmu tu namanya.

okey bercerita plak pasal persiapan menjelang hari bahagia ni... aku ada beli kain untuk dibuat tirai kat bilik pengantin.... beli warna putih n merah  (kain kosong je), pastu aku juga beli karpet yang berbulu shining tu kat jakel, ada jualan murah .... alhamdullilah bawah dari bajet aku.... carpet ni nak letak kat bilik pengantin.


5 comments: