Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 15 December 2012

sambut menantu di kluang

alhamdullilah.... majlis berjalan dengan lancarnya di rumah suami di kluang. kali ni sambut menantu bersanding berlima. tak pernak dek buat orgkan. hehehe. nape ea 5? aku, suami, baby, abg ipar dan biras.
aku suka tgk gambar yang diedit oleh OP kat kluang ni.... nama FB nya  http://www.facebook.com/azwal.ahmad . cantik tau. puas hati dengan hasil karyanya.

suami terlupa nak ambil tanjak.... apa2 pun tetap hensem. hehehe



masa ni dah penat sangat.

suamiku melompat ala2 sopan.... abg ipar melompat terlebih exited. hehehe

twins.....

pengantin perempuan merempit.... ada berans



Friday, 14 December 2012

BERITA GEMBIRA

assalamualaikum......

dah jarang update blog sekarang ni. tgk tajuk tu, ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama rakan-rakan diluar sana. hari rabu lepas selepas suami gi senam kat tempat tempat kerja, pagi tu juga aku cek pregnantcy test. alhamdullilah..... yang teramat sgt hasilnnya menunjukkan aku pregnant. aku guna clearblue digital test. keputusannya pregnant 3+. apalagi happy bukan kepalanglah aku. tak sabor nak tunjuk pada suami. kerana tak sabor tu, au terus tunjuk pada mak mertua aku yang masa tu baru lepas solat subuh. mak mertua ucapkan tahniah, siap cakap kat aku " cd memang suka budak-budak, syukurlah zura dah mengandung, jaga kandungan tu baik-baik ".

balik je suami aku dari senam di KEM, aku terus tarik dia ke bilik. dia rasa pelik semacam. tanya aku sebab apa aku tarik dia, aku cakaplah " ce tengok kat atas tu apa dia " , dia macam tak percaya bila tengok pregnantcy test tu, siap cakap kat aku " betul ke ni ". alahai en.suami ni, tak percaya plak. dalam tak percaya tu siap cium dahi aku lagi " pastu, banyak kali dia tengok benda tu.  dia cakap kat aku ... " nanti , abg minta kebenaran bos kat tempat kerja abg untuk keluar jap hantar isteri gi klinik, syg siap-siap tau nanti kita gi klinik sahkan mengandung tu ". bukannya apa, suami tak nak mengharap pasal test tu, sebab kekadang benda tu tak betul, dia yang cakap macam tu. aku okey je. dalam tak percaya tu , aku nampak riak wajahnya gembira sangat, cuma tak nak tunjuk je kat isterinya ni.

kat klinik, doktor tanya aku bila last period dan dah buat ke test kat umah. aku jawab bulan oktober, lepas tu takde datang dah, dan kekadang ada keluar darah sikit. doktor kata biasalah tu, jangan risau. aku jawab test tu menunjukkan aku pregnant. okey, pastu doktor scan perut aku.... dia siap tunjuk lagi hasil scan. doktor ada tanya aku, " baru lepas kencing ea, nasib baik masih boleh nampak lagi. " sah awak memang mengandung DAH 7 minggu 3 hari, due 21/7/2013" suami aku yang masa tu ada kat sebelah senyum aku nampak. siap nak balik tu, ucap terima kasih lagi kat doktor. aku tanya kat suami " puas hati, gembira tak ". suami jawab " mestilah gembira, dah nak jadi bapak ".

note : ## hari rabu sampai ahad minggu lepas aku cuti sebabnya hari sabtu 8/12/2012 buat sambut menantu di kluang ", setelah hampir 3 bulan kitaorg kahwin baru buat kat belah lelaki. rabu malam aku balik pahang, jumaat datang kluang bersama keluarga. hari sabtu, bersanding berlima. " aku, suami, baby, abg ipar dan biras". happy sangat, walaupun penat.

Thursday, 29 November 2012

08 disember 2012 - majlis sambut menantu di kluang

assalamualaikum....

hai kawan2 b2b, ex-b2b, n kawan2 yang lain. lama tak cerita pasal kahwin. okey buat pengatahuan kawan2 semua minggu depan hari sabtu 8 disember 2012 maka akan berlansunglah majlis sambut menantu di kluang, johor.
lambatkan buat majlis, hehehe. majlis nikah n persandingan sebelah perempuan dah berlansung 3 bulan yang lepas iaitu 25 ogos 2012.
knp erk buat lambat? ni jawapannya.... majlis ni dibuat sekali dengan abang ipar. abg ipar akan berkahwin pada minggu ni iaitu 1 disember 2012 sebelah perempuan, so belah lelaki 8 disember 2012. fahamkan, kenapa lambat majlis sambut menantu ni dibuat. tapi bila fikir balik, best juga buat lambat, dapat merasa lagi di makeupkan ( mesti cantik - perasan je lebih.... hehehe), pakai baju yang cantik. nanti masa sambut menantu, aku n husband akan pakai baju pengantin warna coklat, abang ipar n pasangannya akan pakai warna biru putih.
kedua-dua warna baju ni memag cantik. mak mertua ambil pakej pengantin di taman intan, kluang, johor. kedainya nama jannah ...... (aku tak ingat nama penuhnya... hehehe)

so, sesape yang dekat area situ bolehlah datang ke majlis kitaorg. majlisnya di taman delima, kluang, johor.

Wednesday, 21 November 2012

happy birthday my nephew

hari ni my nephew dapat kek angry bird. comel sgt. jom tgk gaya my nephew tiup kek.

muncung bebenorkan gayanya. rindu sama kamu..... asyraf

Saturday, 17 November 2012

CORAT CORET DIHARI MIINGGU

assalamualaikum......

hai kawan2 b2b, ex-b2b, sekarang ni jarang bebenor nak buka blog, apatah lagi update blog. lama juga rasanya tak menjengah blog kawan2 b2b n ex-b2b. dulu selalu juga baca blog n komen blog kawan2. pada kawan2 yang baru berkahwin "tahniah diucapkan, selamat pengantin baru".

dah 2 bulan, 3 minggu, 2 hari perkahwinan antara aku dan suami. alhamdullilah Ya Allah diberikan kebahagian buat diriku dan suami. banyak perkara dan banyak benda yang perlu aku ketahui, sikit2 aku belajar mengenali suami dengan lebih mendalam, yelah dulu masa bercinta, masa bertunang takdelah tahu banyak sgtkan pasal suami, sekarang dah kahwin.... alhamdullilah byk perkara yang perlu ku ketahui. dulu masa bercinta dan bertunang takdelah nampak suami ni orangnya caring. tapi bila dah berkahwin ni, rupanya suami sangat caring orangnya. alhamdullilah diberikan suami yang penyanyang, walaupun suami bukanlah orang yang romantik dan berpangkat. walaupun jarak usia aku dan suami 4 tahun bezanya, suami matang dan pandai menjaga aku. terima kasih suami kerana mendidik dan menegur isterimu tika aku memerlukan dirimu dan tika aku tersalah. (suami muda 4 tahun dariku, kami kenal di Yahoo Messengger......mengenal, bertukar tukar fikiran, bertemu di jaya jusco bukit raja, bercinta, bertunang dan sampailah berkahwin, tak sangka walaupun percintaan kami bermula dari internet kekal sehingga disatukan dan aku berharap perkahwinan ini kekal hingga ke syurga... amin)

* orang kata jangan cakap tak suka, akhirnya jadi juga hak kita*
kenapa aku cakap macam tu, yelah dulu aku paling anti dengan lelaki yang lebih muda dari aku, kalo boleh aku nak cari yang mungkin sama baya atau paling tua pun 5 tahun dari aku. bercinta asyik putus je dengan lelaki2 yang tua dari aku. last2 aku fed-up. selepas perkenalan dengan suamiku secara beransur-ansur hatiku mula tertarik dengannya. hilang anti aku pada lelaki yang muda dariku, aku ingat lagi kata2 suamiku, umur tak penting yang penting niat kita, dan keikhlasan diri untuk jadikan aku isterinya yang sah. tuelah orang cakapkan jangan terlalu anti akhirnya kena kita balik kat kitakan.. adik aku yang tau aku anti pada lelaki muda, last2 gelakkan aku bila aku cakap bakal suamiku muda dariku. aku hanya diamkan diri jelaH. hehehe.


Saturday, 10 November 2012

PEDOMAN UNTUK KITA JADI ISTERI SOLEHAH

Assalamualaikum.....

hari ni aku saje dok google pasal isteri solehah, aku tertarik dengan laman web http://hasan98.tripod.com/isteri.htm, kat laman dia ni ada menceritakan kisah nabi ibrahim bertemu dengan menantunya. jom kita baca kisah ni, bolehlah dijadikan teladan buat kita sebagai isteri, yang bakal isteri pun boleh baca juga.


    Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya.  Pada  waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah  bertemu  bapa  mertuanya, Nabi  Ibrahim.
    Apabila  sampai  di rumah anaknya itu, terjadilah  dialog  antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
    Nabi Ibrahim     :  Siapakah kamu?
    Menantu            :  Aku isteri Ismail.
    Nabi Ibrahim     :  Di manakah suamimu, Ismail?
    Menantu            :  Dia pergi berburu.
    Nabi Ibrahim     :  Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
    Menantu            : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
                                pernah senang dan lapang.
    Nabi Ibrahim     :  Baiklah!  Jika suamimu  balik,  sampaikan  salamku padanya.
                                Katakan padanya, tukar  tiang  pintu rumahnya (sebagai kiasan
                                supaya   menceraikan isterinya).
    Menantu            :  Ya, baiklah.
    Setelah Nabi  Ismail  pulang  daripada  berburu,  isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
    Nabi Ismail       : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
    Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
    Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu?
    Isteri                 :  Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup  kita ini selalu dalam
                               kesempitan, tidak pernah senang.
    Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa?
    Isteri                 :  Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan  salam
                               kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang  pintu rumahmu.
    Nabi Ismail       :  Sebenarnya  dia  itu  ayahku.  Dia  menyuruh  kita berpisah.
                               Sekarang  kembalilah  kau  kepada keluargamu.
    Ismail  pun  menceraikan isterinya  yang  suka  merungut,  tidak bertimbang  rasa serta tidak bersyukur kepada takdir   Allah  SWT. Sanggup  pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada  orang  luar.
    Tidak lama selepas  itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah  sekian lama,  Nabi  Ibrahim  datang lagi ke Makkah  dengan  tujuan menziarahi  anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan  antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
    Nabi Ibrahim     :  Dimana suamimu?
    Menantu            :  Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
    Nabi Ibrahim     :  Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
                                Mudah-mudahan dalam kesenangan?
    Menantu            :  Syukurlah kepada tuhan, kami semua  dalam  keadaan sejahtera,
                                tiada apa yang kurang.
    Nabi Ibrahim     :  Baguslah kalau begitu.
    Menantu            :  Silalah  duduk  sebentar.  Boleh  saya  hidangkan
                                sedikit  makanan.
    Nabi Ibrahim     :  Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
    Menantu            :  Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
    Nabi Ibrahim     :  (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku!  Berkatilah  mereka
                                dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa  ini,
                                Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
                                berkat doa Nabi Ibrahim).
    Nabi Ibrahim     :  Baiklah, nanti apabila suamimu  pulang,  sampai- kan salamku
                                kepadanya. Suruhlah dia menetapkan  tiang pintu rumahnya
                                sebagai kiasan untuk  mengekalkan isteri Nabi Ismail).
    Apabila  Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti  biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
    Nabi Ismail       :  Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
    Isteri                 :  Ya,  ada.  Seorang  tua yang  baik rupanya dan perwatakannya
                               sepertimu.
    Nabi Ismail       :  Apa katanya?
    Isteri                 :  Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
    Nabi Ismail       :  Apa jawapanmu?
    Isteri                 :  Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
                               apapun  yang kurang. Aku ajak juga dia makan  dan minum.
    Nabi Ismail       :  Adakah dia berpesan apa-apa?
    Isteri                 :  Ada, dia berkirim salam buatmu dan  menyuruh kamu
                               mengekalkan tiang pintu rumahmu.
    Nabi Ismail       :  Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang  pintu yang
                               dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
                               kekalkan.
    Isteri                 :  Alhamdulillah, syukur.
    Bagaimana pandangan pembaca tentang petikan sejarah ini? Saya rasa sejarah ini sungguh menyentuh jiwa. Anda juga  tentu  merasai  dan  mengalami  sendiri  ujian   hidup berumahtangga  yang  sentiasa  perlukan  kesabaran.
    Berpandukan sejarah  tersebut, saya tegaskan kepada  diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali  suami  berhadapan dengan  isteri  salehah. Isteri salehah tidak cerewet  dan  tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang  mahupun  susah  supaya  Allah  tambahkan  lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
    “Sesungguhnya  jika  kamu  bersyukur,  pasti  Aku tambahkan  nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.”  (Surah Ibrahim, ayat 7)
    Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:
    “Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada  kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui  haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
    (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
    Begitulah,  untuk  menyediakan  diri  sebagai isteri salehah,  hati  kita  hendaklah sentiasa  dipenuhi  dengan  kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.

Thursday, 1 November 2012

KERJA , KAHWIN

Assalamualaikum....

hai kawan2... lama rasa tak update blog, bz dengan tugas yang baru, di ofis yang baru. banyak benda yang perlu aku belajar. banyak jugalah buku law yang perlu aku baca, tapi tak semua aku ingat sangatlah, mungkin  hanya yang tertentu sahaja aku ingat, tu pun yang berkaitan dengan kerja.

alhamdullilah.... duduk dekat johor bahru ni dah 2 minggu. senang hati bila dapat jumpa suami setiap minggu. johor bahru ke kluang dalam 1 jam setengah, tp kalo jem ada jugalah 2 jam perjalanan. takpelah, sekurang2nya tiap2 minggu dapat jumpa suami. dulu masa dok shah alam, takleh nak jumpa selalu, paham2 jelahkan kos pergi balik dari shah alam ke kluang, dengan perjalanannya hampir 4 jam lebih.

hari ni 1 november 2012, sekejap je masa berlalu, tinggal sebulan aje lagi untuk majlis sambut menantu di Kluang. majlis sambut menantu buat lewat sebabnya akan buat sekali dengan abang ipar. abang ipar kahwin awal disember. so seminggu lepas tu, buat sambut menantu. tu yang lambat sebab tunggu abg ipar kahwin.
bestnya, boleh jadi pengantin baru balik, boleh sanding lagi sekali. seronok tau, yelah masa tu kita akan dimakeupkan, nampak cantik, pakai baju cantik.... seronoknya, tak sabar plak rasanya. masa sambut menantu nanti, aku n suami akan pakai baju warna gold.

YEY.... esok balik aje dari kerja terus balik Kluang, jumpa suami.


Monday, 22 October 2012

TUGAS BARU, TEMPAT KERJA YANG BARU

Assalamualaikum...

hai kawan2 .... alhamdullilah hari ni hari pertama aku memulakan tugas yang baru di tempat kerja yang baru. suasana kerja dengan yang lama berbeza. dulu di Shah Alam, sekarang di johor bahru. kalau ikutkan aku dapat penempatan untuk tugas yang baru ni di Raub, Pahang. tapi masa lapor diri di Putrajaya minggu lepas, aku pohon tukar di Johor. Alhamdullilah, nasib ada kosong di Johor Bahru. dekatlah sikit dengan Husband. tapi still tinggal berasingan. aku sewa umah bujang di Johor Bahru, manakala husband di Kluang. Sabtu Ahad saja kami berjumpa. sekurang2nya bila duduk di JB, bolehlah jumpa seminggu sekali berbanding jika duduk DI RAUB, mungkin sebulan sekali je jumpa, almaklumlah raub dengan Kluang bukan dekat. hampir 6 0r 7 jam perjalanan.

di tempat yang baru ni, aku still belajar lagi. mungkin ambil masa sebulan untuk sesuaikan diri dengan tugas yang baru ni. banyak juga buku2 yang perlu aku study untuk memantapkan kemahiran aku. aku juga perlu banyak bertanya kepada sebior di ofis. doakan aku cepat belajar erk.

Tuesday, 16 October 2012

VIDEOGRAPHER PAHANG

Alhamdullilah.... video kahwin dah sampai minggu lepas. baru nak update dalam blog ni. Sangat berpuashati dengan hasil kerja yang diberikan. buat pengetahuan semua video yang aku ambil dari videographer ni tersangatlah murah tau. RM 650 aje termasuk kos pengangkutan. aku dapat 3 set dvd. dalam 1 set ada 2 DVD. Satu dvd pasal rakaman nikah..... satu lagi DVD pasal sanding. video ni cover keseluruhan majlis dari mula hingga habis majlis. (8.00 pagi sehingga 4.00 petang). bestnya bila tengok balik video ni.

sekarang setahu aku, dah naik sikitlah harga ni, tapi still murah lagi. videographer aku ni orgnya peramah, bestlah bila bekerjasama dengannya. so sesape nak ambil dia, ni no.telnya. EN. FENDI 0129898597 atau boleh juga call adiknya EN.ASWAD 0199119224.





Wednesday, 10 October 2012

PINDAAN HADIAH GIVEAWAY

Assalamualaikum....

hai kawan2... hari ni nak bagi tau hadiah giftaway ditukar. tak dapat nak bagi banner or bunting , juga bunga telur. zura gantikan dengan hadiah yang lain. tak sempat nak mencari kerana kesibukan masa. pergi satu kedai aje, beli semua hadiah di situ. buat makluman semua sekarang ni zura dalam proses nak bertukar tempat kerja. hari isnin 15 oktober 2012 zura akan melaporkan diri di Jabatan Bantuan Guaman, bertugas sebagai Penolong Pegawai Undang-undang. minta maaf banyak pada yang menyertai Fist Giveaway dari anakpakshaikh.

antara hadiah2 yang akan diberi ialah

1. lampu bilik tidur - ada 3 pemenang.
2. teddy bear - 1 pemenang
3. pelita kecil ( sesuai untuk letak cincin or apa2 jelah pasal hantaran) - 1 pemenang
4. kusyen kecil ( sesuai untuk letak cincin or apa2 jelah pasal hantaran) - 1 pemenang

sape erk dapat hadiah ni...

okey antara pemenangnya ialah

lampu tidur
1.  http://winnersjourney.blogspot.com/2012/09/first-gift-away-from-anakpakshaikh.html
2. http://ayongatikah.blogspot.com/2012/10/giveaway-24-first-giveaway-from-anak.html
3. http://sunflowergo2.blogspot.com/2012/10/first-gift-away-from-anakpakshaikh.html

teddy bear

 http://amalinaali.blogspot.com/2012/09/first-gift-away-from-anakpakshaikh.html

pelita kecil

http://closetcleopatra.blogspot.com/2012/10/first-gift-away-from-anakpakshaikh-cum.html

kusyen kecil

http://lurveumoreandmore.blogspot.com/2012/09/first-giveaway-from-anak-pakshaikh.html

KEPADA PEMENANG-PEMENANG YANG DISEBUTKAN DIATAS SILA BERI BUTIRAN 
SEPERTI BERIKUT :-

NAMA
ALAMAT
NO.TELEFON

SILA EMAILKAN KE sitiazurashaikhabdulhaiyey.gmail.com
SECEPAT YANG MUNGKIN, INSYAALLAH HARI JUMAAT 12 OKTOBER 2012 AKAN POS  .

Friday, 5 October 2012

REVIEW : HANTARAN

assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 malaysia....

okey kali aku nak review pasal hantaran dari aku dan en.suami. belah aku, aku yang gubah sendiri 100%. belah en.suami, kawan baik mak mertua yang gubah. aku hanya buat yang bantal hantaran tu je (bentuk bulat). bagi aku kedua2nya sangat cantik... bagi korang plak macam mana ? hantaran belah aku  9 , belah en.suami 7 ..............

yang tema merah tu, aku bagi kat en.suami, yang hantaran bantal  petak tu, adik aku bagi pada suaminya

hantaran buah dalam sangkar

kek bentuk baju bola liverpool

t'shirt dan jeans

buku " takluk hati pasangan " bersama teddy bear dan  lolipop

sirih junjung versi basikal

kasut

coklat , kek kukus dan lolipop

buah dalam raga besi

barangan simply city

kek bentuk kebaya

sirih junjung

handbag

sandle


Wednesday, 3 October 2012

REVIEW : - MAKEUP NIKAH & SANDING

dimulakan entry ni dengan pembuka salam... assalamualaikum.... selamat sejahtera, salam 1 malaysia

lama gak tak update blog, almaklumlah busy sikit, study sebab semalam ada exam. okey kali ni zura nak bercerita pasal makeup nikah n sanding plak. buat makluman semua, yang makeupkan zura adalah kawan masa sekolah dulu, 11 tahun tak jumpa... kitaorg berhubung melalui FB. aku tertarik bila tgk funpage FB dia, terutama makeup tang mata... fuh.... cantik tu. aku mmg dah aim dia sebelum tarikh kahwin ditetapkan lagi. aku dah cakap awal2 ngan dia nak dia makeupkan aku masa hari bersejarah aku. dapat je, terus aku bagi tau kat dia, nasib belum ada yang tempah dia lagi. lepas je aku confim dengan dia, dia cakap ada plak org tanya dia, dia cakaplah dah ada org booking dia.... aku lah tu... hehehe. seronok bila dia makeupkan aku. dia yang aku maksudkan ialah Fazleen or org lebih kenal dia dengan nama Manjer. famous juga dia ni tau. tak sangka dulu masa belajar kat sekolah Manjer ambil kos binaan bangunan. aku plak kejuruteraan awam.last2 jadi jurumakeup, kelas ko manjer.. hehehe.... aku plak skrg bahagian Law. 5 bintang aku bagi kat ko. ramai juga yang puji aku masa hari bersejarah tu. kembang semangkuk aku... hehehe. ada juga makcik2 kat situ yang tanya sape makeupkan aku, yelah diaorg mana kenal kawan aku ni.

Manjer dok kat Muadzam Shah, Pahang. so sesape nak dia makeupkan yang jauh tu, ada kos pengangkutan dan penginapan. kos makeup nikah n sanding RM 450. Campur kos pengangkutan dan penginapan ikut atas berapa jauh tempat korang. aku tak kisah pasal bayaran tu sbbnya aku puas hati dengan hasil yang diberikan. Mantap.....

jom kita tgk sama2  erk hasil sebelum dan selepas dimakeupkan.

sebelum makeup





kening tak cukur tau, guna teknik tampalan
see my mata.... cantikkan







Tuesday, 25 September 2012

sebulan sudah berlalu



alhamdullilah ........ tgk stiker tu, erm dah sebulan berlalu majlis nikah n sanding aku bersama suami tercinta.
seronok bila dah berkahwin ni, yelah hubungan pun dah halal. masih teringat-ingat lagi debaran menanti saat dinikahkan, debaran menjadi isteri Muhammad Amirul Rashidi Bin Zakaria. masih terngiang-ngiang suara ibuku, " zura, ko dah jadi isteri org, dah selamat pun ".... eh, yeke mak... tak dgrlah mirul akad, jauh sgt. dalam hati ni, macam2 perasaan.... gembira, sedih... hampir bercucuranlah juga air mata ni, nasib baik dapat cover... hehehe. sedih, terharu sebab aku dah jadi isteri, byk tanggungjawab yang perluku pikul untuk jadi seorg isteri yg solehah... abg, insyaallah syg akan jadi isteri yang solehah, isteri yang taat pada suami, isteri yang dapat melahirkan zuriat-zuriat yang comel, sihat dan cukup sifatnya. terima kasih kerana abg sanggup terima syg sebagai isteri seadanya, sanggup pegang tanggungjawab abg terhadap syg. " Happy anniversary for 1 month ".


love u so much..... suka tgk gambar ni, sweetkan. 
selepas majlis akad nikah.






Wednesday, 19 September 2012

review :- pelamin sanding by makde (mak sedara)

alhamdullilah majlis yang berlangsung pada 25 ogos 2012 berjalan dengan lancar walaupun keadaan waktu tengahari tu sangatlah panas. nasib tak hujan. Pelamin buat dekat luar rumah. almaklumlah, nak buat dalam rumah tak muat plak, 2 pasang pengantin sekalikan. pelamin ni makde A.K.A maksedara belah mak aku yang buat. dia ada buka butik andaman di area Kuantan, tapi aku tak ingat nama tempat tu. bertuahnya anak sedara tak tau nama tempat... hehehe. aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja makcik aku ni. tak jangka plak pelamin yang dia buat ni sangat cantik walaupun simple. mmg aku minta dengan dia takyah over sgt pelamin biar simple je.... sedap mata memandangkan.

jom tgk gambar pelamin.... pelamin sekali dengan pengantin.

fokus pada pelamin ea.... pengantin tak berapa nak cantik coz panas tu... hehehe

Tuesday, 18 September 2012

FIRST GIFT AWAY FROM ANAKPAKSHAIKH



Assalamualaikum...

hai kawan-kawan b2b, ex-b2b, silent reader or sesape jelah yang berkunjung ke blog ni. alhamdullilah follower dah capai 100 lebih. tetiba terasa nak wat GIFT AWAY lah plak, sempena dah 100 lebih dah follower ni , baru kahwin n juga rezeki naik pangkat. memang ada pasang niat sebelum kahwin nak buat , tapi baru hari ni terfikir nak buat entry ni. ada ke yang nak masuk .... sesape nak masuk senang je , ikut je syarat2 macam kat bawah ni erk...

SYARAT2NYA

1. mestilah follower anakpakshaikh.blogspot.com
2. sesape yang tak follow lagi, bolehlah follow blog ni.
3. tak kira sesape pun boleh masuk, B2B, EX-B2B, BLOGGER 2 lain pun boleh ikut serta. sebabnya hadiah ni bukan pengkhususan pada b2b saja.
4. buat ENTRY yang menarik .. tak kisahlah boleh juga buat versi kartun, cerita pendek ke , ikut kreativiti korang.
5. tarikh penyertaan bermula hari ini 18/9/2012 sehingga 7/10/2012

HADIAH-HADIAHNYA

1. banner or bunting saiz kecil (macam yang zura wat masa wedding zura )
* pemenang akan diberitahu kelak, sbb nak minta design untuk dicetak. design sendiri erk...

2. bunga telur ( 100 batang)

3. lampu tidur (insyaallah... zura akan pilih yang comel, khas untuk pemenang)

4. teddy bear saiz kecil (boleh buat dekat hantaran, macam yang zura buat masa hantaran kahwin, gambar hantaran tak view lagi, TAK DAPAT lagi dari OP)


so, sesape nak masuk bagitau erk dekat blog ni.... senang nak tgk ramai tak yang masuk. hadiah takdelah menarik, tapi bolehlah untuk bagi kat korang. 




Friday, 14 September 2012

alhamdullilah... rezeki kahwin

alhamdullilah syukur ke hadrat ALLAH s.w.t dengan limpah kurnianya.....

aku telah mendapat keputusan yang aku tunggu selama ini. alhamdullilah setelah lulus exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan 2 tahun lepas, dan bulan 7 & bulan 8 yang lalu aku pergi 2 interview.... satu darinya aku tak dapat, tapi Allah itu maha penyayang... walaupun tidak dapat temuduga yang satu tu, aku perolehi keputusan 1 lagi interview yang menerima aku bekerja. alhamdullilah.... hari ni dapat keputusan dari SPA , " Tahniah! Anda telah berjaya temu duga. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan arahan melapor diri akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan"... 
syukur sangat2..... itulah org kata berkat usaha, doa, dan tawakal....
ramai yang mengatakan itu namanya rezeki kahwin.... so kepada sesapa yang nak kahwin tu, insyaallah masing2 ada rezekinya... jangan risau... Allah sentiasa ada bersama kita... cuma jangan malas sahaja sudahlah.

Tuesday, 11 September 2012

Contest dari FB Numairah

assalamualaikum...

hai kawan2, terutama b2b yang bakal melansung perkahwinan. erm... ni ada contest dari Maizura ( ala... yang buat veil masa nikah zura tu.....). bolehlah korang masuk, mana tau kot2 dapat.... veil cantik tau... hasil kreativiti Maizura. korang gi kat FB Funpage klik nama Numairah.


ni dia punya risalah.....

contoh veil yang Maizura buat kat zura korang boleh tgk kat post review : veil nikah

syarat kelayakan nak masuk contest ni




review : majlis akad nikah

assalamualaikum....

hai kawan-kawan b2b, ex-b2b, silent reader or sesape saje yg baca blog ni..... hari ni , dah 2 minggu lebih aku jadi isteri kepada lelaki yang bernama Muhammad Amirul Rashidi. alhamdullilah, seronok juga bila dah berkahwin ni, walaupun duduk berjauhan, sms dan call tidak pernah putus. takdelah setiap masa call or sms , tapi setiap hari tu mesti ada. tak macam masa bercouple dulu, kitaorg jarang call or sms... bila perlu je baru berhubung. jumpa pun jarang sekali. bila dah berkahwin ni, call dan sms tu setiap hari mesti ada.... bila dah berjauhan ni, rindu pada suami tu mesti adalahkan. tapi takpelah, nasib ada kawan2 disisi yang menemani aku di shah alam ni. aku still dok umah bujang lagi, dok ngan kawan2. dalam 2 minggu sekali baru aku balik ke Kluang... jumpa suami. nak balik tiap minggu tak boleh. ada kelas. knp suami yang tak berulang alikkan... senang kalo aku yang berulang, sbb di kluang, suami aku dok ngan maknya... almaklumlah tempat yang dia kena tukar ni dekat ngan umah maknya... tapi mungkin kat situ, dia dok dalam 3 or 4 tahun je, sbbnya suami aku ni akan selalu kena tukar. buat pengetahuan semua suami aku ni askar, mmglah akan selalu bertukar tempat kerjakan.

okey habis bab merapu.... tajuk sebenar nak review pasal akad nikah yang berlansung 25 ogos 2012, pagi di masjid felda lepar hilir 2, gambang, kuantan. alhamdullilah dengan sekali lafaz je, kami menjadi suami isteri yang sah. hubungan yang dibina telah menjadi hubungan yang HALAL. jom sama2 kita tgk semasa majlis akad nikah ni dijalankan. Majlis akad nikah sekali dengan adik, Siti Norashikin dan suaminya Mohd Shahril.




ketibaan pengantin perempuan



sebelum akad nikah, jurunikah beri penerangan dulu

aku nikahkan dikau dengan Siti Azura .........
jawab jangan tak jawab... hehehe

alhamdullilah..... sekali lafaz je... bacaan doa tanda kesyukuran

tandatangan dekat sijil nikah

pemberian mas kahwin

memakaikan gelang ditangan

cium tangan suami tercinta

belah aku

belah mertua


with mak mertua