Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 3 September 2012

25 ogos 2012 - hari diriku bergelar isteri

alhamdulilah........ dengan sekali lafaz aje ..... aku telah bergelar isteri kepada Muhammad Amirul Rashidi. tak sangka dah jadi isteri org... banyak tanggungjawab yang harus dipegang dan dilaksana sebaik yang mungkin. buat suamiku, isterimu ini akan berusaha untuk menjadi seorang isteri yang solehah, taat setia setia, dan dapat melahirkan zuriatmu yang soleh dan solehah juga sihat dan comel, insyaallah sama2 kita berdoa ea.

pagi, aku dinikahkan di masjid lepar hilir 2, gambang, kuantan.
1.00 petang plak aku bersanding, fuh.... panas betul cuaca hari tu, berpeluh juga aku dan suami.
pernikahan dan persandingan aku wat sekali dengan adik perempuanku. alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. walaupun banyak rancangan nak dibuat masa majlis berlansung, tapi ada juga yang tak dapat dilaksanakan..... bunga tangan yang aku DIY pun aku tak guna, aku guna bunga tangan yang dah sedia ada. aku cari gak bunga tangan yang aku wat, tapi entah ke mana aku letak... hehehe lupa plak.

26 ogos 2012, petang.... aku dan suami ke taman gelora, kuantan.... kitaorg ambil gambar post wedding. ingat nak ambil masa matahari jatuh.. tapi takde plak hari tu,,,,,sebab cuaca mendung nak hujan. kitaorng ambil gambar di pantai.... tak pakai pun baju kahwin.., pakai baju biasa je. aku pakai baju kurung kedah dengan kain batik, suamiku plak pakai t-shirt ngan seluar jeans...

suamiku ni tak suka ambil gambar sgt.... lebih2 lagi bila disuruh pakai baju kahwin.. pastu ambil gambar di pantai, lagilah dia tak nak.... nasib baiklah dia nak bergambar pakai baju biasa... lain sikit dari yang lainkan. ingat memula nak bergambar ala2 nelayan tapi tak jadi plak.... tak sempat, masa mencemburi diri ini... poyo je kan. sebelum kahwin ada buat props untuk bergambar, tapi boleh lupa plak nak bawa bersama masa ambil gambar. macam2 lah zura ni kan.... tapi takpe, gambar post wedding ni menarik juga bila ditengok kat dalam kamera jurugambar... tak sabar nak tgk hasilnya nanti.

hari ni, 03 september 2012....... aku dah masuk kerja semula. rasa malas nak bekerja pun ada, mood kahwin , mood cuti tu masih ada.... erm..... jauh dari suami plak tu. aku kat shah alam, suami plak 17 hb ni ditukarkan ke Kluang, Johor, bertugas di sana plak. rindunya kat suami.lain rasanya bila dah berkahwin ni, tak sama macam hidup bujang dulu.

9 comments:

  1. Tahniah...Selamat Pengantin Baru :)
    semoga bahgia dunia Akhirat....amin..

    ReplyDelete
  2. tahniah...cepat la upload pic majlis...nk tgk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti zura upload.... gambar dekat laptop di umah... gambar yang dekat jurufoto dan makeup ada dalam fb. gambar dari jurufoto belum siap lagi

      Delete
  3. tahniah dear zura...smuge berkekalan hingga ke syurga ye..
    nak tgok pic..upload manyak2 tau...

    ReplyDelete
  4. Tahniah
    selamat penagntin baru, linda doakan both of u bahagia keakhir hayat :)

    ReplyDelete
  5. tahniah...selamat pengantin baru.....nk tgok gmbar kawin..... :)

    ReplyDelete